Tema atau themes blog yang sesuai sangat penting untuk menarik para pembaca blog. Ia bukan sahaja dapat menambahkan kekacakan blog anda malahan, dengan tema yang sesuai pembaca akan berasa lebih selesa membaca setiap post yang ditulis. Sama seperti ketika memilih nama domain, setiap penulis blog pasti akan pening kepala untuk memilih tema yang sesuai untuk blog mereka. Berikut adalah beberapa tips yang berguna untuk memilih tema yang sesuai bagi blog anda.
1) Tema profesional atau tema personal? Terdapat banyak jenis tema yang terdapat pada masa kini dan biasanya setiap tema tersebut dikategorikan mengikut kategori yang sesuai. Perkara asas yang boleh dipertimbangkan ketika memilih tema adalah memastikan dahulu tema bagaimana yang sesuai dengan blog anda. Jika blog anda bercorak profesional agak tidak sesuai jika anda menggunakan tema yang sangat berwarna-warni dan ceria serta mempunyai banyak gambar yang comel. Dan sekiranya blog anda adalah blog personal, pasti tema profesional sangat membosankan dan agak tidak sesuai.
2) 2 kolum atau 3 kolum? 2 kolum bermaksud blog berkenaan mempunyai satu sidebar manakala 3 kolum ada 2 sidebar. Jika widget yang anda gunakan terlalu banyak adalah lebih baik menggunakan tema yang mempunyai 3 kolum. Agak pelik bila kandungan widget di blog lebih panjang daripada post-post yang terdapat di blog. Dan sekiranya anda hanya menggunakan beberapa widget sahaja, lebih baik jika tema 2 kolum digunakan agar kelihatan lebih kemas. Tema 3 kolum kebanyakannya agak serabut.
3) Tema cerah atau tema gelap? Tema cerah dengan tulisan gelap lebih sesuai kerana lebih memudahkan pembacaan. Tema gelap lebih sesuai digunakan untuk blog bergambar sahaja agar gambar itu akan lebih menarik perhatian pembaca.
4) Berapa ramai blogger yang menggunakan tema yang sama? Sebelum memilih tema yang sesuai, lebih baik jika anda selidik dahulu berapa ramai blogger lain yang menggunakan tema yang sama. Ini adalah penting agar blog anda tidak disalah anggap sebagai blog yang lain dan juga menampakkan keunikan blog anda. Jika anda terpaksa memilih tema yang popular, lakukan beberapa perubahan agar tema anda kelihatan lebih unik. Penggunaan banner dan warna yang diubah sangat membantu.
5) Pastikan anda benar-benar suka akan tema tersebut. Perkara yang terakhir tetapi yang paling penting sekali, pastikan anda sendiri menyukai tema tersebut. Jika anda sendiri tidak menyukai tema tersebut dan hanya main pilih sahaja, apatah lagi para pembaca blog anda. Pasti mereka juga berasa menyampah melihat tema berkenaan.
6) Pastikan pembaca anda juga menyukai tema berkenaan. Sebagai tambahan, pastikan juga pembaca blog anda selesa dan suka akan tema berkenaan kerana blog yang anda buat itu memang untuk pembaca. Sekiranya pembaca anda tidak selesa dengan tema berkenaan agak merugikan anda menghabiskan masa yang lama untuk memilih tema tersebut. Memang sukar untuk memuaskan hati semua pihak, tetapi jika ada 10 orang yang berkata tema anda tidak sesuai pasti terdapat perkara yang tidak sesuai dengan tema tersebut.
