6 sebab untuk tidak menulis post dengan terlalu kerap
Berdasarkan post berkenaan dengan kenapa blog anda teruk, ada yang bertanya kenapa tidak elok untuk menulis post dengan terlalu kerap. Pertama sekali, terlalu kerap ini bermaksud dalam satu hari ada terlalu banyak post (sila tentukan sendiri jumlah banyak itu berapa). Sila abaikan post ini jika anda pemilik Malaysiakini atau amanz.my hehehe
1) Ia akan memberi impak pada post yang bagus. Agak mustahil la kalau dalam 10 post yang anda tulis seharian itu semuanya post yang bagus-bagus, melainkan jika anda salin post berkenaan. Mungkin dalam banyak-banyak post itu terdapat 1 atau 2 post yang bakal bersinar dan mendapat perhatian umum. Malangnya bila terlalu banyak sangat post-post sampah, post mantap itu tak mampu untuk bersinar.
2) Setiap post memerlukan masa untuk bersinar. Agak mustahil post yang baru ditulis beberapa minit yang lepas akan mendapat hits yang beribu-ribu dalam masa beberapa minit. Melainkan blog anda adalah Malaysiakini. Dan bila anda menulis dengan terlalu kerap, post-post terbaru itu akan menutup post lama yang mungkin belum dibaca.
3) Pembaca akan berasa meluat. Point ini ditujukan khas untuk blog yang bergenre personal. Setiap saat ada post baru di blog anda. Jam 8 ada post bertajuk bangun pagi, Jam 10 post bertajuk malas nak mandi. Jam 11 tulis post tak tahu nak buat apa. Jam 12 sibuk mengadu kelaparan di blog. Nampak sangat anda tiada life. Jika anda terlalu gian untuk berkongsi kehidupan seharian anda, gunakan twitter.
4) Anda akan ketandusan idea dan hilang minat untuk menulis. Bayangkan sehari anda tulis 10 post. Dalam seminggu dah ada 70 post. Minggu depan ada lagi 70 post. rasanya berapa lama boleh tahan momentum tu? Takkan esok nak tulis berkenaan post yang sama macam 3 minggu lepas?
5) Anda akan terseksa untuk memeriksa post anda. Selepas menulis post-post terbaru pasti ramai blogger yang akan memeriksa kembali post tersebut untuk mengelakkan terdapat kesalahan. Jika anda ada 10 post sehari, pasti untuk memeriksa post-post berkenaan memerlukan masa yang panjang dan membosankan serta menyiksa diri sendiri. Hingga akhirnya anda malas untuk memeriksa dan blog anda semakin menjurus kepada blog yang teruk.
6) Akhirnya, blog anda hanya dibaca oleh anda sahaja. Bila terlalu banyak post, akhirnya anda sahaja yang tinggal untuk membaca blog anda. Termasuklah membaca dengan berulang kali untuk memeriksa post berkenaan.
Sekali lagi diingatkan, sila abaikan point-point yang terdapat dalam post ini sekiranya anda menulis blog yang berunsur informasi. Tiada yang nak baca info yang sudah lapuk.



betul tu topo….tu la pasal aku buat schedule utk posting entri deksat blog aku… 1 bulan 1 entri…hahahaa…
terlalu sikit pun bermasalah gak..haha..
Reply
January 8th, 2010 at 11:00 am
adeh. kalau sebulan 1 posting baik yak payah jadi blogger weh… membazir bayar hosting je.. hohoho
Reply
January 9th, 2010 at 11:55 am
Betul3. ekeke, anem mcm tu gak kot.
byk benda nak posting, tapi tangguh2, last bersawang.
adeh,kena bangkit ni;p
Reply
January 10th, 2010 at 5:12 am
terasa dowh ko ckp camtu.. hohoho
Reply
January 8th, 2010 at 11:05 am
lepas tu bertweet sejam sekali – my new blog post – padahal post dah dua hari
lagi parah – follower dia org yg sama je
Reply
January 8th, 2010 at 11:10 am
ya.. tepat sekali wahai kak jie.. hohoho
Reply
January 22nd, 2010 at 1:19 am
haha.. kelakar plak..
