Menulis komen di post atau blog lain mampu untuk menjana trafik ke blog kita. Dengan menulis komen juga mampu menunjukkan kreadibiliti kita sebagai seorang penulis dan juga dapat membuatkan kita disegani kerana mampu untuk memberi respon yang baik dan buah fikiran yang berguna. Tetapi berhati-hati, dengan menulis komen juga perkara sebaliknya akan berlaku dan mungkin akan menyebabkan kita dibenci di alam maya ini. Berikut adalah beberapa kesilapan yang perlu dielakkan semasa menulis komen.
1) Meletakkan URL di ruangan komen. Diulang sekali lagi, meletakkan URL di ruangan komen bukan di bahagian URL. Mungkin pada pendapat anda ia mampu menarik minat untuk orang lain agar klik ke link tersebut. Malangnya, tanggapan anda silap. Dengan meletakkan URL di bahagian komen, secara automatiknya komen tersebut akan ditapis oleh Askimet dan dianggap sebagai SPAM (untuk pengguna wordpress dengan hosting sendiri). Selain itu, tindakan ini juga akan menyebabkan penulis blog berkenaan berasa kurang senang terhadap komen berkenaan dan mungkin akan memadamnya. Sila abaikan point ini sekiranya URL berkenaan bertujuan untuk memantapkan lagi post yang ditulis oleh penulis blog berkenaan.
2) Mengabaikan post yang ditulis dan memberi komen sesuka hati anda. Penulis blog bersusah payah membuat kajian tentang sesuatu tajuk dan menulis post dengan sangat menarik. Anda pula bukan sahaja tidak membaca post berkenaan malahan memberi komen yang tiada kaitan langsung dengan post berkenaan. Jika perkara tersebut berlaku kepada anda, tidakkah anda berasa sedikit kecewa?
3) Memberi komen di post yang salah. Kesilapan ini mungkin biasa berlaku kerana pembaca membuka beberapa post pada masa yang sama dan mengakibatkan komen ditulis pada post yang lain. Walaupun ianya kesilapan yang biasa, tetapi lebih baik jika ia tidak berlaku. Untuk mengelakkannya, sila periksa semula komen yang ditulis.
4) Tidak memeriksa semula komen yang ditulis. Sekiranya kita tidak memeriksa semula komen yang ditulis, mungkin kita akan melakukan kesilapan yang sama seperti point di atas. Selain itu, kesilapan komen juga mungkin akan memberikan maksud yang lain kepada penulis itu.
5) Menyokong atau membantah sesuatu post padahal anda tidak bermaksud begitu. Anda menulis ” post yang bagus ” tetapi anda tidak bersetuju langsung dengan post berkenaan. Bukankah lebih baik sekiranya anda menyatakan pendapat anda secara jujur atau tidak perlu komen langsung mungkin cara yang lebih baik.
Cukuplah sampai di sini sahaja post kali ini. Sila langgani RSS nazrien.com untuk mendapatkan lebih banyak post berkenaan dengan blogging pada masa yang akan datang.
eh ko dah makan <– ini adalah contoh komen yang tak bagus
haha.. gud one topo π
semua kesilapan aku pernah buat. hoho. *malu di situ* tp sejak kena tgur oleh beberapa rakan karib on9. dah berubah la sikit. tapi blm lagi secara total.. eheee
nice post
arr……. ini juga spam
ada beberapa orang blogger sekarang membuat anchor link kat ruangan komen…. nasib kita ada Akismet – terus masuk box spam.
Tetapi itu adalah adap pertama yang perlu dipelajari – jangan over acting, awak nampak macam spam… ghairah untuk menonjolkan diri.
yg no# 2 – topo pun buat kt entri terbaru kak jie… * sepak kang *
p/s – kedekut bandwidth sampai tak letak smiley
mintak ampun la kak jie.. hohoho tapi betul la saya baca post tu.. nampak macam pernah ada je.. π
xmampu la nak letak smiley.. nanti tengok la sebulan test macam mana dia makan bandwidth
kalau komen gini;
1st haha
macam mane lak :p
hahaha aku memang 2-3 kali fikir nak letak point ni.. tapi sebab aku tak pernah kena.. jadi aku tak tau apa perasaan dia.. sebab tu aku tak nak ulas.. π
Ada juga yang kat komen tu promo kelas make up .
