Ramai blogger yang gemar meminta supaya orang lain memberi komen atau kritikan terhadap blog mereka. Mungkin cara itu dapat meningkatkan mutu blog mereka. Tapi berjaga-jaga, kritikan atau komen daripada orang lain juga sangat merbahaya kepada blog atau penulis blog itu sendiri. Berikut adalah perkara yang mungkin anda boleh lakukan sebelum meminta orang lain untuk mengkritik blog anda.
1) Pastikan anda bersedia untuk menerima kritikan. Jika anda merupakan seorang yang berhati kaca yang tidak boleh menerima sebarang teguran mahupun kritikan, lupakan sahaja niat anda untuk meminta orang lain mengkritik blog anda. Jika tidak anda juga yang akan sengsara.
2) Pastikan anda bersedia untuk berubah. Jika anda hanya menerima sahaja semua kritikan tanpa sebarang tindakan susulan lebih baik anda tidak meminta kritikan langsung. Kerana sesungguhnya tanpa sebrang tidakan kritikan membina oleh teman-teman lain itu hanyalah membazir masa sahaja.
3) Jangan ambil terlalu serius kritikan yang diberi. Jika anda merupaka jenis orang yang akan mengambil serius setiap perkara yang dinyatakan, lupakan sahaja untuk meminta sebarang kritikan di blog anda. Takut nanti anda tidak dapat tidur malam memikirkan 101 kritikan yang bakal diterima nanti.
4) Jangan ambil secara lewa setiap kritikan yang diberikan. Bersusah-payah orang lain memberi komen dan kritikan membina tapi anda tidak mempedulikannya dan mengulangi kesilapan yang sama berulang kali. Sesungguhnya anda hanya membazirkan masa anda dan orang yang bersusah-payah memberi kritikan itu.
5) Jangan terlalu bongkak dan meninggi diri. Anda memandang rendah komen dan kritikan daripada blogger lain kerana mereka masih lagi baru dan tidak sehebat anda. Sesungguhnya agak sukar untuk kita melihat dan memperakui kelemahan dan kesilapan diri kita sendiri.
Setiap point yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman, kesilapan dan pemerhatian penulis sendiri. Ia juga tidak bermakna penulis sudah terlalu hebat di dunia blog ini dan tidak layak untuk menerima sebarang teguran mahupun kritikan. Sebarang point tambahan amatlah dialu-alukan.
aku xsetuju la tips2 ni! kalau dh kena kritik tu patut blah je
(cara x aku kritik post ni? hahahaha..jgn marah topo)
hahah tu bukan kritik tu.. itu provokasi tu beb. hahaha
:-p
sila kritik blog saye..
saya dah lama bersedia..
berani tak?
:-p…..
tolong kutuk belog saya. saya hati tisu T______________T
HAHA nice tips nazrien. gua nk pegi asah hati jd tajam
lidah tajam beb.. hati kena kebal.. hohoho
btw thanks for the traffics hohoho
sengal la luuu =D
haha a ah thx ynn for the traffic =D
Betul tue bro, klu nak minta org kritik kita…kta mestilah dah bersedia kena kritik…tp setiap apa yg kta buat kta mesti bersedia menerima baik dan buruknya…keluar rumah pun kena sedia, takut ajal dtg menjemput…
haha.. berhati kaca tak tahan tu 🙂
jgn kutuk aku T_T
aku hati manusia 😀
aku nak kritik gak!
aku rasa nazrien tu patut pakai maskot lembu cizdel!
nnt aku buat crossover nazrien.com + cisdel.com wahahaha
belum bersedia untuk dikritik..
tip 3 dan 4 amat kontra sekali. Tip 3 cakap, jangan ambil serius. Tip 4 cakap, jangan ambil sambil lewa. Owh? Ke aku yang fikir lain? hoho…
hoho biasa la beb.. kena seimbang.. jangan hard sangat… jangan lite sangat..
takut tak leh nak beza kritikan membina atau kritikan mengutuk…hehe
bergantung pada niat pemberi kritikan tu jugak.. hohoho
menarik points kamu. 🙂
mmg nk kena lempang belog ini… apdet slow2 sgt! upin ipin lagi laju lari dari nazrien nie. budak kg mane nie? :p
hohoh benda yang berguna memerlukan masa untuk dibangunkan.. 😀
aku rasa mintak orang kritik blog kite nie sesuatu yang perlu.. baru bleh maju.. haha, yang aku paling setuju ialah kte kne bersiap sedia untuk menerima kritikan.. jangan down lak ble kene kutuk.. hohoho
Suka point nombor 1. Penting kan? Kalau belum bersedia, baik takyah suruh orang bagi pendapat/kritik. Kang orang kritik kaw-kaw kang mula lah nak marah, geram, dendam, etc.
T_____________T
P/S: Setakat ni belum ada hati yang cukup kuat untuk terima kritikan. Takut hati tisu nanti. Haha.
Betul juga, kena bersedia dan menerima kritikan…
bila da mintak org kritik kena bersedia dikritik, kan?
kalau tak memang cari pasal la namanya.
perkara ni lebih kurang forumer menegur forumer lain
meh la kritik blog aku. xpa aku cool ja 🙂
kritik? mmm…macam2 jenis kritik ada. tapi memang tak semua orang boleh terima kritikan. ^_^.
harap2 lah aku tak berhati kaca..hehe
wah..terjumpe blog entry ini secare rawak! Tanda seru di situ.
Even followerku tak seberape..hampir takde kot! Tapi penah dikritik oleh
kanak2 tak bermoral..hahaha. Mereka kalah dengan suhu 8 dajah celcius. tak paham? jangan pikir..
@Nazrien,
kritik, dikritik, mengkritik, dll symptom normal dalam kehidupan. siapa yang tidak dapat nak terima tu payah sikit la. anyways, thanks for the tips.
Kritikan yang membina boleh dijadikan boost utk maju selangkah, kritikan yang kurang membina tu, tapis, fikir dan abaikan sahaja, jika perlu.
Khaidir