5 Tips Untuk Memilih Tagline Yang Sesuai Bagi Blog Anda

Sebelum menulis panjang penulis nazrien.com ingin memohon maaf kerana telah lama tidak menulis post terbaru di blog ini. Ini kerana kesibukkan yang melanda di alam nyata dan memberi halangan untuk menulis di sini. Memandangkan sekarang sudah musim cuti semester InsyaAllah nazrien.com akan terus memberikan post dan tips untuk menjadi seorang blogger yang kacak di internet. Post kali ini adalah berkenaan tips untuk memilih tagline yang sesuai bagi blog anda.

Sama seperti memilih domain, tagline blog juga merupakan sesuatu yang sangat penting terutamanya bagi mendapatkan pembaca blog yang setia. Tagline blog yang sesuai dan menarik mampu membuatkan blog anda sentiasa diingati oleh pelawat dan pembaca. Berikut adalah beberapa tips yang mampu membantu anda memilih tagline yang sesuai untuk blog anda.

1) Identiti. Sama seperti tips memilih nama domain, apabila anda memilih tagline yang sesuai untuk blog anda pastikan ia tidak lari daripada tujuan blog anda dibuat. Contohnya jika anda menulis tentang lirik lagu terkini, pasti sangat pelik jika anda meletakkan tagline ” Laman Informasi Terkini Yang Menarik dan Kacak”. Sebaliknya pilih tagline bersesuaian agar ia boleh melekat di kepala pembaca. Contoh terdekat, blog ini sendiri yang menggunakan tagline “mari menjadi blogger kacak di internet”. Walaupun kelihatan seperti agak poyo tetapi ia mampu memberi identiti yang berkesan buat nazrien.com.

2) Keyword. Hal ini berkaitan dengan point yang pertama, walaupun tagline anda panjang berjela tapi sila pastikan anda selitkan keyword utama yang mampu membuatkan pembaca dan pelawat akan terus ingat pada blog anda. Hal ini dapat membantu jika anda tersalah pilih nama domain yang agak kurang sesuai. Lebih bagus lagi, dengan bantuan firefox suggestion jika pelawat menaip seseuatu keyword, ia akan memaparkan blog yang pernah mereka lawati contohnya seperti di bawah:

firefox suggestion

firefox suggestion

3) Pastikan tagline anda sesuatu yang original dan unik. Ini perkara yang sangat penting dalam memilih tagline yang sesuai bagi blog anda. Jika tersilap langkah, bukan sahaja tagline anda tidak dapat menarik minat pembaca malahan mungkin akan membantu dalam mempromosikan blog orang lain. Sila pilih tagline anda sendiri dan elakkan daripada meniru dari blog lain. Jika anda tidak mampu, lebih baik anda biarkan sahaja blog anda tanpa sebarang tagline.

4) Pilih tagline yang mudah untuk diingati. Bahasa tidak menjadi sebarang isu dalam memailih tagline. Tidak kisah apa bahasa sekalipun yang anda gunakan pastikan ianya sesuatu yang sangat mudah diingati. Mungkin dengan memilih tagline menggunakan bahasa asing mampu memberi keunikan kepada blog anda tetapi pastikan tagline itu tidak terlalu mengarut dan berbelit lidah untuk disebut dan sukar untuk diingati.

5) Pastikan anda lebih menonjol berbanding pesaing lain. Hal ini penting bagi mereka yang menulis blog untuk menjana pendapatan. Persaingan yang sihat mampu menjadikan anda lebih maju pada masa akan datang. Tetapi sila pastikan anda bersedia untuk memberi saingan yang sengit. Walaupun isi kandungan dan topik yang ditulis agak sama dengan pesaing lain, tetapi jika tagline anda lebih unik dan mudah diingati pembaca akan lebih cenderung untuk pergi ke blog anda.

Cukup la sampai di sini sahaja post untuk kali ini. Di kesempatan ini penulis ingin mengucapkan selamat hari guru kepada semua insan yang pernah memberi tunjuk ajar tidak kira secara formal mahupun tidak formal. Tanpa anda siapalah nazrien.

Tags: , , ,
Comment (RSS)  |  Trackback

20 Comments

  1. Dauspozi says:

    Assalamualaikum, aku dah tagline ku yg tersendiri… keh3

    Ingat Hijau : Ingat Daus

    Reply

  2. Nabiel says:

    maybe aku akan gunekan
    “friendship is priceless” tuh sbgi tagline aku~
    okeh x?hehehe

    Reply

  3. Saffa says:

    Sumpah tak reti nak buat taglinnnnneeeeeeeeeeee……. Ah…

    Reply

    nazrien Reply:

    dulu bukan ada tagline macam ala-ala “journey of siti clumsy” ke? hohoho ok la tu..

    Reply

    Saffa Reply:

    Mana ada. Entah lah. Bila try jer nak buat tagline. Semua macam ah.. LAME gilerrrr.. =.=”

    Bab2 tagline ni.. Username ker.. Email etc.. Semua FAIL. Tak reti ah nak reka2.. The Story Of Blablabla.. ButterGirl.. =.=”

    Reply

    nazrien Reply:

    hahaha biasa la tu.. aku pon selalu gak.. dah lama-lama fikir.. list banyak-banyak tetiba buang je semua.. last-last amek yang first gak.. tagline blog ni dah sehabis poyo dah aku fikirkan..

  4. Liyana says:

    sama mcm saffa :( ada masalah dalam mereka reka ini tsk

    Reply

  5. Rara says:

    adakah I’m A Mommy’s Driver tagline yang baik encik kacak? T___________T

    Reply

  6. Syafrizal says:

    Ringkas dan mudah diingat. Ok gak tagline macam tu.
    Senang orang nak cari kat Google :)

    Reply

  7. keiroro says:

    aku ragu-ragu dan agak musykil la

    kalau tagline camgini boleh ke ?

    keiroro.com | saya bujang sampai sekarang tiada sayang

    Reply

  8. tmukmkd says:

    kacak! huh aku memang tak de tag line..

    Reply

  9. Menteil says:

    Eksperimentasi minda celaru ..
    Amacam? Xmesra google langsung kan?
    Tapi aku dah suka nak buat macam mana./

    Reply

  10. syinrayafa says:

    aku tak dapat kenal pasti tagline blog aku…hahaha….

    Reply

  11. zik says:

    wah… nampaknya aku kena tukar tagline aku nie… belum ada idea… huhu

    Reply

  12. Azizuan says:

    thanks for the tips..kalau blog bm tagline bi ok x?

    Reply

    nazrien Reply:

    bahasa tak menjadi masalah rasanya kalau betul-betul sesuai

    Reply

  13. suffer8zine says:

    singgah mengklik ke sini :P
    jom exchange banner nk?

    Reply

  14. aman says:

    bab-bab nak pikir tagline yang susah giler. hoho~

    Reply

    nazrien Reply:

    hohoho ko yang dah berpengalaman banyak pon kata susah ye..

    Reply

  15. AyieBlog says:

    Salam,baguslah tips ana bro po :) ,thank q

    Reply

Leave a Reply