Menulis sesebuah post dalam blog memang memerlukan semangat dan mood yang tinggi macam nak menghasilkan satu novel karya agung juga. Mengekalkan momentum dan semangat untuk menulis blog bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Penulis profesional sendiri kadang-kala menghadapi masalah ini dan seringkali kehilangan semangat atau idea untuk terus menulis. Kali ini aku nak kongsikan beberapa tips untuk mengembalikan semangat untuk menulis blog terutamanya bagi blog-blog yang dah bersawang seperti nazrien.com dahulu. Tips ini berdasarkan pengalaman sendiri dan mungkin juga sesuai untuk anda.
1) Tukar tema blog anda. Mungkin ia kelihatan seperti remeh, tetapi percayalah ia sangat berkesan. Dengan menukar tema atau template blog dapat memberikan mood dan semangat baru kepada anda. Sama la macam bila anda teruja selepas bilik atau rumah anda dicat baru. Kalau tak terdaya nak tukar tema, tukar header atau tukar latar belakang pon dah cukup baik.
2) Baca kembali post-post yang pernah anda tulis untuk mendapatkan inspirasi. Dalam 1000 post yang anda pernah tulis pasti ada beberapa post yang benar-benar mantap dan membuatkan anda percaya anda merupakan seorang penulis blog yang hebat. Baca sekali komen-komen sokongan, pujian, ucapan terima kasih yang ada dalam post itu. Apa salahnya sekali-sekala perasan jadi penulis blog yang hebat haha. Tapi jangan la berlebih-lebih pulak ya. Anda pasti akan bersemangat untuk menulis lebih banyak lagi artikel yang mantap dan menjadi seorang penulis blog yang hebat dan kacak!
3) Ingat kembali kenangan masa mula-mula hendak menulis blog dahulu. Setiap orang pasti ada kenangan masa mula-mula bersusah payah nak buat blog dulu. Bersemangat waja cari tutorial macam mana nak tulis blog, macam mana nak edit blog, tips tarik pelawat, tips seo, tips dapat komen banyak, kena marah sebab copy paste blog orang lain, upah orang mintak tolong cantikkan blog tapi kena tipu, masuk kumpulan main klik-klik nuffnang dan macam-macam lagi. Walaupun kenangan itu tak semuanya manis tapi bila diingat semula pasti akan membuatkan anda tersenyum sendiri. Semua kenangan dan pengalaman tersebut mampu untuk mematangkan kita dan memberi semangat untuk terus menulis blog.
4) Teruskan target asal atau tetapkan target baru. Masa kita aktif dan bersemangat untuk menulis blog dahulu pasti kita ada target dan tujuan yang mendorong kita kan? Target nak jadi penulis blog terkenal, nak dapat trafik juta-juta, nak tunjukkan hasil karya ke seluruh dunia dan macam-macam lagi. Anda hilang semangat untuk menulis blog mungkin kerana target terlalu sukar untuk dicapai, jadi sila kaji semula tujuan dan target anda jika perlu ubah silakan. Jika anda rasa anda sudah cukup matang untuk meneruskan target yang dahulunya agak mustahil sila teruskan itu lebih bagus. Tapi pastikan anda mempunyai cara dan pendekatan yang berbeza, takut nanti hilang sengat versi 2.0 pulak hehe.
5) Rancang post yang hendak ditulis. Bila dah ada sedikit semangat nak menulis, rancang dan draf seberapa banyak post yang boleh untuk digunakan sebagai bekalan waktu semangat hampir pudar nanti. Bersemangat waja tapi tak tahu nak tulis apa? Tanya Nazrien haha. Kalau ada orang tanya nanti aku jawab
6) Dapatkan sokongan moral dari kawan-kawan. Semasa anda aktif dan bersemangat menulis blog dahulu pasti ada kawan-kawan yang rajin menulis blog juga kan? Minta sokongan moral daripada mereka untuk mengembalikan semangat menulis anda. Kalau kawan-kawan semua dah tak menulis blog juga tak mengapa, di Malaysia ada lebih 250,000 orang penulis blog inilah masanya untuk anda mencari kawan-kawan baru yang boleh membantu mengembalikan semula semangat untuk menulis blog.
