Setiap hari semakin banyak blog yang wujud di alam maya yang mencabar ini. Mungkin kerana menulis blog sudah menjadi satu trend yang agak popular pada masa kini, boleh dikatakan semua orang memiliki blog. Tetapi terdapat beberapa tidakan para penulis blog yang mencemarkan kesucian blog dan menyebabkan penulisan blog itu dipandang rendah oleh pihak lain. Berikut adalah beberapak perkara yang mencemarkan kesucian blogging.
1) Plagiarism. Kononnya anda penulis blog yang hebat, ada 3-4 blog dalam jagaan anda yang sering dikemas kini setiap hari. Tapi malangnya setiap post yang anda tulis di semua blog anda itu disalin daripada blog lain. Apa yang lebih menyedihkan lagi, di ruang profile blog anda anda tuliskan seorang pelajar dari sekolah yang terkemuka. Itu bukan sahaja akan mencemarkan nama anda malah nama sekolah yang anda banggakan juga turut menerima kesannya.
2) Semua post yang anda tulis dalam keadaan emosi yang sangat teruk. Tidak dinafikan banyak blog diwujudkan dengan tujuan berkongsi pengalaman hidup atau personal. Tetapi tak semestinya semua post perlu memaki hamun seseorang atau mana-mana pihak. Tidak cukup dengan emosi yang teruk, setiap post ditulis dengan caci-maki dan carutan yang sangat kasar dam tidak enak untuk dibaca. Percayalah setiap perkara yang anda sebarkan diinternet ini sangat mudah diketahui oleh orang yang tidak sepatutnya. Jangan sampai kenyataan emosi anda di blog anda menyebabkan anda meringkuk di penjara atau sesuatu yang lebih teruk lagi.
3) Semua perkara nak dijadikan isu dan diperbesarkan di blog. Oleh sebab terlalu obses untuk mendapatkan trafik yang tinggi, anda mencetuskan isu yang tak sepatutnya di blog. Padahal isu itu sangat kecil dan tidak patut diperbesarkan, tetapi dengan menggunakan ayat hebat anda, anda berjaya mewujudkan propoganda yang menyusahkan ramai pihak. Berhati-hatilah kerana sesuatu isu yang dibangkitkan tanpa sebarang usul periksa itu boleh mengundang fitnah yang dasyat dan menghancurkan ramai pihak.
4) Menjadikan blog itu sebagai satu benda yang wajib dan perlu dikemaskini setiap masa. Apabila anda menjadikan blog sebagai satu benda yang wajib dan memberi tekanan kepada anda untuk update setiap masa anda hanya akan menghasilkan sesuatu yang tidak berguna. Kemudian ia akan memeberikan lebih tekanan kepada anda bila tiada yang mahu membaca blog anda.
5) Spam. Semua tempat yang anda pergi anda mempromosi blog anda. Setiap kotak jerit dan ruangan komen pasti tidak akan terlepas daripada cengkaman URL blog anda. Dan perkara ini dilakukan di tempat yang sama berulang kali. Tindakan ini akan menyebabkan orang lain memandang serong pada blog anda dan juga penulis blog yang lain kerana menganggap semua penulis blog adalah penyebar SPAM.
Jika anda menulis sesuatu yang bermanfaat pada mana-mana pihak, mungkin ianya boleh dimaafkan tetapi jika penulisan anda adalah berdasarkan 4 point yang ditulis di atas lebih baik anda lupakan sahaja niat untuk menyebarkan URL blog anda secara besar-besaran itu.
setuju sangat dengan point2 kat atas tu..
huhu
no 5 tu mmg annoyingtahaplangit!
pergh,ayat cengkaman? hahaha
cisdel! :p
tahniah.. anda berjaya mencari perkataan tersembunyi.. hahaha
point num 4, menjadikan blog sebagai beban. stress nanti jadinya…
Hi
thanx ya visit blog saya tadi..
saya baru gunakan wordpress biasa guna blogspot jer..
rasanya byk info/tips u yg saya boleh pratic kan
timakasih sekali lagi…
oklah dah Maghrib bye..
Oh! saya fan fesbuk awak yg ke200 hehe.. ๐
saya nak jadi fans awak bole?keke
nice tips bro..y emosi tuh aku benci..luah perasaan teruk2..pastuh bila kita komen y dia rasa mcm kita x support dia, kena halau plak..
“tak suka blah ar..aku bukan paksa org baca pown..sukati aku la nk tulis apa pown..blog aku..sukati aku la”
bodo toi org camtuh..haha
kalau sekali sekali emosi ada jugak la yang nak simpati.. tapi kalau tiap2 hari orang menyampah..
