Negara China memang terkenal dengan barangan palsu dan hampir serupa dengan barangan asli. Tetapi jangan lupa, China juga banyak mengeluarkan produk asli yang berkualiti dan mempunyai harga yang jauh lebih murah. Produk yang ingin aku ketengahkan dalam post kali ini adalah tablet dari China. Berbaloikah membeli tablet dari China ini?
Pada zaman teknologi yang semakin berkembang pesat sekarang ni pasaran tablet menjadi semakin meluas. Ramai orang lebih gemarkan tablet kerana saiznya yang agak kecil dan mudah untuk dibawa kemana-mana. Dengan adanya tablet sesorang boleh melayari internet, menonton video, bermain game dan sebagainya dengan mudah di mana-mana sahaja. Ada juga yang mengguna tablet untuk menggantikan buku, tidak perlu lagi untuk membawa buku yang berat kehulu-kehilir.
Oleh kerana tablet semakin mendapat permintaan ramai, banyak syarikat yang berlumba-lumba mengeluarkan tablet contohnya Apple dengan iPad, Samsung dengan Galaxy Tab mereka dan banyak lagi. Tetapi kebanyakkan tablet itu mempunyai harga yang agak mahal dan diluar kemampuan sesetengah orang. Oleh sebab yang demikian terdapat segelintir orang yang memilih untuk membeli pc tablet buatan China.
Sebab utama orang memilih tablet China
Seperti yang dinyatakan di atas faktor harga adalah sebab yang utama kenapa masyarakat memilih tablet ini. Pembeli mungkin datang dari golongan pelajar yang tidak mempunyai pendapatan sendiri tapi sangat memerlukan tablet. Yela, dengan adanya tablet mereka boleh membawa nota-nota kuliah dengan mudah dan ringan. Tak perlu nak bawa buku-buku nota yang tebal-tebal dan berat itu.
Mereka juga mungkin membeli tablet berkenaan untuk anak-anak atau adik-adik. Memandangkan harga tablet yang harga murah jika berlaku sebarang kerosakan atau kecurian mereka tidak akan berasa terkilan sangat. Cuba bayangkan kalau mereka membeli ipad atau galaxy tab yang berharga ribuan ringgit. Kalau ipad itu hilang atau rosak mahu menangis tak berlagu.
Selain itu ada juga sebab-sebab lain seperti tujuan penyelidikan, pembelajaran dan lain-lain lagi. Jika anda ada sebab tersendiri kenapa orang membeli tablet dari China sila kongsikan bersama di bahagian komen.
Tips untuk membeli tablet buatan China.
Pastikan tablet itu dibeli daripada penjual yang betul dan boleh dipercayai. Bagaimana nak tahu sama ada penjual berkenaan boleh dipercayai atau tidak?
- Pastikan perniagaan tersebut berdaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). (Bagi penjual dari Malaysia). Kalau beli terus dari China mustahil la dia ada daftar di SSM kan? haha
- Baca testimoni atau komen daripada pembeli terdahulu. Jika penjual itu benar-benar boleh dipercayai, pasti ada ramai pembeli yang memuji servis mereka.
- Tanya dengan teliti tentang produk yang ingin anda beli dan bandingkan maklumat yang diterima daripada penjual sama dengan spesifikasi sebenar produk berkenaan. Jika penjual itu sendiri tidak pasti dengan apa yang dijual, sila curiga sedikit.
- Bandingkan harga dengan penjual lain. Jika hanya terdapat sedikit perbezaan mungkin tidak mengapa. Tapi jika harga yang ditawarkan terlalu murah atau terlalu mahal mungkin ada sesuatu yang tidak kena.
Selain daripada faktor penjual, faktor jenama produk itu sendiri perlu diambil kira. Pastikan tablet yang ingin anda beli itu mempunyai jenama yang tulen dan bukannya tiruan daripada jenama-jenama terkenal. Contoh jenama tablet China yang terkemuka dan tulen adalah Ainol Novo.
Pastikan juga tablet berkenaan mempunyai sokongan lepas jualan. Sama ada dari segi sokongan jaminan ataupun bantuan komuniti seperti forum, blog dan sebagainya. Dengan adanya bantuan komuniti berkenaan akan memudahkan anda untuk mencari penyelesaian sebarang masalah atau keraguan yang bakal timbul nanti. Sebab itulah pentingnya untuk memilih tablet yang mempunyai jenama tulen. Jika anda mencari Ainol di google anda akan dapati banyak sokongan komuniti untuk jenama berkenaan. Di forum Lowyat sendiri mempunyai topik khas untuk tablet Ainol.
