Aku telah mendaftar akaun adsense semenjak 2007 lagi tapi baru tahun ini aku aktif dan letakkan iklan adsense di beberapa blog aku. Syukur alhamdulillah pada bulan Julai pendapatan adsense telah mencapai tahap minimum dan boleh dikeluarkan. Dapatlah aku merasa #duitraya daripada adsense pada tahun ini. Jadi dalam post ini aku nak kongsikan pengalaman menggeluarkan duit melalui Western Union mungkin ia dapat memberi manfaat kepada anda.
Kepada yang tidak tahu, adsense adalah penyedia perkhidmatan pengiklanan untuk web dab blog sama seperti 3 syarikat pengikalanan terkemuka di Malaysia; Innity, Nuffnang dan Advertlets. Oleh kerana ini pertama kali aku nak keluarkan pendapatan adsense aku memang tak tahu apa-apa. Terima kasih kepada rakan-rakan twitter terutamanya saudara ezany dan kak Yanmie yang banyak membalas tweets aku dan memberi tunjuk ajar bagaimana tentang adsense dan penggunaan Western Union.
Pada awalnya aku bercadang hendak menggunakan perkhidmatan Western Union di Public Bank kerana ia terletak betul-betul di hadapan kawasan perumahan aku. Tapi malangnya Public Bank tidak mahu membuat transaksi berkenaan dengan alasan mereka tidak menerima pemindahan wang daripada akaun syarikat kepada individu. Oleh kerana aku memang tidak ada pengalaman tentang Western Union aku akur dan terus beredar ke bank lain.
Bank kedua aku pergi adalah BSN yang juga sangat berdekatan dengan rumah aku. Tapi malangnya di BSN juga gagal dengan alasan aku tiada “Pesanan dari Pengirim”. Sebelum pergi ke bank aku dah puas meneliti segala butiran yang pihak Adsense bagi dan perkara-perkara yang perlu akau sediakan untuk urusan tuntutan duit menggunakan Western Union dan memang tiada langsung Adsense pesan apa-apa pada aku. Antara perkara yang perlu disediakan adalah seperti berikut:
- Jumlah wang yang hendak dituntut (lebih baik cari dulu nilai dalam RM sebelum membuat tuntutan)
- MTCN atau Nombor Kawalan Pindahan Wang yang telah diberikan oleh Adsense
- Pengenalan diri seperti IC dan salinannya sekali
- Lebih baik jika anda cetak “Statement of Earnings” dan bawa ia bersama
Sekali lagi aku pulang dengan perasaan yang hampa. Malam itu aku menuntut ilmu lagi di twitter dan group Kedai Kopi IM di facebook. Menurut mereka sepatutnya tiada masalah untuk menuntut wang dari Western Union di Public Bank dan BSN. Mungkin kerana cawangan bank yang aku pergi tu kecil dan jarang ada transaksi Western Union aku tidak dapat melakukan traksaksi di bank-bank berkenaan. Mereka juga ada mencadangkan supaya aku pergi ke pejabat pos atau ada satu kiosk di Melaka Sentral yang ada menyediakan perkhidmatan Western Union.
Setelah melayari web Western Union Malaysia, aku dapati memang betul ada syarikat yang menguruskan perpindahan wang keluar negara dan menyediakan perkhidmatan Western Union di Melaka Sentral. Syarikat itu adalah Lotus Group Ent Sdn Bhd. Apa yang lebih menggembirakan aku adalah ia beroperasi setiap hari dari jam 10 pagi – 7 malam.
Jadi pada hari Sabtu lepas aku pergi ke Melaka Sentral untuk mencari syarikat Lotus Group ini. Ia agak mudah dijumpai kerana kiok itu mempunyai papan tanda kuning besar yang bertulis Western Union di tempat menunggu bas. Maaf kerana aku terlupa untuk mengambil gambar kiosk berkenaan. Hanya satu sahaja kaunter dibuka mungkin kerana aku datang pada waktu makan tengah hari dan hari itu adalah hari Sabtu tapi tak mengapa kerana hanya ada beberapa pelanggan sahaja. Kebanyakkan pelanggan adalah warga asing yang mahu mengirimkan wang ke sanak-saudara di kampung.
