Tingkatkan Trafik Dengan Bantuan Forum dan Feedburner
Jika post yang terdahulu ada berkongsi tentang tingkatkan trafik dengan bantuan facebook, post kali ini pula adalah tips untuk meningkatkan trafik dengan bantuan forum dan feedburner. Post kali ini adalah permintaan daripada saudara hadjie. Sebelum meneruskan pembacaan di blog ini, kepada yang tidak tahu apa itu feedburner sila layari jomphp untuk penerangan tentang feedburner yang panjang lebar.
Forum merupakan satu tempat untuk kita berkomunikasi dengan ramai orang yang mempunyai minat yang sama dengan kita. Terdapat pelbagai jenis forum di internet dengan pelbagai kategori dan niche yang mungkin bersesuaian dengan jiwa anda. Forum-forum berkenaan mempunyai ribuan pengguna yang melayari forum berkenaan sepanjang masa dan sangatlah menguntungkan jika kita dapat menarik sedikit trafik dari forum berkenaan masuk ke blog kita.
Tetapi terdapat beberapa forum yang melarang anda untuk meletakkan link secara terus dalam sesebuah post. Ini boleh dielakkan dengan memanfaatkan ruangan signature atau tandatangan di setiap forum. Anda boleh meletakkan link link promosi blog anda di ruangan tanda tangan atau mungkin juga meletakkan banner agar lebih menarik perhatian. Tetapi bukankah lebih menarik jika anda boleh meletakkan paparan post-post terbaru anda seperti di bawah ini?
Apa yang perlu anda lakukan hanyalah dengan login ke akaun feedburner anda dan aktifkan servis Headline Animator di bahagian publicize dan janakan html code headline animator anda seperti di bawah ini

Kod yang feedburner janakan untuk Headline Animator adalah kod HTML tetapi malangnya kebanyakkan forum menggunakan bbcode untuk meletakkan tandatangan di forum. Untuk menukarkan kod HTML tadi kepada bbcode adalah sangat mudah anda hanya perlu meletakkan kod di bawah ini:
[url=URL feed anda][img]URL image feedburner[/img][/url]
contohnya :
[url=http://feeds.feedburner.com/nazrien][img]http://feeds.feedburner.com/nazrien.1.gif[/img][/url]
Dan seterusnya anda boleh menampal bbcode tersebut diruangan tandatangan forum kegemaran anda. Jika terdapat sebarang persoalan boleh diajukan diruangan komen atau berbincang dengan lebih lanjut di fan page nazrien.com di facebook.




wah… x terfikir pun care nie.. hak2
Reply
menarik sket animator nie,takde la text bodo je kat sign forum tu.
Reply
forum mmg leh bg trafik tggi..lagi2 lau wat thread 18sx..hahaha trutama kat carigold..mmg meletop
Reply
Percaya atau tak aku xpenah guna forum..tp tips ko ni memang mantap..kasi ibu jari kaki ups kt ko..
Reply
February 20th, 2010 at 6:36 pm
hahaha aku percaya sebab aku pon memang kureng sikit kat forum ni.. ada 1 je forum yang aku join itu pon tak aktif sangat…
Reply
lambat betul nak paham.. sampai sekarang2 x paham.. huhuhu (diri ketinggalan)
Reply
aku rasa wangcuber valid guna benda ni
sebab pernah tgok alang letak bende ni
Reply
oooooo, aku paham.. hehe, bleh jadik animation plak yer? canggih tul..
Reply
haah
ye tak ye jugak
haha
camne lah baru terpasan!
Reply
dah pernah pakai cara nie
zaman dulu rajin berblog banyak & berforum.
1 animator utk 1 feed. huhuh.. utk org yg banyak blog, saba jer ler. :p nak letak banyak2 banner cam diatas tu cam serabut pulak.
Reply
emm..feedburner.. tak try lagi..
Reply
dah lama tak aktif forum.. tapi takpa. nak try guna tektik ni. hohoh
Reply
promote.. jgn tak promote! hahaha…
Reply
wah comel la siggy tu..mmg dapat up traffic..thanx
Reply
hehe..tq sedap pakai bbcode forum wat siggy …senang org subscribe :=)
Reply
nak nampak pro sedikit.background images feed tu boleh gak diubah..nampak canti sedikit,topo,ko bagi toturial ubah background images feed ni topo…share sedikit
Reply
Good info bro!
Reply