Sekarang ini sedang sibuk tentang kes plagiarism atau blogger yang meniru, menyalin post blogger lain tanpa sebarang kredit mahupun link terima kasih. Jika hal ini berlaku kepada anda pasti anda akan berasa sakit hati kerana usaha anda berpenat lelah selama ini dengan mudah diambil oleh orang lain. Berikut adalah beberapa sebab kenapa plagiarism tidak dapat membantu dalam proses menaikkan blog anda.
1) Sangat mudah untuk pemilik post asal untuk mengetahui jika blog mereka diplagiat. Jangan ingat jika anda tidak memberitahu pemilik asal post yang anda tiru mustahil untuk mereka dapat mengetahuinya. Di alam maya yang serba moden ini sangat mudah untuk mengetahui jika kandungan di blog seseorang itu disalin daripada blog lain. Dan adalah lebih bodoh jika post berkenaan ditiru bulat-bulat dari awal hingga akhir.
2) Ia akan menaikkan nama penulis blog yang anda tiru. Dengan meniru post atau isi kandungan daripada blog lain, ia hanya akan menaikkan nama penulis blog asal. Ini kerana persepsi pembaca bahawa blog yang anda tiru itu sangat hebat hinggakan ada orang lain yang sanggup meniru blog berkenaan. Dengan itu orang ramai akan lebih berminat untuk membaca blog original kerana tak perlu menunggu masa untuk peniru berkenaan menyalin blog tadi.
3) Ia akan menjatuhkan kreadibiliti anda sebagai penulis blog. Apabila para pelawat mengetahui blog anda disalin atau ditiru daripada blog lain, pasti mereka akan melarikan diri. Jika anda telah insaf dan mampu untuk menulis post yang sangat bermutu pasti mereka telah hilang kepercayaan kepada anda dan mengaggap post itu juga ditiru daripada blog lain.
4) Anda akan membantu untuk mempromosi blog yang anda tiru. Kebanyakkan peniru blog memang akan menyalin post dari awal hingga ke akhir tanpa sebarang usul periksa. Mungkin dalam post yang ditiru itu mengandungi link ke blog asal post berkenaan. Ini akan menyumbangkan trafik kepada penulis asal post berkenaan dan kegiatan meniru blog anda akan terbongkar.
5) Anda tidak akan berasa puas dengan dunia blog dan tidak dapat menikmati kemanisan blog. Dengan meniru atau menyalin post dari blog lain, pasti anda tidak akan berasa puas terhadap blog anda. Walaupun 1001 komen muncul memuji-muji post bermutu yang telah anda tulis tapi pasti anda tidak akan berasa sangat gembira dan semakin jauh la anda untuk merasai kemanisan menulis blog.
Sekiranya post ini akan membuatkan sesetengah pihak terasa hati, seribu kemaafan dipinta. Tetapi plagiarism adalah perbuatan yang sangat tidak bermoral dan akan mencemarkan dunia blog yang kacak ini. Jika perbuatan plagiat anda diketahui, anda perlu memulakan semula dari awal untuk menjadi seorang penulis blog dan ia sangat membazirkan masa.
aku benci plagiat.. fak!! gambar pon sama gak curik pastu buang watermark.. macam sial.. inject melalui komen baru tau.. hampeh~
macam mana nak inject melalui komen?
inject melalui comment ialah menggunakan syntax scripting..benda ni senang difahamkan menggunaian teknik cross-site scripting dan sqli… kawan aku pernah buat benda ni time dia gaduh dengan satu blogger tu, sebab tu dia sampai sekarang guna blogspot jer, selamat..takut gak blog aku kena benda camni, cuma kena rajin backup la.
x perlu takut…. hehe 🙂
gahahahha, betul laa topo.. sebenarnye si plagiat tue turut membantu dalam mempromotekan blog2 yang diplagiat.. heehee, cam suke plak aku pada plagiarism nie… heehee
banyak kesan dia beb.. bahaya.. hohoho
kesimpulannya, tulislah post yang best2 supaya orang meniru post anda lantas menyumbangkan trafik berganda-ganda =D
” belia benci plagiat…….”
Syin…
Bukan Belia tp Blogger Benci Plagiat!
plagiarism is not our skill as dedicated blogger.. seh
agree…
sebenarnya semua org buat copy paste ni.. cuma ia tak dikategorikan sbg plagiat kalau kita bagi kredit pd penulis asal.. bukannya susah pun..
agree.. mcm mne kalau buat post, bukan copy paste edition tapi isi lebih kurang sama, screenshot dari google…
budak baru nak up kot. bisaslah tu.
dan atas dasar itulah post ini ditulis.. hohoho
aku setuju ngan point ko. yang tak tahannya ada jugak dengan tajuk sekali dia plagiat. takkan la tajuk pun tak boleh tulis sendiri kan. memang fail la.
aku suka trafik free. nk copy bole asalkan kredit. hehe
plagiat ada dua
1, bermaruah/beradap – berikan kredit
2, tak beradap – ni yang masalahnya 😀
Minggu yang panaz dengan kisah plagiat.
harap perkara ni tak akan jadi lagi
hasilkanlah penulisan sendiri.biarpun dengan hanya tiga baris ayat
bagi je credit senang..kalau dah malas sgt nak buat ayat sendiri..huhu
teringat aku pasal blog khai yg kena ciplak tu. aku sempat puji artikel ‘budak’ tu. kagum aku dgn ‘penulisan dia’. skali khai punya. LOL.