agaknya, saya pun jenis yang suka komen lari dari tajuk kot~ huhu~ π
yang letak link kat komen tu macam… ades.. susah nak cakap.
dah ada commentluv pun still nak letak gak.
manusia.. manusia..
kalau komen panjang dari entri plak macam
mane kah kesahnye tuh en topo. kadang-kadang
reader lain tak suke… dia cakap komentor
tuh syok sendiri kat blog orang lain.. haha
secara personal aku tak kisah hehehe… tapi rasanya kalau dah panjang sangat bukan ke lebih molek kalau ko respon kat blog ko buat post khas kemudian linkback la.. hohoho 2-2 sama untung.. π
sebenarnya aku suka komen panjang macam ko selalu lakukan… apa nak pedulik kata orang kan.. yang penting bernas…
*er… sambung komen orang macam nie dikira spam jugak kot.. haha…
mantap la post ni..
aku nk tulis url, tp takut akismet jatuh cinta..
tak jadik lak..
nice post!!!???
haha…
klau previos komen terlalu pjg wat cmne plak?
x kan nk check satu2 kot?
previous komen terlalu panjang maksud dia ape ye? aku kurang mengerti di situ..
yg point no 4 tu…
x kan nk memeriksa semula semua point2 yg diutarakan pengomen sebelum2 nya?
hoho…
ooo bukan beb.. maksudnya periksa betul-betul komen yang anda tulis supaya tiada kesalahan ejaan ataupun salah makna ke atau lagi teruk salah post komen di tempat yang tak sepatutnya..
bab komen ni paling menarik aku rasa, kadang2 komen yang aku terima tidak masuk akal dan tidak kena lansung dengan post yg aku tulis. dah jadi mcm spam sahaja, klu setakat nak say hello. send kat shoutbox aku sudahlah. hehe
anyway topo, mungkin satu point lagi boleh ditambah. menggunakan bahasa yang kurang sopan. π
post yg bagus! hak3 memain je
yg mazmumah tu mmg aku xde wat, dan yg baik2 tu mmg aku buat
pendek kate aku da tepati syarat ko
hak3
btw, kalo link cm kt bwh ni xpe kan
*aku dah delete link ini.. harap maklum..
sama je beb.. sebab ada link
entri yg menarik. aku pernah jgk tersalah komen entri. coz kadang2 layout blog pelik2. biasanya komen bwh entri. tp ada jgk blog komen atas tajuk.so aku x perasan… then salah la.. hehe
kdg2 pembaca ni nak komen entri tp malas nak taip pjg2.. bagi komen nak tak nak je. bagi aku, baik xpyh komen kalo setakat 2,3 patah pkataan.
Wahhhh.. Suke2 ngan ape yg diutarakan.. Hujah2 juge bertepatan sekali.. Hik hik.. Yg pnting, kalau nk komen, komen laa ngan seikhlas hati.. Mst pnulis entry akan dpat rase keikhlasan tersebut.. Ngee.. π
tak tau nak komen apa..hehe (kesilapan ke x ni?)
btw..nice tips.. π
ade readers yg konon2 bace post tu tp sbnarnye bace yg last2 je…
sbb tuh aku slalu wat entri, last aku meraban sket sbb nk tgk sape yg bace post n sape yg suke2 je nk mengomen…
yezzzaaa sgt setuju dgn no 2..
kdg2 tuh…
sila layari laman web saya untuk menempah bla,bla,bla,..
WTH??
grr geram doh
masalah sy ialah pengomen kurang!
hehe ni kira lari dr tajuk posting ka???
erm.. nnt akan ada post pasal macam mana nak tarik minat pembaca untuk memberi komen.. nantikan di nazrien.com hohoho
Banyak betul yang saya baru tahu.. Ooo.. Baiklah, mulai hari ini, saya janji tak wat kesilapan di atas.
hohoho….baru pagi tadi aku emo ada blogger bagi komen cukup makan, lepas tu tinggal punya la banyak link dia kat bhgn komen (point no 1)….dah la lansung xde kaitan…memang on the spot rasa nak delete, tp pastu aku pergunakan kelebihan wordpress~~ edit komen tu & buang link….hahaha….