Cukuplah 6 dulu rasanya, kalau anda ada nak tambah silakan ruangan komen terbuka luas untuk anda. Tips ini berdasarkan pengalaman aku sendiri, agak lama juga aku ambil masa mengembalikan semangat untuk menulis blog. Semoga memberi manfaat kepada anda dan terima kasih kerana sudi membaca.
Satu lagi motivasi yang boleh digunapakai ialah dengan membayangkan komisen iklan yang kita boleh dapat kalau trafik masuk berjuta-juta. Hehehehe.
Konfirm tiap-tiap hari akan ada entri baru.
hahaha duit memang tak pernah gagal nak dijadikan sebagai sumber inspirasi haha
Cuba jadikan blog kita lebih interaktif dengan pembaca….. pastinya kita akan lebih bermotivasi kalau ade respon pasal yang kita tulis kan
yup tepat sekali, rasa macam sangat dihargai bila kita tulis panjang-panjang lepas tu ada orang komen haha
Good to sharing here brother.. Tentang post2 lama yang hot tuh memang
perlu di review + perbetulkan = post baru kedua. Sekurang2nya pembaca dapat ilmu berguna dari blog kita..
Penukaran theme dan template sekali sekala ok tapi jgn selalu coz cik alexa mengganggu dari lamunannya. Sedikit jatuh saham.. hik3..
ya tepat sekali.. kalau tak dapat review pon sekadar letak link back di post baru pon cantik jugak. Tukar theme tu bila perlu je bila dah masuk air kaw-kaw haha kalau selalu sangat takut orang lain terkejut plak nanti. Cik Alexa aku tak kisah sangat hehehe
betul juga tu kata hang.. nak kembalikan semangat tu cuba belek2 semual entri lama-lama.. mesti ada satu entri yang power pernah anda hasilkan..
tq bro atas perkongsian ni.. sebab aku pun kejab-kejab kelaut juga mood nak menulis ni.. hehehe
yup walaupun entry power ada satu dua je tapi mampu untuk bagi semangat dan motivasi pada kita
Jadikan ruang komen untuk komunikasi dua hala dengan pembaca. Maknanya ruang komen kena tukar jadi ruang chat. Barulah bersemangat nak menulis. Kan menulis ni untuk kita sampaikan sesuatu, tapi tak tau apa pandangan orang lain. Jadi berboraklah semahunya.
yup tepat sekali borak sikit-sikit boleh la nak rapatkan silaturrahim.. kalau nak borak selalu add facebook je terus hohoho
No 1 dan No 2 tu selalu Kak Jie buat..hihih
semangat ada tapi tak ada kelapangan pula….
kakjie dah makin popular sekarang ni, memang dah kurang sikit la kelapangan tu hohoho
Setuju sangat dengan tips no1, tukar tema, tukar punya tukar, godek kod punya godek, sekali tak menjadi seperti yang diimpikan. Arggh, masa yang banyak terbuang sepatutnya boleh diguna untuk menulis entri baru terbang begitu saja. Hehe. Alasan.
hahaha kalau dah rasa tangan tu rajin sangat godek kod, tukar banner je.. kalau tukar banner tu pon tangan dok sibuk godek-godek kod lain tu tk dapek la den nak nolong haha
Anggap dunia blog adalah dunia realiti penuh keindahan.