yg no 2 tuh betul sangat… so, kita kasik spin sikit… tambah sikit…bereh
assalam…aku ada terbaca dlm 1 forum tentang kes plagiat ni. tapi aku tak ingat dah forum mane. yg sempat aku save-copy-paste ayat dia ialah spt kat bawah ni sebab aku rase macam sangat best je hujah dia. ape komen korang? owh..FYI, aku terjumpa blog ni kat apesal.com…ni komen aku yg pertama kat blog ni…aku pelawat baru sampai kat sini. Jom baca ayat dia:
gua rase terpanggil untuk menjawab beberapa tuduhan bloggers yg dilemparkan keatas gua berkenaan…
“gua dikatakan mengambil kesempatan keatas artikel para blogger2 yg ada kat Malaysia nih”
PERTAMA, semua artikel2 yg gua “cedok” gua “link”kan semula ke blog mereka. Maksudnya gua just drive the visitors to their blog. Gua tolong promote blog deorang secara langsung. Gua bawakkan pelawat untuk deorang. Apa masalahnya..?? Gua tak mintak bayaran pun. Kalau diikutkan, gua berhak utk dapat upah sebab gua bawakkan pelawat ke blog korang. Tapi gua taknak buat camtu…kalau ada pun, ada ke blogger kat luar sane nak kasi gua upah?…jangan harap laa beb…jangan harapp…
Ye, betul semua artikel tu bukan gua yg tulis…gua just ambik sikit je ayat beserta gambar untuk tujuan diletakkan ke blog gua. Gua memang takde idea nak tulis blog…gua suka blog walking, then bila gua jumpa artikel menarik, gua share.
Yang menjadi KESALAHAN ialah jika gua copy-paste bulat2 artikel korang and then gua TAK KASI “credit” or “back link” to the source (blog) yg gua cedok tu. Paling celaka kalau gua mengaku yg artikel tu gua sendiri yg tulis…ataupon…gua selamba2 edit sikit2 mengikut kesesuaian gua….itu baru betul tindakan yang SALAH beb.
Dakwaan KEDUA ialah, gua senang2 dapat duit hasil daripada usaha keras penulis blog orang lain. Ok, seperti yg gua cakap kat atas tuh, gua tak mintak sikit pon upah bila gua promote blog korang, so ape salahnya kalau gua ambik sedikit duit yang entah berapa sen tu sebagai upah gua? Duit tu pon bukannya datang dari duit poket korang (blogger) pon. Duit tu datang dari syarikat yg sudi sponsor gua. Ini kreativiti gua la beb…lagipon bila gua kasi pelawat datang ke blog korang, lepas tu pandai2 la ko nak dapat untung camne pulak….hasil dari iklan ke, jual barang ke, ape ke….itu terserah lah kat korang…blog korang kan…bukan blog gua pon.
Memang gua ada sediakan tapak iklan…yang tu untuk sesape yg berminat nak iklan lah….space gua…gua punye suke lah….gua nak jual ke, nak buat ape2 ke…itu gua punye pasal lah…and again, itu namanya gua kreatif…(hahaha…kan dah sampai gua puji diri sendiri)…..haha..jangan beb…jangan kasi gua puji diri gua sekali lagi beb…jangan….keh..keh..keh
Tapi ada sesetengah blogger yg gua respek…sebab deorang faham flow keje gua. Gua tak menganiaya deorang, malah ada yg puji sebab gua tolong deorang “tanpa upah”. Ada jugak blogger yang nak sangat belajar dengan gua cara / kaedah yg gua buat nih. Kalau nak gua turunkan ilmu, ehem2…mesti la ade upahnye…yg tu betul gua nak upah….seriesss….keh..keh..keh…
owh…by the way, kepada korang para2 blogger kat luar sane tu, if nak sewa tapak iklan kat space gua, sila jangan malu2 contact gua ye…..harga? gua kasih murah2 je beb…jangan gaduh2….rileks…win-win la beb…peace….
Menarik, aku teringin nak cari blog si ‘gua’ ni nak tengok macam mana modus operandi dia baru boleh komen dengan panjang lebar haha. Ok sebelum itu apa yang aku boleh komen, terdapat perbezaan antara ulasan, petikan, dan plagiat.
Kalau dia ambil sedikit ayat daripada blog orang lain dan letak link itu dipanggil petikan.
Kalau dia beberapa ambil idea orang, dia olah/ulas dan dia nyatakan pemilik idea asal itu namanya ulasan.
Plagiat pulak kalau dia ambil semua isi dan ayat tanpa beri sebarang kredit pada pemilik asal dan menjadikan ia seperti idea atau penulisan sendiri.
Ulasan dan petikan adalah amalan yang baik sangat digalakkan dalam penulisan. Kalau buat thesis pon pasti boleh dapat markah tinggi. Kalau plagiat tu memang confirm fail thesis dia.
Kalau dia ambil semua sebijik daripada blog orang lepas tu dekat akhir post aku panggil dia blogger copy paste je hahaha. Dan kalau dalam penulisan rasmi macam buat projek tahun akhir atau thesis, 99% mungkin boleh fail haha
Dan untuk kes “gua” ni, daripada apa yang anda tulis aku rasa lebih sesuai dia dikategorikan dalam ketegori blogger copy paste..
ye bro, aku pun rase mcm tu jugak….”gua” ni tergolong dlm kategori blogger “copy-paste”. tapi adekah cara dia tu menyalahi peraturan seorang blogger? aku dah lupa nama blog dia…jenuh aku cari balik forum yg aku copy-paste komen dia tu. tapi tak jumpa…sebab aku tak register pun kat forum tu. thread dia set public, sebab tu aku boleh baca. kalau aku register, dah tentu aku boleh ingat dan senang nk cari balik. sorry la tuan admin, nanti aku cari lg ye.