Cukuplah samapai disini sahaja post kali ini. Jemputlah menjadi peminat nazrien.com di facebook atau langgani RSS feed untuk mendapatkan psot terbaru secara terus ke email anda.
aku paling setuju yang no 5.. bila aku suka itu yang penting.. hehe..
tapi yang menjadi penghalang yang no 6.. masa aku pakai facebook punya theme, aku suka, tapi ramai yg tak suka… 😛 sebab susah nak komen…
tema 3 kolum adalah yang terbaik.. 😛
2 kolum tetao menjadi pilihan hatiku.. hohoho
susah nak komen ?… x faham… saya pun pakai tema facebook tu gak… ke pakai themes version lama kot…huhu
secara jujurnya aku katakan.. theme ko agak serabut beb.. aku tak tau nak fokus kat bahagian mana.. sidebar makan content beb.. just my 2 cents
Kalau 1 column mcm mana plak? mesti lagi cun kan.. 😀
hohoh aku pernah jumpa 1 theme je yang pakai 1 column.. tak ingat theme ape..
very very personal blog ak pakai 1 column theme
utk blog yang byk menulis elok guna tema yg cerah (putih)bg aku tema yg gelap sesuai utk blog photography. tp itu pndapat aku je. citarasa msg2 :P. btw, aku recommend thesis theme, sebab high customizable framework & seo friendly 😛
yup.. aku setuju dengan pendapat ko.. hohoho sebab tu aku gemarkan theme yang light je.. thesis memang mengancam..
thesis mahal~
aku pon stuju dgn yg num 5 tuhh..aku suka layout aku..hahaha..
makaseh berkongsi info..jom jenguk blog saya..hehehe..
theme ni plg penting bg aku..klo theme tak best..tak seronok nk berblog..hehe
agak betul la.. takut kita sendiri bosan melihat theme kita nanti..
lepas nie, boleh nantikan tips membangunkan dan mengubah tema daripada Nazrien. Yayy~~
mengubah theme mungkin ada.. untuk membangunkan theme tu lambat lagi kot.. hohoho
aku paling suka point nombor 5. even kalau sorang pakai pun, aku xnak pakai dah. sebab tu sampai sudah aku xtukar theme. wakaka. kalau nak senang, kumpul duit, buat custom theme. hehehe
hohoh sebab tu aku selalu menghijaukan theme aku.. biar takde orang lain yang pakai.. aku seorang blogger miskin.. mana ada duit nak buat custom theme =___=’
3kolum serabut ek? aku pun rasa serabut tapi 2kolum karang sampai kebawah habis semua widget padahal tk byk pn T_____________T heh bos, apa pendapat ko pada tema blog aku? HAAAAAAAAA
pendapat? erk boleh tahan la.. hohoho
actually aku suka theme magazine
tapi kalo personal theme, aku suka dgn 2 column + 3 column footer,
ada sesetengah theme tu cantik tp susah nak customize especially yg ada slider ..
guna theme minimalis pon menarik juga
aku memang sukakan yang minimalis..
dulu aku prefer 3 kolum waktu tebaboom.org masih up. sekarang pakai 2 kolum.
p/s: kau pakai tema plainscape?
ya.. aku gunakan plainscape.. kan udah ku khabarkan dahulu masa ko baru tukar theme hitam itu.. hohoho
tak perasan.
ko mcm tau2 je ape yg tersirat di haty aku kan? setiap kali ko update nazrien.com ni kao x-ray hati aku dlu ke? hahaha. aku nak tkr theme blog after CNY. thanks la info di atas
hahaha ayat tak boleh blah.. siap x-ray hati.. pindah la wordpress weh.. nanti aku buat post wp vs blogspot esok lusa..
2 – of course aku suka 2 coloumn. 3 tu mcm serabut sikit, tapi
kalau pandai susun,molek je nampak
3 – harus cerah. senang org nak baca. kalau hitam,rasa mcm dm gua
4 – pergh.ni paling aku akan ELAK. time aku zaman mula2 blogging,
bolehlah nak amek readymade layout even 50 org pakai kan. to sekarang
dah cerdik sikit 😀 jgn lah sama layout dgn aku. mmg aku hambat nnt haha
5 – WAJIB weh dalam pemilihan layout blog.
