Artikel ini telah dikemaskini sempena Olimpik Rio 2016. Rakyat Malaysia pasti tahu tentang sukan squash kerana negara kita mempunyai ratu squash yang sangat terkemuka, Dato’ Nicole David. Ramai juga yang terkilan kenapa acara squash tidak dipertandingkan dalam Sukan Olimpik kali ini. Jika tidak pasti peluang untuk mendapat pingat emas pertama negara adalah lebih cerah. Berikut adalah beberapa sebab kenapa sukan squash tidak dipertandingkan dalam olimpik berdasarkan kajian amatur penulis.
Sebelum bercerita panjang lebih baik kalau kita kenal dahulu serba sedikit tentang Sukan Olimpik dan acara yang dipertandingkan. Sukan Olimpik terbahagi kepada 2 iaitu Olimpik Musim Panas (Summer Olympic) dan Olimpik Musim Sejuk (Winter Olympic). Post kali ini kita akan berbincang tentang Olimpik Musim Panas ye seperti yang sedang berlangsung di London pada ketika ini.
Sukan Olimpik London 2016 kali ini mempertandingkan sebanyak 28 jenis sukan dengan 306 jenis acara yang disertai oleh 206 buah negara. International Olympic Committee (IOC) bertanggungjawab menetapkan acara sukan yang patut dipertandingkan dalam Sukan Olimpik secara undian.
Setiap sukan berkenaan diwakili oleh satu badan khas dan mungkin mempunyai beberapa disiplin. Contohnya renang, renang berirama, polo air dan terjun tergolong dalam satu kategori sukan iaitu akuatik dan diwakili oleh International Swimming Federation (ISF), (wikipedia, 2012). Manakala acara pula adalah pertandingan yang memberi pingat contohnya terjun 10 meter Platform Wanita yang disertai oleh atlet kebangsaan, Cheong Jun Hoon dan Pandelela Rinong adalah sejenis acara dalam sukan akuatik.
Bagaimana sesebuah sukan boleh dipertandingkan dalam Olimpik?
Bilangan sukan berubah-rubah dan semakin meningkat dari masa ke semasa sehingga pada tahun 2000 telah ditetapkan hanya 28 jenis sukan maksimum boleh dipertandingkan dalam satu temasya Sukan Olimpik. IOC yang bertanggungjwab menentukan sukan itu layak atau tidak dipertandingkan. Sukan tersebut mestilah popular dan diamalkan secara meluas di banyak negara. Sukan yang bergantung pada sistem mekanikal seperti sukan bermotor tidak akan dipertimbangkan sebagai sukan olimpik. Selain itu sukan-sukan berkenaan perlulah diktiraf oleh IOC dan mempunyai satu badan antarabangsa yang bertanggungjawab terhadap sukan berkenaan. Untuk pengetahuan, squash di bawah badan World Squash Federation (WSF) adalah sukan yang diiktiraf oleh IOC tetapi tidak dipertandingkan.
Kenapa squash tidak dipertandingkan dalam sukan olimpik?
Sebenarnya sukan squash bukan tidak dipertandingkan tapi lebih kepada belum dipertandingkan. Sukan squash diiktiraf oleh IOC dan ada kemungkinan untuk dipertandingkan.Berikut adalah beberapa sebab kenapa sukan squash gagal berdasarkan kajian ringkas aku.
1) Bukan sebab ia tidak popular. Seperti yang dinyatakan, sesebuah sukan perlu popular dan diamalkan secara meluas di seluruh dunia. Sukan squash tidak dipertandingkan bukan kerana ia tidak popular. Menurut angka dari Sport England, sukan ini dimainkan oleh lebih 500,000 orang setiap bulan dan mereka menggemarinya.
2) Squash tidak berjaya mendapat 2/3 majoriti undi. Untuk menambah atau membuang sukan dalam dalam Sukan Olimpik ia perlu dipertimbangkan di Persidangan IOC. Pada Persidangan IOC tahun 2009 di Copenhagen, sekali lagi pihak WSF telah cuba sedaya upaya untuk melobi agar squash dapat dipertandingkan dalam Olimpik 2016 tetapi tidak berjaya. Sebaliknya sukan golf dan ragbi yang mendapat undian tertinggi. (ESPN, 2009) .
WSF telah mencuba sekali lagi di Persidangan IOC ke 125 yang berlansung di Buenos Aires bertarikh 7 September 2013, tetapi malangnya tidak berjaya lagi. Sebaliknya 5 sukan baru yang akan dipertandingka ndalam Olimpik Tokyo 2020 nanti iaitu; papan luncur, baseball, luncur air dan memanjat dinding (wall climbing).