Yang penting tetapkan matlamat dalam berblog.
yup tepat sekali.. bila matlamat dah kukuh ombak, taufan pon boleh diredah haha
Yaaaa sedang berusaha untuk menukar template blog..nak rasa kelainan sikit..bagi mood menulis tu berkobar-kobar..hehe
semoga berjaya tukar template! Tukar template adalah antara perkara yang paling susah haha
chii sendiri pun kadangkala menghadapi masalah yg sama…nice sharing..
selain tu..leh gak jalan2 blog org utk dapatkan idea utk menulis..tp bukan dgn mencopy dan paste plak :p
tips no 5 tu slalu gak buat..tp separuh jalan..sebab tetiba di tgh jalan..ilang idea..so terpaksa save as draft.. :p
yup jalan-jalan untuk dapatkan idea tu memang sangat digalakkan.. kalau zaman dulu ada satu trend ikut tajuk blogger ni lepas tu buat tajuk yang seakan sama tapi isi berbeza, contoh:
aku buat post: Apa yang Memey Suhaiza ajar aku tentang blogging.. lepas tu ada orang lain buat: Apa yang Fahrin Ahmad ajar dia tentang blogging dan lain-lain lagi.. seronok betul zaman tu dulu haha
Thanks bro..tips yang bagus..dan aku rasa tips ni memang lahir dari hasil pengalaman bro sendiri.. 😀
ada juga yang aku belajar dari blogger lain dulu..
Thanks for the tips. Aku baru tukar theme. Sedap sikit mata memandang. Gaya penulisan pun berubah total dari dulu. Tengok dulu macam mana.
aku masih terkejut lagi dengan blog ko.. masuk-masuk gelap.. klik post jadi putih melepak haha
yeahh aku perlukan motivasi cam ni.. thanks topo..
terima kasih kembali bro
timaksih.
…tapi memang kadang idea takdak
Kalau dah takde idea saya akan ke others blog, lepastu baca balik apa yang saya pernah tulis.Kalau ada yg perlu edit saya akan edit, kadangkala ada juga yang saya delete post sebab mcm dau outdate haha
Sayang juga kalau nak delete post, mana tahu nanti post yang outdate tu akan naik balik dan jadi trend hehehe
Kadang-kadang semangat tenggelam timbul.. camne plak tu??
haha bila dia tenggelam tu biar je dulu pergi buat hobi lain, bila rasa dah nak karam tu baca balik post ni dengan komen-komen yang ada mungkin dapat membantuk dia timbul balik hehe
Membaca entri yang ditulis blogger lain pun selalu mendatangkan inpirasi untuk menulis.. contohnya macam sekarang ni.. kalau aku tak baca apa yang ditulis di sini.. mungkin aku tak idea langsung untuk cari mood menulis..
post dalam blog bro pon banyak bagi inspirasi pada orang jugak.. tak kisah la blogger ke tidak
Bagi saya, tips nombor satu tu yang paling berkesan. Haha.
tapi jangan selalu sangat tukar tema blog, tak elok jugak tu haha
kalo tema cantik mmg leh naikkan semangat..hehe
Menjadi penulis blog ada pasang surutnya. Semuanya bergantung kepada niat kalau ikhlas insyallah ada sahaja modal untuk menulis entri baru. 🙂
Semangat menulis blog kian hilang,
Bila terbaca tip2 di sini terasa semangat kembali,
Moga apa yg nak ditulis nanti tak terhalang,
Oleh kelemahan diri kita sendiri.
Peredaran masa dan keadaan semakin berubah,
Dulu lain sakarang lain suasana menulis,
Sanggup mengharungi segala susah payah,
Utk dapat sesuatu dgn cara baik pula kian terhakis.
Assalamualaikum…SalamRamadhan&Selamat Berpuasa…tips yg sangat bagus..
Wah, hebat betul tips ni. Tema blog memainkan peranan yang sangat penting. Kalau tema blog lagi mesra, lagi mesralah kita nak menulis blog 🙂
Walauapapun, tips ini sangat berguna untuk saya yang masih baru.
Ikhlas, Danial ^_^
hello bro Nazrien,
terima kasih diatas perkongsian berguna ini, lepas baca artikel awak motivasi untuk menulis kembali bersemangat.
Hehe nice tips bro, btw ur header memang mantop! 🙂
terima kasih di atas perkongsian yang bermanfaat ini…
memang dilema betul…. kadang bila semangat tak ada ada… blog saya jadi bersawang….