Ramai yang bertanya macam mana untuk meletakkan banner terapung di blog (floating banner). Terapung itu bukan bermaksud banner itu akan terbang atau sebagainya> Banner terapung itu bermaksud walaupun blog anda di scroll ke bawab, banner tersebut akan kekal pada tempatnya. Contohnya di topotato.com, banner tersebut mempunyai banyak fungsinya tidak hanya terhad untuk iklan sahaja ia juga boleh digunakan untuk widget RSS atau mungkin ucapan alu-aluan kepada pelawat blog anda.

Cara untuk meletakkan banner terapung di blog anda adalah mudah sahaja, hanya sedikit coding CSS diperlukan:
<div style="position: fixed; bottom: 5px; right: 5px;"><a href="http://topotato.com/advertise/" target="_blank"><img src="http://img50.imageshack.us/img50/7466/adsan.jpg" alt="pengiklanan di topotato.com" width="125" height="125" /></a></div>
Penerangan: “div style=”position: fixed; bottom: 5px; right: 5px;” menentukan kedudukan banner tersebut position fixed yang menjadikan ia kekal pada tempatnya walaupun blog anda di scroll ke bawah. Untuk yang lain itu sila bereksperimentasi sendiri untuk mengetahui kegunaannya.
Sila gantikan url dan url gambar anda sendiri di coding berkenaan. Selepas itu letakkan coding berkenaan di edit template bagi pengguna blogger dan untuk pengguna wordpress berhosting sendiri digalakkan untuk meletak coding berkenaan di bahagian footer sebelum < /body>.
Sekian sahaja post ini, diharapa ia dapat memeberi manfaat kepada yang memerlukan. Jika ada sebarang masalah sila ajukan di bahagian komen.
tenkiu utk tutor nie…
akan dicuba nanti…
bagus ler blogger kacak nama nazrien nie…
excuse me,untuk blogspot kan.ltak dlm edit template bahagian mana?
edit template>> edit html>> masukkan sebelum
mula2 baca tajuk entri, terfikir oleh akal aku, apakah banner terapung itu….hahaha..rupanya float image/banner hahaha…tq abg po.
abang po? hahaha. best juga nama baru tu. nanti aku komersialkan nama abang po tu. dulu aku dah kasi komersial nama abang juju
eh, sorry abang po, komen x berkenaan dengan post. ahaks π
hahhaha ada member2 kat utem mmg panggil aku po je hahaha
simple jer bende nie senanye.. aku pun daa buat kat blog aku untuk ikon rss ngan tweet, hohohoho!
tq topo
kena tempat mmg cute la
bagus btol abg topo..dulu masa zaman jahil coding aku ni..aku guna firebug pas2 cari floating banner then aku steal code dia..bg yg nak belajar coding cara ni mmg aku alu2 kan..
Tutorial yang dicari2…
info yang berguna, thanks. nanti nak cuba lah
kena pandai buat la..kalau tak, menyemak pandangan ja..
p/s:kalau banner dah saiz height lebih 150px better jangan la..dah kurang space content..nak baca pon susah..keke
anyway, nice tuts..keep it going..
Hehe tau takpe.. memang kene pandai buat.. kalau tak macam huru hara je nanti.
thanx.. dah lama cari.. huhu.. jumpa gak.. tapi tak taw bila nak guna π
lama sgt2 dh ilmu ni.. keh3.. *berlagak*
Wah menarik ni.
Blog anda pun menarik juga. Banyak info2 baru yang saya belajar. Terima Kasih sbb sudi berkongsi ilmu.
Pertama kali masuk dulu, saya terus berminat dan setiap kali ada new update, mesti saja terjah blog ini sbb saya dah letakkan blog ini dalam kategori ‘Pilihan IT Melayu’ dalam blog saya.
Syabas dan teruskan memasukkan info2 menarik untuk tatapan semua.
aku baru nak cari code utk ni…hehe
ko memang macho la…hehe
hohoh sila bank in bebrapa ratus ringgit sebagai tanda terima kasih.. hahaha
mantap niii
owh senang je rupanya… thank u topo π
Bagus lah tips ni tapi kena study betul2. Kalau blogspot dulu memang mahir tapi wordpress ni kena belajo.
rindukan zaman wp
huhu
bagus …dah lama cari tutorial ni