3) Squash sukar untuk ditonton dan dirakamkan di televisyen.
Ini merupakan satu kritikan yang selalu timbul dan menjadi salah satu sebab kenapa ia tidak dipertandingkan dalam Sukan Olimpik. Kononnya bola squash terlalu laju dan kamera tidak mampu menangkap gerakkan bola berkenaan.(Yorkshirepost, 2011). Selain itu ruangan yang sempit dan tertutup juga dijadikan sebab sukan itu sukar untuk ditonton dan dinilai.
Untuk mengatasi masalah berkenaan dan memastikan ia berjaya layak ke Sukan Olimpik 2020, pihak WSF bakal melakukan banyak perubahan dan peningkatan pada sukan squash. Contohnya dengan memperbaiki sistem kiraan mata, meletakkan pengadil tambahan, menggunakan lantai kaca dan meletakkan rakaman video dalam tempat perlawanan.
Sukan ini telah dipertandingkan di Sukan Komanwel dan Sukan Asia tanpa sebarang masalah. Selain itu kejohanan squash juga telah banyak dianjurkan dengan jayanya, hanya pihak IOC sahaja masih belum begitu yakin dengan sukan ini.
Trivia: Squash mula diperkenalkan dalam Sukan Komanwel pada tahun 1998 sewaktu Malaysia Menjadi tuan rumah.
ps: Post ini ditulis buat pertama kali sempena Olimpik 2012 dan diolah semula untuk Olimpik Rio 2016. Setiap info yang ditulis dalam post ini adalah berdasarkan pemahaman penulis dari sumber-sumber yang boleh dipercayaai. Jika ada sebarang penambahan atau pembetulan sila komen 🙂
Rujukan:
tkasih dik. penah juga mempersoalkan dulu. begitu ceritanya. hoh, kalau tidak sah2 msia je yg juara. agaknya dorang yg buat undian tu dah tau kalau squash ada, msia je yg menang :p
hohoho mungkin jugak.. satu lagi, ranking 1 dengan no 2 squash lelaki dunia orang England yang pegang.. so mungkin diorang taknak Great Britain monopoli la kot haha
mesti ada konspirasi xnak bg Malaysia mng 1st gold medal, tu yg pakat xnak undi tu. nak2 yg dibuat undi tu kt Spore. huhu
haha yang tu no komen takde bukti sahih untuk tu. yang aku tau undi dia base on yes no je haha
peh! huraian yang mantap dan mudah untuk difahami. tak cukup undi eh? komanwel rilek je. inikan sukan dunia susah nak rekod. apepun,next 4 years harap baskin robin buka tawaran lagi. eheh~
4 tahun lagi mungkin KFC pulak ke haha
sape nak cepat kurus..hari-hari dok main squash dengan tennis..hoho..
aku memang tak larat la nak main tennis dengan squash tiap-tiap hari haha bukan sahaja tak larat tak reti jugak
oh mcm ni rupanya cerita disebalik kenapa ada sukan yang ada dan tiada
harap nicol dpt turunkan ilmu dia pada generasi baru. Mana la tau 2020 nanti ada squash. Kalau nicol larat lg ok gak
kalau ada negara lain takpayah nak berangan mauk laaa…lagi 1..kalau ada…bankrup malaysia tiap2 tahun nak bagi 4juta dkt nicole..haha
Nice writeup. Haah, baru perasan squash takde. Kalau tak mesti senang je Malaysia menang.
Kalau tahun 2020, nampaknya era Nicol David dah takde lah. Terpaksa tunggu generasi baru.
tu la, mengharapkan ada la genarasi pelapis masa depan nanti
thumbs up! best post ni 🙂
harap next and next year masuk la, tapi masa tu nicole mungkin dah bersara pulak
Masa untuk cari pelapis baru.. Pemain squash lelaki Malaysia pon dah ada yang bersara..
Satu lagi sebab… sebab Amerika tak de pemain hebat dalam skuash.
Diorag kan leh bagi memcm pd pada pengundi. Pelobi pun kuat.
aku langsung tak pandai main squash… hehheheee
agak syg juga tak ada di Olimpik kalau tak mesti dapat pingat( x semestinya emas)
kan best kalau sukan squash ni dipertandingkan..pasti dapat makan aiskrim free..hehe
p/s :nak tanya ,mcm mana ye nak letak related post kat wordpress??
Harap2 squash diterima dalam Sukan Olimpik 2020.
melepas emas utk malaysia. hehe
kalau masuk olimpik 2020 , nicol dah 37 tahun..
nak bida lagi utk 2024.. nicol mgkin dah retire …
skrg ade wee wern rankin no 7… on off nampak samar2 sebab tak selalu menang dgn raneem & laura