Alhamdulillah segala urusan berjalan dengan lancar dan aku berjaya membuat tuntuan wang Adsense menggunakan Western Union di Lotus Group dengan kadar tukaran wang USD $1 bersamaan RM3.0685. Tak perlulah aku bersusah payah cuba di pejabat pos pula. Berapa jumlah wang yang aku berjaya peroleh tu biarlah rahsia cukuplah untuk membayar PTPTN bulan September ini nanti.
Persoalan Tentang Western Union dan Google Adsense
Sebelum ini memang banyak persoalan aku tentang Western Union dan Adsense. Terima kasih kepada google dan rakan-rakan sosial media kerana banyak membantu menjawab persoalan dan kemusykilan tentang Google Adsense dan Western Union. Berkut adalah beberapa persoalan dan penyelesaian kemusykilan yang berjaya aku kumpulkan.
1. Apa yang perlu dilakukan setelah wang anda mencapai tahap minimum USD $100 di Google Adsene?
Jawapan daripada Ezany: Sila semak info di bahagian “Payment Setting” dan pastikan info yang tertulis adalah benar. Pastikan payment method ditukar kepada Western Union. Tunggu “Statement of Earnings” yang akan dikeluarkan mengikut tarikh yang tertulis. Bila dah dapat statement berkenaan boleh la pergi ke Western Union.
2. Dimana ada menyediakan perkhidmatan Western Union?
Jawapan daripada Google:
- Pejabat Pos
- Agro Bank
- Bank Rakyat
- CIMB (menurut Ezany mulai 1 September 2012 CIMB dah tidak menawarkan perkhidmatan Western Union -.-)
- AmBank
- Bank Muamalat
- Hong Leong Bank
- Public Bank
- RHB Bank
- Bank Simpanan Nasional
- dan mana-mana tempat yang ada memaparkan logo Western Union
- Senarai penuh boleh didapati di laman web Western Union Malaysia
3. Nama pada akaun Adsense tiada Bin
Contohnya nama anda menurut IC adalah Nazrien bin Zaraini tetapi sewaktu anda mendaftar Adsense anda hanya menulis Nazrien Zaraini sahaja. Jadi pada statement Adsense hanya ada nama Nazrien Zaraini sahaja sebagai penerima. Menurut saudara Shamsuriyadi dalam post beliau,
Jawapanya boleh. Kaedah penamaan di Malaysia berbeza dengan US dimana nama keluarga diletakkan dihadapan contohnya David Beckham, diorang panggil Becham iaitu nama bapa si David. Dalam kes Bin ini, Bin dikira sebagai middle name. Ia adalah optional samada diletakkan atau tidak. Yang penting ialah First Name dan juga last name. Dalam kes nama orang Malaysia, First Name adalah nama kita iaitu Nazrien dan last name adalah Zaraini. Jangan risau jika tiada Bin tu. Masih boleh lepas.
Cukuplah sampai di sini sahaja perkongsian pengalaman aku mengeluarkan wang adsense melalui Western Union. Jika ada sebarang persoalan atau kemusykilan bolehlah diajukan di bahagian komen. Sama-sama kita cari cara penyelesaiannya nanti. Terima kasih diucapkan kepada mereka yang banyak membantu aku dalam proses mengeluarkan duit di Western Union. Sekian terima kasih.
Penghargaan: Ezany, kak Yanmie, ahli group Kedai Kopi IM, shamsuriyadi.com, abang jaga kiosk Lotus Group Ent, Melaka Sentral dan lain-lain lagi.
belum pernah cuba lagi benda alah
terima kasih berkongsi, boleh dijadikan pada utk auc pulak nanti 🙂
Nanti cubalah ye, sekarang ni adsense untuk blog BM boleh tahan dulu memang susah. Tapi masa nak mohon je masih agak rumit sedikit
Terima kasih dengan info ni. sangat berguna!!