Reply
oyeh….. encik nazrien yang kacak
sokong semua point di sini
nak tambah – kalaulah subscribe tu sehari dpt 10 email
bosan nak baca – delete saja
Reply
January 8th, 2010 at 11:03 am
delete tu cukup baik.. hehehe kalau saya, saya terus unsubscribe je..
Reply
good point. mmg boleh hilang interest to blog kalau hari2 post sampai 2, 3 entry. huu.
Reply
wa memang tak leh nak menulis banyak2 sehari ==”
paling hebat pun 2. sebab tiba2 je isu tu keluar
so saya yakin betul saya kunci point2 di atas!
Reply
January 8th, 2010 at 11:12 am
kunci dan amalkan.. hohoh aku buat post kedua dalam sehari kalau betul2 yakin post kedua tu lagi mantap dari post pertama yang aku tulis tadi.. tapi jarak masa dia ada la 3-4 jam jugak
Reply
January 9th, 2010 at 12:58 pm
elleh..ye2 jek ko..ritu ak tgk ko hupdate hari2
..heheh
Reply
ada betulnya kadar posting yg kerap menyebabkan entri menarik tidak mendapat perhatian. tapi, kalau betul2 rasa entri tu menarik, boleh la sticky kan dulu buat sementara waktu.
lately aku pos entri banyak (>1 per day). biasanya, ada satu yang aku betul2 tulis (dtg dari hati la kot). entri lain tu diharap untuk bersaing di enjin carian.
lagipun, selepas beberapa minggu lagi, bila aku sibuk, mungkin satu entri pun tak tertulis untuk sehari. kira nak lepas gian la kot..
Reply
sebulan sekali tu rasa cam rugi je guna hosting.
Reply
betul2.. setuju sgt
Reply
hehehe…setuju ngan no 4 tuh.
penah kena gak.padahal post sehari 1 post jer.
tapi tiber2 rasa buhsan nak berblog lagi da.huhu
Reply
no3 tu sngat tertusuk bg yang buat blog camtu.. hahaha.. simple je solution dia.. gunakan twitter.. hahahaha..
bab 10 entri 1 hari tu ada baiknya simpan je entri tu utk post yg akan dtg.. x kan smua nk terjah.. hohoho.. tp aku rasa depend gak lah pada niche blog kan?
Reply
January 8th, 2010 at 11:30 am
sebab itu aku kata “sila abaikan jika blog anda bergenre informasi” haa kantoi tak baca sampai habis
Reply
fewitt bagus tips tips di atas
aku berangan nak jadi macam princess tuuuut yg update tiap tiap hari tanpa jemu tapi bila fikir balik mcm er susah kot
Reply
betul2.. hihihi…..
Reply
yes. semua alasan di atas tepat sekali.
rasa meluat kalau org yg post banyak2 entry sehari ni.
xde keje laen kot.
hehe.
Reply
ini kenyataan main2 belog ET neh. haha!
Reply
January 9th, 2010 at 7:14 am
kenyataan main2 belog apekah?
Reply
haha. bab2 buat entry personal dah mandi tu aku memang tak leh terime sangat. datang singgah blog tu sekali ajelah pastu takmo dah. huhuhu. boleh if nak share personal macam tu, cuz kadang2 kering idea..tapi kalau 1 bulan sekali boleh lah. kalau 2 hari sekali, muntahdarah aku
Reply
hm. betullah ni. kadang2 banyak gak pos baru aku publish dalam sehari
Reply
aku tulis entry selang 3 ari skali..ok ke tak ek?
