Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana kita dapat bersama-sama menempuhi bulan Ramadhan yang penuh berkat sekali lagi tahun ini. Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dan bermanfaat berbanding tahun-tahun yang sebelumnya. Sempena bulan yang penuh keberkatan ini aku nak kongsikan beberapa tips cara untuk memanfaatkan bulan Ramadhan sebagai seorang penulis blog yang kacak. Semoga dapat memberi manfaat kepada kita semua.

1) Elakkan daripada menulis post yang tidak elok. Jika sebelum ini kita ada menulis post-post yang kurang elok atau kongsikan gambar-gambar yang tidak manis dan agak kurang sopan, maka sempena bulan Ramadhan ini kalau boleh kurangkan atau elakkan daripada membuat post-post berkenaan. Lebih baik lagi jika bulan yang penuh berkat ini dijadikan sebagai titik perubahan agar kita tak buat lagi post berkenaan pada masa yang akan datang.

Tak perlulah dinyatakan dengan spesifik bagaimana rupa post yang tidak elok tersebut, tepuk dada tanya diri sendiri. Kalau rasa was-was sila bertanya pada yang pakar. Sebagai seorang penulis blog aku sedar post-post sebegini memang mampu untuk menarik minat pembaca dan menaikkan trafik. Tapi percayalah banyak lagi jenis post yang mampu menaikkan trafik blog anda. Tak percaya sila baca post ini sampai habis.

Warming up Ramadhan
Warming up Ramadhan, sumber dari ismamesir.com

2) Kongsikan ilmu yang berguna. Pengertian ilmu itu sangat luas, tak semestinya ilmu agama ataupun ilmu akademik sahaja banyak lagi ilmu yang kita boleh kongsi bersama. Setiap orang pasti ada kelebihan dan kepakaran masing contohnya seorang pakar pemakanan boleh kongsikan tips diet yang berkesan sempena bulan puasa. Seorang tukang jahit boleh kongsikan fesyen terbaru yang popular masa kini, seorang blogger macam kita boleh kongsikan ilmu-ilmu dan pengalaman berguna tentang dunia blog pada rakan-rakan lain. Tak perlu takut, jika orang lain boleh menjadi penulis blog sehebat anda berpandukan ilmu yang anda kongsikan. Mana la tahu bila kita kongsikan ilmu tersebut kita juga akan belajar sesuatu ilmu yang lebih hebat lagi.

3) Kongsikan resepi juadah berbuka puasa atau sahur. Ini lebih kurang macam perkongsian ilmu juga, tapi lebih spesifik lagi. Memikirkan menu juadah yang perlu dimasak untuk berbuka dan sahur bukanlah sesuatu perkara yang mudah.Bukan sahaja juadah untuk dimasak, nak pilih juadah di bazar Ramadhan pon susah. Oleh sebab tak tahu nak beli apa maka beli la semua makanan dan menyebabkan pembaziran. Dengan berkongsi resepi juadah, sekurang-kurang dapat memberi idea kepada orang lain apa yang hendak dimasak atau dibeli pada hari ini.

Tapi sila lah berhati-hati ye, jangan pula masuk 10 blog ada tulis resepi 10-10 nak masak hehehe. Bersederhalah, simpan resepi lain untuk kegunaan masa depan. Yang berkongsi resepi tu pon sila bersederhana ye, jangan la resepi 2 ayat tapi gambar sampai 25 keping berdefinisi tinggi 24 megapixel.

4) Kunjungi blog rakan-rakan lain dan rapatkan sillaturrahim. Walaupun kebiasaanya orang kunjung-mengunjung pada hari raya tapi tak salah jugak kalau nak berbuat demikian pada bulan Ramadhan. Kejiranan blog di Malaysia ini sangat luas jadi sekiranya ada kelapangan selepas menunaikan perkara yang wajib apa kata luangkan sedikit masa ziarah blog rakan-rakan. Selain daripada dapat merapatkan silaturrahim kita juga mungkin boleh menimba ilmu yang mereka kongsikan.

5) Kongsikan waktu berbuka puasa dan waktu solat di blog anda. Selain daripada dapat memberi informasi waktu berbuka kepada yang memerlukan, carian kata kunci waktu berbuka puasa dan imsak juga merupakan carian yang hangat pada bulan Ramadhan ini. Cara paling mudah untuk memaparkan waktu berbuka puasa dan waktu solat di blog anda adalah dengan memasang plugin waktu solat yang disediakan oleh team denaihati.

Perkongsian dalam post ini adalah berdasarkan pendapat aku sendiri. Jika anda ada sebarang tambahan atau pembetulan sila nyatakan diruangan komen. Selain itu aku nak kongsikan satu checklist ibadah semasa bulan Ramadhan yang mungkin berguna kepada anda. Aku dapat checklist daripada email seorang rakan dan tak salah rasanya kalau aku nak kongsikan di sini. Sila download google spreadsheet ini dan print jika perlu.

Sekian semoga Ramadhan kali ini lebih bermanfaat dan penuh berkat kepada kita semua. Kalau rasa blog itu melekakan anda untuk berbuat lebih banyak amal ibadah sila berhenti seketika dan sambung semula lepas raya nanti hehehe. Akhir kata selamat berpuasa πŸ™‚