Semakin hari semakin banyak blog yang wujud di alam maya ini dengan pelbagai jenis dan rupa. Menulis blog mungkin telah menjadi trend masa kini yang semakin popular. Tetapi malangnya banyak blog yang sekadar wujud hanya untuk seketika sahaja dan kecundang sebelum sempat untuk berjaya. Berikut adalah beberapa tekanan yang akan melunturkan semangat untuk menulis blog yang mungkin anda boleh elakkan.
1) Tekanan untuk menulis sesuatu yang berkualiti. Ini merupakan tekanan yang sering menimpa penulis blog kerana mereka mahukan sesuatu yang mampu untuk menarik minat pembaca mereka dan dapat memuaskan hati mereka sendiri. Oleh kerana terlalu sukar bagi mereka untuk mendapatkan post yang berkualiti blog itu dibiarkan bersawang dan akhirnya penulis berhenti untuk menulis. Cara untuk mengatasinya adalah sangat mudah, tumpukan kepada tujuan utama anda menulis dan gunakan kepakaran atau kemahiran yang anda ada untuk dikongsikan bersama para pembaca. Elakkan daripada menulis sesuatu yang diluar bidang anda dan memerlukan terlalu banyak kajian untuk menghasilkan post berkenaan.
2) Tekanan untuk mendapatkan trafik. Bagi sesetangah penulis blog, trafik merupakan perkara yang amat penting sekali. Tetapi jika anda terlalu memikirkan tentang trafik tanpa sebarang tindakan untuk menaikkannya ianya amatlah sia-sia. Bukan mudah untuk mendapatkan trafik yang banyak tetapi ianya tidak mustahil. Jangan harapkan trafik yang banyak boleh datang secara tiba-tiba tanpa anda melakukan apa-apa. Trafik yang banyak juga tidak akan datang secara sekali gus dalam masa yang singkat. Jadi jika anda mahukan trafik yang banyak, teruskan menulis blog dan pelajari teknik yang berkesan untuk meningkatkan trafik dan ia juga boleh didapatai melalui pengalaman yang anda akan terima nanti.
3) Tekanan untuk menjana wang melalui blog. Setelah hampir sebulan menulis blog anda masih tidak dapat menjana pendapatan melalui blog. Memang tidak dinafikan, pendapatan boleh dijana dengan menulis blog. Banyak atau sedikit wang yang anda boleh perolehi melalui blog itu bergantung pada komitmen anda sendiri. Tetapi jika anda terlalu tertekan kerana tidak memperoleh pendapatan melalui blog dan seterusnya berhenti, anda mungkin akan menutup peluang untuk menjana pendapatan yang lebih lumayan di masa akan datang.
4) Tekanan untuk mendapatkan komen. Anda menulis dengan penuh semangat tetapi malangnya hanya terdapat 1 atau 2 komen sahaja yang terdapat di post berkenaan. Ini membuatkan anda berputus asa kerana menyangka tiada yang berminat dengan penulisan anda dan membuatkan anda berputus asa untuk menulis post yang berkualiti. Sesungguhnya komen yang banyak tidak menunjukkan bahawa anda seorang penulis blog yang bagus. Teruskan menulis dengan ikhlas dan suatu hari nanti anda akan menerima komen yang ikhlas yang lebih baik berbanding ratusan komen yang sekadar suka-suka sahaja. Atau anda juga boleh membaca post ini untk mendapatkan tips meningkatkan komen.
5) Tekanan untuk mendapatkan blog yang cantik. Setiap penulis blog pasti mahukan blog mereka kelihatan cantik dan unik berbanding jutaan blog lain di alam maya ini. Tetapi malangnya untuk mencari tema yang cantik untuk blog anda sangat membebankan. Terdapat jutaan tema yang boleh didapati secara percuma di internet tetapi satu pon tidak mampu memuaskan hati anda. Apa yang anda boleh lakukan adalah dengan memilih tema yang mudah dan risngkas, seterusnya mengubah mengikut kesesuaian anda. Atau anda juga boleh mengikut tips untuk memilih tema yang sesuai untuk blog anda.
6) Tekanan untuk menjadi sama hebat seperti blogger lain. Anda iri hati melihat blog-blog lain yang popular dan ramai pelawat. Oleh yang kerana itu, anda mengikut gaya penulisan mereka dan menulis topik yang sama seperti mereka dengan harapan untuk mendapatkan trafik yang seumpama mereka. Lebih teruk lagi, anda copy dan paste artikel menarik yang terdapat di blog itu. Sesungguhnya tindakan itu bukan dapat menjadikan blog anda lebih hebat, tetapi akan menjatuhkan blog anda dalam masa yang terdekat. Gunakanlah kreativiti anda sendiri dan tulislah dengan ikhlas dan unik kerana pembaca gemarkan sesuatu yang unik dan menarik. Suatu hari nanti anda juga akan menjadi sama hebat seperti blogger lain atau mungkin lebih hebat lagi.
