Semalam rakyat Malaysia telah digemparkan dengan rekaan logo sambutan kemerdekaan ke 55 yang sangat tak cantik! Aku secara peribadinya sangat kecewa dengan logo yang telah diperkenalkan itu. Bukan bermaksud aku boleh mereka logo yang lebih baik tapi berdasarkan pemerhatian terhadap logo-logo sambutan kemerdekaan yang sebelum ini, aku yakin kita mampu hasilkan yang lebih baik lagi! Logo Sambutan kemerdekaan tahun 1976 lagi cantik la daripada tahun 2012 ni padahal waktu dulu belum ada pon Adobe Photoshop, Illustrator, GIMP, Corel Draw dan sebagainya. Bahkan komputer pon belum ada lagi pada waktu tersebut.

Tak percaya, aku dah kumpulkan 30 logo sambutan kemerdekaan dari tahun 1976 – 2011 dalam post ini. Sila la nilaikannya sendiri.

Logo Sambutan Kemerdekaan dari tahun 1976 - 1985
Logo Sambutan Kemerdekaan dari tahun 1976 – 1985
Logo Sambutan Kemerdekaan dari tahun 1986 - 1995
Logo Sambutan Kemerdekaan dari tahun 1986 – 1995
Logo Sambutan Kemerdekaan bagi tahun 1996 - 2011
Logo Sambutan Kemerdekaan bagi tahun 1996 – 2011

Cantikkan logo-logo yang terdahulu? Walaupun ada yang sangat ringkas tapi ia tetap cantik. Walaupun logo tahun 2000 – 2006 tak pernah berubah tapi tak kisah la sebab logo tu pon cantik jugak. Tapi bila melihatkan logo Sambutan Kemerdekaan keli ke 55 pada tahun ini, aku sangat kecewa!

Logo Sambutan Kemerdekaan tahun 2012 kali ke 55
Logo Sambutan Kemerdekaan tahun 2012 kali ke 55

Mungkin ada orang cakap, “logo je pon bukannya ada apa-apa kesan sangat”. Tapi bagi aku, bukankah kita digalakkan supaya hari ini lebih baik daripada semalam dan esok sepatutnya lebih baik daripada hari ini supaya kita tak menjadi orang yang rugi? Semenjak tahun 1976 yang lalu logo tu ok la takde la sampai macam ni sekali. Tak dapat aku nak bayangkan macam mana la rupa logo tahun 2013 nanti.

“ Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yang beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka”

sumber logo dari malaysiamerdeka.gov.my

Kemaskini: Dr Rais Yatim kata nak tukar logo jadi logo 1Malaydia 1Malaysia. Bagus!

Rais Yatim tukar logo kemerdekaan
Rais Yatim tukar logo kemerdekaan