Sama-sama, semoga dapat manfaat bersama.
Tak pernah dapat payment lagi. Pasal adsense pun tak pernah dapat pun.heheheh
Aku pon nak dekat 5 tahun baru dapat hehe
tak pernah ada pengalaman dgn adsense lagi
Tahniah bro..
perghh mesti berbunga-bunga 1st time dapat cash out payment dari USA 🙂
memang berbunga-bunga pon bro haha sebab tu la walaupun banyak masalah awalnya gigihkan jugak hehe
Patutnya tak jadi masalah pada wakil western union samada di pejabat pos / mana-mana bank wakil yang sah. Aku dulu pergi RHB, staff yang uruskan payment tu siap pelik aku dapat daripada duit daripada Google.. tapi ok je walaupun dia pon pertama kali buatkan cashout untuk GA tu.
Takpe pengalaman pertama, lepas ni laju je isi borang + pergi tempat WU yang sah.. 🙂
salam,
saya ada website untuk megiklankan apa sahaja produk dan pada masa yang sama saya buat iklan untuk adsense, yang jadi masalahnya saya dah dafter dengan adsense opunya akaun lah tetapi sampai sekarang google tak aproved saya punya akaun…jadi macam mana awak buat ek?sehingga berjaya mendapat payment.
peh..memang ketara ko tak pernah keluarkan duit adsense guna WU. pejabat pos aje kalau aku malas. dulu aku selalu wat kat cimb aje. sekarang, pejabat pos ajelah..haha..
Tula, aku pertama kali nak keluarkan yang mana dekat aku cuba la dulu haha kalau dekat Melaka Sentral tu tak lepas memang aku menuju ke pejabat pos la hari tu
Fuh. Sekali keluar duit adsense, minimum pun dah RM300++ dah. Memang masyuk!
yup, tapi aku kena tunggu sampai 5-6 bulan baru dapat keluarkan sekali duit adsense hehehe
kalau rajin update blog, up trafik, insyaallah bulan2 boleh cashout 🙂
bro nanti aku nak minta tolong boleh, aku belum cash out lagi adsense ni, jadi nanti nak minta tolong cara isi borang, hari tu aku confius, terus x cash out lagi
insyaAllah kalau aku boleh tolong aku tolong bro. pi kat page fb nazrien.com tinggalkan mesej kat situ la nanti aku cuba tolong tengok
fuyoo rezeki potato.. aku kena banned je, malas nak apply lain. tapi tu la tengok rate iklan dia, memang mahal, tambah2 blog BI.. kalau main SEO sikit, trafik masyuk.. kedababOM. serius hebat.. #jelly
Rezeki setelah sekian lama, Alhamdulillah. Tu la keyword BI memang banyak yang mahal-mahal, BM ni harapkan iklan Zalora jela yang ada banyak kalau tak sunyi je adsense aku haha
Masih belum mampu lagi aku nak buat duit dengan blog. Mungkin aku tak serius sangat dalam blog ni. Mungkin masa akan datang boleh dijadikan panduan macam mana nak cash out duit adsense ni.
boleh bookmark post ni siap-siap untuk kegunaan masa depan hehe
Nak kena try nih, sebelum ni just guna chek dari google. cas rm50 kena tunggu sebulan baru dapat…
hari tu aku pon hampir-hampir nak guna cara cek, nasib baik ada kawan bagi tahu boleh guna Western Union
Info yang tersangat berguna kepada newbie like lepakk. com
Sekarang memang senang tak macam dulu nak kena tunggu cek sampai,.. tu pun ambik masa lebih kurang 2 bulan baru dapat. Aku pun guna pejabat pos je. 🙂
tula nasib baik dah banyak cawangan Western Union ni kat Malaysia, senang boleh buat dekat mana-mana
tak pernah try adsense lg. mgkin sbb mak x layak kot..huhuhu.