Reply
Saya setuju dengan semua point-point tu….Kalau 2, 3 post seminggu pun dah cukup =)
Reply
macam tuju kat aku jer nie. huaa~
Reply
January 8th, 2010 at 7:18 pm
awal-awal aku dah tulis… sekiranya anda pemilik amanz.my sila abaikan post ini… wahahaha
Reply
January 9th, 2010 at 1:02 pm
Haha. Pemilik MalaysiaKini tak turun baca lak. Wahahaaha~
Reply
hoho…bagi aku boleh nak post secara kerap. tp biarlah berisi dan bermanfaat bagi org. betul tak? hehe
Reply
haha..
mcm kenal je theme ni..
sebab untuk tidak update terlalu lama pulak x de ke?
Reply
January 8th, 2010 at 8:32 pm
ok la.. jujur aku cakap.. memang aku amek dari blog ko.. hahahaha
yg pasal tak update tu nnt aku buat..
Reply
January 8th, 2010 at 8:40 pm
hoho…
alaa..
bukan aku punye pon..
hohoh…
selamat maju jaya dengan blog baru..
Reply
January 8th, 2010 at 8:41 pm
nak jujur lagi? hahaha di saat aku blur giler nak pakai theme ape.. aku menjengah blog ko.. hahaha kaw2 jugak ko customize ye..
ok, point2 yang boleh diterima. tapi, bagaimana pula kalau ‘live blogging’?
boleh guna pakai tak sebab-musabab diatas?
Reply
January 8th, 2010 at 10:38 pm
hohoho terpulang pada individu jugak..
kalau dia kaya boleh je.. dan kalau dia tengah bercuti kat langkawi ke ok gak.. tapi kalau setakat duduk bersila depan tv.. hehehhe
Reply
smggu 2 atau 3 kali kira ok kan?
Reply
tapi kalau nak menyanyah tiap hari takpaper kan pak cik!!
salam ziarah.
Reply
January 9th, 2010 at 6:19 am
menyanyah tu ape?
Reply
Masalah sekarang ialah ada blogger yang ingat rajin = $$ .. Blog semakin hari semakin mirip facebook pulak >.<)"
Love tis entri ! Thx for sharing ~
Reply
tak mintak theme dari aku. Haha~
Reply
haha.
bagus2.
stuju.
tgh blaja berblogging.
Reply
yea, kdg2 btul gak cakap anda tapi tak kan laa kita nak post citer seminggu skli.. entry neh kan macam trkena kat sy jek.. hik3.. yea laa klmarin 5 psot sy upkan tapi komen.. de laa 2, 3 dari xde lngsung akn.. hue3.. btw, thanks 4 the entry..
Reply
waaa.. nie ke projek baru? mantap, baru sket post dah sampai 40+ lebih komen.. zzz.. ajar aku wei..
Reply
January 9th, 2010 at 7:05 pm
ape yang ko nak belajar? ko pi kat page contact, ko tulis la ape yang ko nak belajar.. kalau aku mampu nanti aku buat post kat sini..
Reply
salam..entri ni macam bes je..berguna tuk ana yg baru dalam dunia ni
Reply
ok jer.. xpo..hehe
Reply
Setuju dengan posting yang baik akan tenggelam, sebab tak ramai nak bukak post-post lain. Orang selalu masuk dan buka post pertama shj.(itupun kalau buka)
Reply
yup.. sbb tu aku tak suka update selalu.. lagi2 point yang nie 2) Setiap post memerlukan masa untuk bersinar
Reply
[...] Kenapa? Kerana setiap artikel baru memerlukan masa untuk bersinar, sepertimana yang dibebelkan oleh Nazrien a.k.a Topotato di [...]
terasa jgk ngan entri ni. kdg2 aku tulis 3 entri dlm 1 hari.. kdg2 tu 4. tp biasanya bkn dlm 1 masa la.. pagi 1, ptg 1, mlm 1.. tak selalu buat. bila dtg idea tu br buat. ada tu xde entri baru pun dlm 1,2 hari.
tp seboleh2nya aku cuba tulis entri yg x mbosankanlah.
Reply
amat bersetuju dengan semua fakta. great info!
Reply