Sila selidik terlebih dahulu dan buat perbandingan spesifikasi dan harga tablet yang ingin dibeli. Sekiranya tidak bertepatan dengan keperluan anda sila teruskan lagi mencari.
Cukuplah sampai disini sahaja post untuk kali ini. Aku sangat berharap agar anda dapat mengutarakan pendapat atau pengalaman adakah betul-betul berbaloi untuk membeli pc tablet murah keluaran China ini atau tidak. Perkongsian anda sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Paling penting support after sale, forum & OS. Itu adalah personal reference aku. Dah ramai yang tanya aku camana nak upgrade iPhone China & tablet China ni. Personally, aku syorkan kalau nak dptkan tablet dr China, dptkan yg guna Android OS dan check samada boleh upgrade @ tidak.
yup aku setuju, support lepas jualan memang antara faktor yang penting
alaaa… x cukup yakin lg la entri ko ni. aku dah 2 minggu duk berkira2 nak beli ke tak ainol tornado ni. nnt aku check link forum ko bg tu.. hoho..
mungkin sebab ko dah biasa main dengan apple kot tu yang macam susah sikit nak percaya tu hehe
Ada juga kawan-kawan mencadangkan tablet buatan cina tetapi ada beberapa aspek yang kurang membuatkan saya tawar hati untuk membelinya.
boleh kongsikan apa aspek tu?
aspek apa yg kurang tue…. rasanya sama shj dgn Samsung 7+. beza mungkin kualiti… tp saya dah guna sejak bulan 6. ok jew…. yg masalah skang samsung 10.1 nie,…. asyik mati sendiri tiba2 jew… yg buatan china nie ok pulak…
banyak sgt pandangan negatif terhadap produk dari China seperti tablet walaupun ada juga yang betul2 berkualiti, memang kena berhati2
yup banyak kes sebab barangan tiruan. tapi walau apa pon untuk beri barangan daripada China memang perlu lebih berhati-hati
Saya pula biar bayar mahal sikit tapi barang yang kita dapat adalah berkualiti dan tahan lama. Service lepas jualan juga penting jika berlaku perkara yang tidak diingini di kemudian hari.
satu alternatif buat mereka yang tidak mampu membeli tablet mahal-mahal, tapi kena pastikan ori ke tak dan warranty mesti ada
belum ada pengalaman dengan tablet dari china ni
tapi kalau ambil kira handphone, ada yang bagus dan tahan lama
kalau cepat rosak memang tak berbaloi la~ baik beli ori je hehe, pendapat je
tablet dari China pon ada yang ori jugak tapi bukan dalam jenama terkenal la hehe
aku memang rasa nak beli buatan cina nih, kalau buleh tahan 2,3 tahun ok apa boleh buat main game dengan anak2.
kalau dah beli nanti sila la kongsikan pengalaman ye 🙂
saya dh beli sejak bulan 6…. tahan sampai sekarang… anak2 pun dah naik bosan …. last2 mereka main aci kejar jew… campak tab… tapi apa2 pun.. tab china nie mmg tahan lasak…. saya beli jenis NovaTech.. mmg berbaloi2…
Ramai dah yang jual tablet cina.. ramai jugak kawan kawan yang beli tablet cina.so far takde lagi merungut…
tapi kene tengok spec jugak la… and make sure google testimoni dri pembaca.. nak senang gi search kat youtube.. mesti ramai yang komen yang boleh kita jadikan panduan…
yup, testimoni pelanggan tu sangat penting kalau nak beli apa-apa produk, bukan sahaja tablet..
mana-mana ikot kemampuan dan keperluan.
barang murah kena jaga elok-elok. kena lebih banyak belajar…
barang mahal pon kena jaga elok-elok jugak.. kalau rosak menangis woo hehehe
Ikut pengalaman, siapa yg biasa guna tablet cina akan selesa. tetapi bila dah mencuba features pada tablet berjenama, mereka akan rasa kelainannya. Terpulang kepada pemilik, jika bersesuaian dengan tablet cina silalah, bukan untuk salahkan, mungkin belum mampu lagi. Lagipun mengambil kepentingan penggunaannya juga. Melainkan jika kita betul2 benar mampu dan mempunyai extra tanpa mengabaikan kewajipan yg lain, tidak salah. Yang penting masing2 up to date dengan situasi keadaan dan tidak menyalahkan kemampuan, menjadi penyebab tidak sealiran dengan teknologi.