6 – WAJIB jugak.sebab org lain jugak yang nk masuk blog kita kan 🙂
bagi saya pula, yang penting saya suka theme tersebut seperti yg dikatakan pada no.5
dan theme tu jarang orang pakai, supaya pengunjung tak jemu
suka tema yang menggambarkan personaliti diri sendiri… yang penting tak serabut….
yup tepat sekali.. serabut-serabut orang lain susah nak baca woo
Tema bikinan sendiri akan lebih menonjol drpd menggunakan tema yang biasa dijumpai di blog lain 🙂
bukan semua orang ada kepakaran untuk bikin theme sendiri.. 😀
yup.. but boleh belajar ma.. ^^) ~
betul… kalo minat mmg sekejap je blaja mende2 nih….
=)
stakat nih x jumpe lagi org yg same template ngn blog aku…
hehe…
aku cepat berubah.. susah nak setia dengan theme yang ada.
Kalau boleh sebelum tukar theme tu, pasang dlu theme tu dekat localhost.. I mean buat webserver dekat PC guna XAMPP or other, then install WP, then testout + tweak theme tu dlu.. Baru upload then pasang dekat blog korang.. =)
hahaha komen kamu sangat sesuai pada masanya.. aku sedang menaip tutorial untuk setup xampp pada pc.. dalam esok lusa publish kot..
@topo, aku iklan sket arr…kalo nak cari theme2 wp yg cun sila la dtg blog aku yg baru launch x smpai 2 minggu lg 🙂
einsthemes.com =)
hohoh siap iklan.. akan datang nanti aku buat post pasal theme nanti aku letak 😀 tapi memang cool la theme2 yang ada.. hohoho perbanyakkan lagi la theme buatan Malaysia.. 😀
ajar buat theme wordpress weh.. ajar laa.. ajar laa..
ko kan kacak.. kan? kan?
hohoho lambat lagi kot.. aku masih menuntut lagi.. tak cukup kacak untuk ajar orang lain buat theme yang kacak.. hahaha
ye stuju dgn semua tips!
p/s : nice site
jemputlah menjadi fan nazrien.com di facebook…
aku suke tukar theme dua bulan sekali…dulu godek n buat sendiri, pastu malas, amik yg dah siap ….heheh,
Aku baru je tukar template…..
Sebelum ni hitam….
Skrg aku tak tau, org suka @ tak template yg baru…..
aku ni jenis suke theme simple..background xde la glp..hehehe
suka yang dua kolum 🙂
2 kolum adalah yang terbaik… tidak semak… terpulanglah pada kehendak masing2
semue betul. tapi, aku paling pentingkan no 6. if pengunjung komen xsker..cepat2 aku tukar. tapi, bukan bermaksud aku xikut kehendak sendiri. cume, kalau org xsker..kang xdtg plak bace blog kite kan?
biasenye, aku tukar sampai aku n org suke. hehehe
hoho..aku suke theme jenis magazine
anyway aku suke theme ko ni…memang kacak r
psst…topo…leh tak ko wat tutorial utk domain utk blogger, pastu camnne nak setting domain tu
lagi satu, aku nak list plugin yang ko gune
list plugin tu memang aku nak keluarkan malam ni ke..
tapi yang tutorial domain blogger tu nak kena bukak kitab balik la.. dah lama aku tak main dengan blogger.. hohoho
mekacih topo tips yang best.
theme dan layout sama x?hehe
theme adalah perkara ke2 perlu difikir selepas kualiti entri.
pastikan tema kemas dan bersih.
orang pun selesa orang pun suka komen
em..tips yang menarik..
Nak pilih tema ni memang memakan masa. Rambang mata 😀
Lagi satu perkara yang pening tentang blog,
iaitu theme apa nak pakai. Kalau dah pakai
sehari dua rasa nak tukar pula. Alih2…
tak jumpa theme yang sesuai. Kalau jumpa pun,
ada je kelemahan dan tak support dengan blog
kita. Masalah-masalah…
nice bro..thx