Semua blogger mahukan tema blog yang cantik dan unik berbanding blog-blog lain. Bagi mereka yang mempunyai kepakaran, ini tidak menjadi satu masalah. Tetapi bagi bagi yang tidak mempunyai kepakaran yang diperlukan, pasti akan berasa sangat susah dan memeningkan kepala. Tak perlu risau, hari ini blogger telah memperkenalkan satu fungsi baru yang menarik di bagi pengguna blogspot. Fungsi untuk membuat dan mengubahsuai tema blogspot yang unik sila tonton video di bawah ini.

Untuk menggunakan fungsi ini, anda perlu login di http://draft.blogger.com/. Kepada mereka yang tidak menggunakan draft.blogger ini, ia sama seperti blogger biasa cuma bezanya ia mengandunyi fungsi yang masih dalam peringkat percubaan dan masih dibangunkan lagi.

Pergi ke bahagian Layout dan anda akan lihat satu link baru yang terdapat di situ iaitu Template Designer. Dengan menggunakan fungsi itu anda boleh mengubah tema blogspot anda menjadi unik. Gunakan kreativiti anda untuk mengubah tema blogspot anda mengikut selera anda. Anda boleh memilih untuk menukar bilangan kolum blog anda serta menukar warna dan latar blog anda dengan mudah.

Template Designer
Template Designer

Untuk lebih memahami cara penggunaan Template Desingner ini, sila cubanya sendiri. Jangan lupa anda perlu masuk ke draft.blogger.com dan bukannya dashboard blogger biasa. Setelah selesai mengubah tema mengikut kesesuain sila klik APPLY TO BLOG. Selamat mencuba

Fungsi Template Designer
Fungsi Template Designer

sumber:bloggerindraft

p/s: pastikan anda membuat backup untuk tema anda yang sekarang ini sebelum mengubahsuainya.