Berdasarkan post berkenaan dengan kenapa blog anda teruk, ada yang bertanya kenapa tidak elok untuk menulis post dengan terlalu kerap. Pertama sekali, terlalu kerap ini bermaksud dalam satu hari ada terlalu banyak post (sila tentukan sendiri jumlah banyak itu berapa). Sila abaikan post ini jika anda pemilik Malaysiakini atau amanz.my hehehe

1) Ia akan memberi impak pada post yang bagus. Agak mustahil la kalau dalam 10 post yang anda tulis seharian itu semuanya post yang bagus-bagus, melainkan jika anda salin post berkenaan. Mungkin dalam banyak-banyak post itu terdapat 1 atau 2 post yang bakal bersinar dan mendapat perhatian umum. Malangnya bila terlalu banyak sangat post-post sampah, post mantap itu tak mampu untuk bersinar.

2) Setiap post memerlukan masa untuk bersinar. Agak mustahil post yang baru ditulis beberapa minit yang lepas akan mendapat hits yang beribu-ribu dalam masa beberapa minit. Melainkan blog anda adalah Malaysiakini. Dan bila anda menulis dengan terlalu kerap, post-post terbaru itu akan menutup post lama yang mungkin belum dibaca.

3) Pembaca akan berasa meluat. Point ini ditujukan khas untuk blog yang bergenre personal. Setiap saat ada post baru di blog anda. Jam 8 ada post bertajuk bangun pagi, Jam 10 post bertajuk malas nak mandi. Jam 11 tulis post tak tahu nak buat apa. Jam 12 sibuk mengadu kelaparan di blog. Nampak sangat anda tiada life. Jika anda terlalu gian untuk berkongsi kehidupan seharian anda, gunakan twitter.

4) Anda akan ketandusan idea dan hilang minat untuk menulis. Bayangkan sehari anda tulis 10 post. Dalam seminggu dah ada 70 post. Minggu depan ada lagi 70 post. rasanya berapa lama boleh tahan momentum tu? Takkan esok nak tulis berkenaan post yang sama macam 3 minggu lepas?

5) Anda akan terseksa untuk memeriksa post anda. Selepas menulis post-post terbaru pasti ramai blogger yang akan memeriksa kembali post tersebut untuk mengelakkan terdapat kesalahan. Jika anda ada 10 post sehari, pasti untuk memeriksa post-post berkenaan memerlukan masa yang panjang dan membosankan serta menyiksa diri sendiri. Hingga akhirnya anda malas untuk memeriksa dan blog anda semakin menjurus kepada blog yang teruk.

6) Akhirnya, blog anda hanya dibaca oleh anda sahaja. Bila terlalu banyak post, akhirnya anda sahaja yang tinggal untuk membaca blog anda. Termasuklah membaca dengan berulang kali untuk memeriksa post berkenaan.

Sekali lagi diingatkan, sila abaikan point-point yang terdapat dalam post ini sekiranya anda menulis blog yang berunsur informasi. Tiada yang nak baca info yang sudah lapuk.