point no 2…tu OK bagi pembaca yang dah biasa dgn tuan punya blog…at least the blog owner tahu apakenda komen ntah apa2 tu..hehehe….but, for first time reader or baru sekali dua….don’t dare to do that…hehehe
p/s: aku slalu rant kat bhgn komen ko, adakah ini salah satu kesilapan dlm memberi komen? *muka sedih+innocent* (<~topo sila sedia smiley yg comel2)
post ne ptut dijadikan guideline utk para readers n perhaps bloggers jg bila nak tgglkn komen kt blog org..
aku suke no 1..bkn aku suke bt kt blog org tp org suke bt kt bog aku,.haha…
no 2 tu slalu org slh guna ruangan komen…eh ko kaji x bt post ni?kn x psl2 aku komen cmni ko ckp spam..ye la buat penat ko pk kan..hahaha..
nice entri abg kacak.muahaha
Assalamu Ala man Ittaba’a’ al-Huda
Terima kasih, wah setelah baca nasihat, saya macam tak percaya, kerana selalu buat macam yang mula-mula tuh. Dalam blog biasa saya selalu buat macam tuh, tapi rupanya tak baik. Bila baca komen-komen seterusnya, fulamak mata saya naik terbeliak. Apa-apapun terima kasih.
Komen lari dari entri yg paling byk aku tengok.. @_@
salam..
syukron atas info2 yang enta beri ni..memang berguna untuk org2 baru macam ana ni (baru ke??huhu..)
π
info yg menarik dan xramai yang perasan pasal perkara ni..aku sendiri kadangΒ² tidak sengaja melakukan kesilapan2 di atas..huhu
tp yang url tu cukup aku menyampah la..komen sebaris lepas tu promote link die..ingat senang nak dapat backlink aku..hahaha
kepada korang yang selalu buat kesilapan ni silala berubah dari semasa ke semasa..
ini mmg post yang bagus ! haha !
salam saudara .. setelah membaca entry saudara yang satu ini.. memang kedapatan komen2 yang sedemikian.. malah saya sendiri ada membuat kesilapan dalam menulis komen seperti yang telah saudara bincang.
terima kasih kerana berkongsi ilmu yang amat berguna ini π
gg nak komen tapi xder menda nak komen plak post kalini bab memang betol2 baik punya ahahah..100kali. dahtue siap puji meh datang blog gg plak
tips yg bagus..terima sbb kongsi tips2 camni..
harap2 msa akn dtng msih ada tips2 yg lgi2 shedaaap
π
info yg lengkap..thumb upss!!
Ini komen biasa aku guna..
‘ Wah hebatlah tips yang diberikan.. Mungkin boleh membantu saya dalam meningkatkan traffik.. Terima kasih kerana memberi tunjuk ajar’
amacam ok tak??
baik, cikgu topo..
saya faham..
aku pun heran juge la.. nape la aku nye visitor slalu komen dlm chat box….
nk komen pasal artikel, tp tulis komen dlm chatbox… apekesusahnye kalo trus tulis komen dlm artikel yg aku tulis tu…
haih…
betul ke komen kat blog yang PR nya lebih tinggi akan bagi backlink kat kita?
aku macam ragu2 lagi sampai sekarang.huhu..takkan lah semudah tu google nilai rank sesuatu blog?kalau encik kacak boleh post pasal ni kan cantik?kongsi la ilmu seo sikit.huhu
patot la byk komen SPAM dlm comment aku..
rupanya boh URL..
uhuhuh…
sekarang blog Kak cun dah mula ada
url pada ruang komen.nasib baik
pakai wordpress.
En. Topo. Terima kasih <—– Ni pun kategori spam ke? hehe
Aku memang cukup berhati-hati bila nak bagi komen. Sebab kekadang komen tuh boleh bagi feedback yang baik@buruk pada peng'komen'. So, terima kasih En. Topo utk tips ni.
tips yang menarik..membuatkan aku insaf sekejap untuk meberi komen-komen yang mengarot..hahaha..kebanyakan kalau komen mengarot pon,org still approve itu punye komen..huhuhu
GOOD POST!!!LIKE!!!
tip yang menarik…
salam perkenalan=)
Salam.
Saya tak guna chatbox, dan saya seronok bila orang komen dalam entri. Ttg pengunjung yang datang dan tinggalkan url dalam ruangan komen, saya sebenarnya tiada masalah sgt dengannya … saya mengalu-alukan, namun ia tak bermakna akan diklik.
Namun, komentar yang bagus, patut diberikan pujian, dan jika mereka letakkan url entri terkini mereka, bagi saya … tentu sekali ada trafik balasan.
π