Cukuplah sampai di sini post untuk kali ini, jika ada yang ingin ditambah jemputlah untuk memberi komen di bawah ini. Akhir kata bukan mudah untuk menjadi seorang penulis blog, tetapi bila anda telah mendapat kemanisan dalam menulis blog itu anda tidak akan berhenti untuk terus menulis blog.
kredit gambar: spinach flame, we blog catoons
haha..bia la aku jd blogger amatur shj, xmengape xjadik otai pon..
kui3.
rasanya xde tulis langsung pon dekat situ tips ni untuk menjadi blogger otai.. ohohoho
thanks for sharing bro.
bagi aku sendiri, xde la tekanan mana dgn dunia blog ni…hehe..cuma rambang mata nk pilih hosting….hahaha… -blh tambah kot..
gunakanlah serverfreak.. nescaya tiada lagi tekanan.. hohoho
thumbs up untuk post ni 🙂
Encik Nazrien yang kacak,
Hormon untuk berblogging saya semakin kurang, rasa seronok jadi pembaca dari jadi pemblog , minggu ini sangat kurang update blog sehingga saya menerima email bertanya kenapa.
apa yang perlu saya buat…?
Topo, lepas baca entri ini rasa lapang…sebab tak de tekanan.
hoho… aku rase mmg tekanan kalo tulis sesuatu kemudian d ciplak oleh org lain…
tension gile la…
🙁
Setiap masalah pasti ada cara penyelesaian..
Research pasal tekanan employees di tempat kerja dah bersepah2. Ape kate mereka2 yg tgh cara idea final year project buat research pasal tekanan bloggers di alam maya? Charee~
aku mase mula2 berblog kdg2 terpk gak bnda2 cmni..tp bnda cmni xde la ssh sgt nak diatasi..skng pon aku menulis tuk suke2..update skli skla..hehehe
Aku lebih tekanan sebab nak hasilkan entri yg berkualiti. Bukan stakat gmbar sekeping dan caption yg entah apa-apa. Tp arghhh susahnya.
=)
tu la better buat blog tentang apa yg kita tahu atau familiar.. nanti akan ada banyak benda yg kita boleh share dengan pembaca.. ;d
betul2
Great tips and thanks for sharing!
berblog pun boleh tertekan. bila tertekan aku pi makan aiskrim malaysia. HAHAHA!
aku tertekan sbb bz sangat keja smpai jarang ada masa
yg berkualiti utk blog huhu..
dah berapa kali berniat nk stop tp belum ada keberanian mcm shah killvearn.. buat masa ni teruskan je walaupun trafik etc tak
sekencang mana..
nice entri
mungkinkah ini pressure yg akan aku hadapi bila up wp self hosting nanti?
traffic,reader,comment…
dimana ada kemahuan disitu ada jalan
kalau dah jumpa kemanisan berblogging nanti, semua tekanan ini akan hilang dengan sendirinya
baru selesai setup wp 🙂
nak cari kemanisan tu la, bukan senang.
Oooo.. hit right to my face.. haha.. new here. thumbs up 4 u. more tips k.. nak blajar lg sampai TERROR.. LOL
Ohh ! Suka entry ini.
My tekanan is really on menghasilkan entry yang berkualiti.
Setakat ini, my entries all are ntah pape jer ! Haih~
But it’s okay – I still can improve myself. Kan ?
hahaha…semua aku da penah kena kecuali nombor 5 jer. sebab aku xkesah sangat design blog aku nih. so buat simple2 je. maybe satu hari nanti baru pikir pasal design kot. 🙂
oh!! jgn tertekan! rasa tulis untuk keseronokkan je.yang lain belakang cite:)
tip-tip tersebut telah aku tahu melalui pengalaman 5 tahun aku buat blog… :-p
mula2 aku pikir ko yang lukis.. kechewa aku 🙂
owh lupa komen yang berkaitan..
tekanan untuk aku adalah untuk pastikan info tu sampai. sebab kadang2 aku tak tahu aku tulis tu orang paham tak hahaha
nanti ko akan ketemu juga kelompok pembaca yang betul-betul memahami apa yang cuba ko sampaikan.. dan dahagakan post-post terbaru dari ko.. hohooho
Memang betul la..mcm tu la yg saye alami dari dulu hingga sekarg..huhu..pnt dah..smpai sekarg pun msih yg sama…x pa..kene usaha lg la yek…hehehe
penulisan blog sekadar mengisi masa lapang
lngsung x kejar nuff
tp klau rezeki 2 ada terima jew la 🙂