p/s: pentingnya juga tablet cina itu adalah jenama sendiri dan bukannya sekadar menciplak rekaan dan featur berkaitan. after sales, spare part menjadi keutamaan seperti dinyatakan.
yup aku sangat setuju dengan pendapat kalau cuba features pada tablet berjenama pasti terasa kelainannya. tablet china ni aku boleh anggap sebagai tablet permulaan la kot untuk mengenal dan mencintai teknologi tablet hehe
Tablet China ni ok jer. Aku dah beli satu….cuma bateri dia jer yang masalah. Tak tahan lama. Kalau main game berterusan…3 jam dah abis bateri, walaupun baru beli.
Memang ada masalah dngan betery tapi tablet chaina klau di jaga dngan baik kmungkinan ia bleh diguna lama.saya bagi anak saya berumur 2tahun smpai skrang tiada masalah.tapi pada yang berkemapuaan baiklah beli yang ori.
Keyakinan utk barangan elektronik dari China belum muncul dari diri aku.
Lebih rela mahal sedikit dari dapatkan barangan china setakat ni.
tab murah rm 199 ok ke? murah sangat, takut plak nk beli (walaupun ati nk beli)
ok jew… saya dh beli tahan ooooo..
Tak pernah lagi beli…Tapi ada kawan kata ianya tetap berkualiti…
kalau suruh beli..aku tak nak. tapi kalau orang bagi free..aku ambil. haha..
tu x yah cakap la… free saper yg x nak??
bangsa subsidi. asyik nak free je.mak bapak pun benci kalau free memanjang..
anak aku guna teblet china dah masuk setahun.ok apa.macam2 benda berguna aku leh download utk dia belajar.x de masalah pn(pd masa tu harga 500)
skg aku ada lubang baik,side income.aku jual teblet cina..harga
RM170 dan RM280.Tapi yg RM170 buatan dia manja sangat..jualan aku agak laris dan setakat ni x de komplen.mmg le kalau nk compare dgn brg mahal kalah le.
hrg termasuk kos penghantaran.
macamana nak order?
ada website x ?
Boleh promote sikit tak??
Berminat gak nak beli.
Setelah membeli beberapa tab untuk anak2 yg …. Tab jenis SmartTab dan NovaTech adalah yang terbaik….. yg lain mcm x berapa best… sekadar pendapat… berbaloi2..
oo..nak kena selidik betul-betul dulu…
biasenya harga market ainol novo niii brape erk
like kt fb type navigate malacca..byk tablet ainol,novatech,unicorn dsb,hp pun ade..
Table Cina ni bab kualiti bateri out. Aku pernah study review kat Internet mengenai orang2 yg guna Tablet Cina ni. Sebab dulu2 aku ingat nak jual Table Cina macam Nova, Ainol dsb, sebab tu aku tau.
Lagipun aku pernah pakai GPS buatan Cina. Kalau salah charge bye2 la.
Lain la kalau Tablet tu harga bawah RM 150, baru la berbaloi. Kalau harga lebih RM 150, tak payah la beli, baik beli secara ansuran bayar bnulan RM 100 tapi dpt branded.
Banyak kan skrang produk cina….
saya baru nak beli tablet and ingat nak beli tablet murah je yang dari China.. sekarang ada dua pilihan antara nak beli 3G Tablet Pc MID Smart Tab Android atau 3G Unicorn II Nova.. purpose beli sebab nak mudah browsing ngan buat kerja dalam microsoft… kalau admin boleh recommend yang mana bagus antara dua brand nie..