apapun, thanks sbb berkongsi pengalaman. Buleh jd rujukan pd kwn2 lain
Terima kasih pengkosian untuk mengeluarkan Adsense di Western Union.
sama-sama kasih…
hihi, aku pun baru je cash out bbrp hari lepas..
terus sambar laptop baru guna duit adsense.. jgn kasitau org lain..
fuyooo hebat betul beli laptop guna duit adsense! Sila la jadi idola aku ye haha
Kebiasaannya “Pesanan dari Pengirim” tu ialah Customer ID. Customer ID ada pada sebelah kanan atas Statement of Earnings.
oo baru tau ni, terima kasih! lagi 2-3 bulan nanti nak cuba la hehehe
bilalah dapat rasa duit adsense ni, apapun terima kasih kerana berkongsi pengalaman ni
Terima kasih kongsi info. harap buleh dirujuk oleh mereka2 yang singgah. Anyway nest ttime pejabat pos atau Cimb jer le… pengalaman mengerti kedewasaan bukan? heee.
Tahniah….
Bukan semua blogger Malaysia yang dapat cash out dari Google kan?
Wow, terima kasih. info yg sgt berguna.
Tapi saya nak hantar duit ke luar negara pula bagaimana?
Cthnya, mereka (kedai) minta 100 dolar, adakah pihak kaunter western union tu akan tukarkan ke RM untuk kita?
Manalah tahu kalau kita tukarkan sendiri, takut tak cukup pula.
yup nanti dia akan tukarkan ke RM.. tapi nanti akan kena bayar transfer fee sekali la. Yang itu aku tak pasti berapa
tahniah bro~ mesti teruja 1st time cashout adsense earning kan hehe
Salam,
Alhamdulillah rezeki, next time pi kat pejabat pos je, cepat dan rate kat pjbt pos pun boleh tahan tinggi berbanding ditempat lain 🙂
mengikut pengalaman aku.. mudah saja nak keluarkan duit google adsense guna WU tuh..
pertama :- print dulu statments earnings..
kedua :- pi BSN mintak borang keluar Wu warna kuning dan isi .
cara isi.. utk penerima..isi semua yg dia nak// (maklumat kita la) pastikan sama dengan yg tertulis di statments of earning adsense tuh..
utk sender.. nama depan isi “Google Inc” .. nama belakang kosongkan.. utk bahagian kiriman wang dari bandar mana isikan ” Mountain View CA USA”
lepas tuh isikan sekali no pemindahan kiriman wang (MTCN) yg google bagi tuh.. pastuh sign dan pi kaunter dan terima duit.. senang jerr..
yg paling penting sini IC dan salinan ic kena bawak.. Statments of Earnings kena bawak..
kalau melalui wakil.. surat rasmi kebenaran wakil dan salinan ic wakil sekali.. dlm borang WU tuh kena sign wakil la bukan sign penerima asal.. dah sebab wakil kan.. heheh
saya ada website yang boleh mengiklankan apa sahaja produk atau barangan dan pada masa sama saya telah membuka akaun adsense..yang jadi masalahnya sampai sekarang ni google tak aproved saya punya akaun…ada cadangan dr tuan tak? dan mcm mana tuan buat sampai boleh dpt payment tersebut?
Assalamualaikum tuan.. Saya juga berpengalaman dengan western union untuk mengambil wang dari adsense.. Tetapi hari ini saya tidak dibenarkan mengambil kerana tiada “bin”.. Saya mushkil kerana sebelum ini saya pernah mengambil wang di western union tanpa sebarang masalah.. Jadi saya ingin kepastian sebab semasa saya mengisi nama di wester Union, hanya ada first dan last name sahaja.. Middle name tiada.. Jadi, adakah ini isu besar menyebabkan saya tidak boleh ambil wang tersebut?