Blogging menuntut banyak pengorbanan. Taksub kpd trafik, pagerank dan seangkatan dengannya menyebabkan blogger menghasilkan sesuatu yg tangkap muat sahaja.
point num 5 tu..sebab itulah saya x leh cbox..huhu
cbox ada banyak kebaikkan jugak sebenarnya.. ๐
mesti orang akan cakap, ni blog aku, suka ati aku la nk wat pe pun
hohoho kalau begitu biarkan sahaj mereka dan blog mereka.. ๐
pergh. terasa aku. hoho~
aku ada la gak terasa..
sikit2 ada terasa gak ni..hehe
Jeng3..mrdzy datang nak kasi pendapat tapi pasal title entri bukan pasal point entri.
Pada pendapat aku,point entri kesemuanya ada betulnya tapi aku rasa bukan “Mencemarkan Kesucian Blogging” tapi lebih kepada “Mencorakkan Cabang Blogging” itu sendiri. Aku buat perbandingan dengan bidang kewartawanan.
Pada zaman dulu,sememangnya wujud wartawan hiburan tetapi tidak sehebat pada zaman kini sebab wartawan hiburan baru sekarang lebih lantang dan lebih “kurang sopan” dengan kontroversi yang mencetuskan huru-hara berbanding menyebarkan berita benar sampai aku rasa diorang ni membusukkan kesucian bidang mereka sendiri tetapi itu pada view aku. Pada view masyarakat dan syarikat media, itu merupakan sesuatu yang bagus sebab ianya sesuatu kreativiti yang MENGUNTUNGKAN.
Berbalik kepada blogging,ia diaplikasikan hampir serupa sebab pada mata pembaca dan pengiklan TIDAK semestinya sama seperti apa yang kita sendiri cuba harapkan. Kenapa? sebab otak manusia dicipta sama tetapi pemikiran dicipta ada yang berbeza dan ada yang hampir sama.
aku pun tak pasti apa yang aku cuba kongsikan ni boleh terima ke berbelit-belit tapi aku rasa macam panjang la pulak aku kasi komen. kalau rasa tak sesuai,delete je la ye. Kalau ada yang terasa, diharap dimaafkanlah ye.
yang benar,
mrdzy blogger baru~
aku takda kelima2 ciri diatas……ceh. perasan gila lak aku ni kan. hoho
๐ ๐ ๐
spelling correction *dam
oh sy x da seperti diatas
setuju yang amat.. mmg ramai yg memperbesarkan isu sekadar untuk menarik trafik… bagi aku trafik perlu lah berkualiti… jgn sekadar dtg menjenguk pastu tinggal jejak kat komen pastu tak dtg2 lagi dah…. lebih baik mempunyai follower yang sedikit tapi selalu berkunjung dan membaca setiap entry baru yg di post dan memberi komen yang bernas dan berkaitan dgn entry…
yup setuju dengan tu.. kalau follower sedikit tapi kekal dah cukup bagus dah..
Terlalu taksub pada earning di nuffnang pun boleh mencemarkan kesucian blog jugak..Sebab nak trafik tinngi,jadi WAJIB update blog hariยฒ..Tapi update ntah hapeยฒ..
Memang menyampah dengan spam ni..huhuhu
entry yg bagus…
No 1 dan 5 selalunya orang baru kenal dunia blog. Raikanlah juga sikit-sikit.
No 2 dan 3 tu orang dah berkapang dalam dunia blog pun boleh ada penyakit tu. Janganlah terlalu melampau ikut perasaan.
No 4, kadang-kadang datang juga pemikiran macam tu.
Apa pun, setiap yang kita tulis akan dipertanggungjawabkan nanti. Jangan main-main.
Satu pesanan yg amat ikhlas..thanks bro.
wah good..good info menarik thanks topo
1. aku setuju dgn ko topo. ramai sgt blogger yg suka copy paste skg ni. aku pun xtau kenapa. maybe dorang ni desperate nak popular cepat.
2. mindset aku, berblogging hanya kalau ada masa free. aku tak kata blogging itu satu kewajipan bagi aku sbb pelajaran mesti diutamakan. aku pun skg ada 2 blog. update bila terasa nak update je.
bab no 3 tu aku setuju sgt, bab kecik laki pompuan pun nak kecoh2. poodah!
gohohoho, aku komen kat blog orang memang sebab nak tinggalkan jejak pun.. tapi nak buat cane erk? sebab otai2 blogger semua cakap kalo kte komen kat blog orang, orang komen balik.. hm… adakah aku seorang spammer? tidakkk!!!!
Hmm, aku seperti mengalami masalah no.4 tu. Susah nak sembuh. ๐
Satu pesanan yg amat ikhlas..thanks bro.
nice tip untuk blogger2 newbie.
macam saya. hehehe.
emm..terpaksa bersetuju. ๐
nice info ntuk newbie cam sy nie..
klo xblogwalking, cmna org naktau entri baru kita?huhuhu…
artikel yang menarik, terutama bagi saya yang baru belajar ngeblog. Artikel ini membuat saya jadi mengerti ternyata banyak motivasi mengapa orang buat blog. Salam dari saya yang sedang belajar …
Menlis blog banyak ketogeri,
Itu adalah tagline sendiri,
Harus bertindak secara murni,
Agar tiada pihak akan dicaci.