better xyah beli produk dari novatech aka tab nautica tu ..sy beli melalui fb, sy beli xsampai seminggu dah rosak , skrin pecah , bukannya skrin pecah sbb lempaq ka apa ka . tgh dok caj 8 jam , sbb baru beli , tup2 nak main , terus pecah skrin , bila tya company , depa suruh hantaq balik , sebab ada waranty lgi kan , sy hntaq la , pastu depa tepon suruh bayaq rm100 utk baiki sbb depa kata sy yg bg rosak sendiri .. nak xnak kena bank inn lah , dlm smgu dpt brg , rosak balik , skrin kabur2 mcm tanda2 nk jadi gelap .. sabaq je la.. last2 tab tu simpan dalam almari , buat harta pusaka untuk cucu cicit akan datang … –‘
payah kot nak beli sebab tablet dari china ni yang ori ngan ciplak lebey kurang jer.. haha
Teringin jugak nk beli tp risau pun ade
Support after sale adalah paling penting. Banyak kes terjadi apabila mereka beli tablet china ni kebanyakkannya ada yang kamera tak berfungsi, Google Play tak boleh login dan macam-macam lagi.
Selain tu, pastikan beli dengan penjual yang berdaftar dan boleh dipercayai. Takut-takut kalau beli secara pos nanti lain pulak yang sampai.
Sebenarnya ikut pada kemampuan individu..mcm aku, baru2 nie ade beli tablet Korea. Aku beli pun utk tujuan bisnes aku sebagai photographer. Aku leh upload pic yg da edit ke dlm tablet nie..kualiti gambar mmg terbaik..pasal tablet skarang pun da ade HD.So..moral of the story..senang aku nak bawak kemana2..sama je mcm tablet galaxy or ipad..cuma beza nama nama die sahaja..pasal galaxy n ipad dikeluarkan oleh samsung n apple..dgr nama pun dah GAH da kat dunia nie…pasal tu mahal.. misal kata kene rompak ke, kene ragut ke, terjatuh n pecah ke..risiko x lah tinggi berbanding tablet yg mahal..faham2 je la…
GK pun kongsi juga pengalaman guna tablet china nie…GK penah dapat hadiah tablet brand ZTE LIGHT V9 product taiwan..alhamdulilah dah genap 1 tahun 3 bulan pada tarikh hari ini..tablet tue masih elok digunakan..anak GK umur setahun selalu lempar tablet tue lepas dia jemu tengok video upin-ipin..tapi lahamdulilah still boleh berfungsi..tablet tue boleh buat call dan sms..sebijik macam tablet samsung cuma kalau call semua orang akan dengar perbualan kita kalau tak guna ear phone,..so far ok la tablet nie GK beli masa tue harga dia RM599(body saja) + memory card+casing+screen protector= RM690.
kalau handphone clone cmner? ada sape2 pernah beli x? spec mmg stdard lah. tgok harga kan..compare dgn ori 1k lebih..separuh harga kot..tp bateri tahan ke?
respond sape2 pernah pakai
saya dh 6 bulan pkai tab nova tech. prestasi mmg ok setaraf mcm tab samsung. tak rugi beli tab nova sbb harga cuma 300 tpi lasak.
jgn kata tab china x elok. semua brg tab, smartphone yg kebanyakan ada di Msia, berasal dri china. china yg kawal rare earth
erm tak yah beli la…aku pakai seminggu dah rosak..memnag celaka la kedai yang jual tu…lepas repair pakai seminggu lagi rosak…lps aku bia kan je…lme2 boleh bukak pulak..pakai balik dlm 2 bulan..tuptuptuptup sekarang tak boleh on langsung dah…tapi on charge masuk…
saya skang pakai tablet buatan taiwan n smart tab.
buatan taiwan memang tahan lama.. sye beli sejak tahun 2011, masa tu umur anak saya baru setahun.. sampai sekarang tablet buatan taiwan tu masih dipakai lagi dan tiada masalah pun… yang smart tab tu saya baru beli awal tahun ni. itu pun anak saya yang no 1 ni xnak berkongsi dengan adik dia.
saya ada beli galxy note 2, cina punya la, tapi masalah utama phone ni, bila bukak je ape2 application dia akan sangkut2, jadi nasihat saye beli la yang original… 😛
kalau saye ni mane mane produc sama je,ori ke china ke.
sebab saye ni dah pakai tablet buatan china smart tab p1 waktu itu harga Rm 500 saye pakai udah 3 tahun belum ade problem battry pun ok bleh than setengah hari kalau browsing internet,semua masih ok juga,bagi saye ori harga mahal china harga murah semua kegunaan sama sama bisa browsing internet.so saye ade duit pun tetap pilih tablet china karna murah,pungsi pun sama.