4 Tips Tingkatkan Trafik Dengan Memahami Pelawat

Trafik merupakan perkara yang sering dikejar oleh penulis blog. Pelbagai cara dilakukan untuk mendapatkan trafik idaman setiap hari. Pada saat mereka terlalu leka untuk mengejar trafik yang tinggi, mereka lupa bahawa trafik itu disumbangkan oleh pelawat yang datang berkunjung ke blog mereka. Berikut adalah beberapa tips untuk mendapatkan trafik ke blog dengan memahami trend pelawat yang datang ke blog anda.

1) Kenal pasti post yang mendapat tumpuan. Terdapat beberapa cara untuk mengetahui post yang mendapat tumpuan para pelawat. Pertama adalah dengan melihat respon yang ada pada post berkenaan samada melalui komen yang bernas dan sebagainya. Selain itu, kita juga boleh mengenal pasti jumpah hits atau views setiap post yang kita tulis dan kenal pasti post yang menjadi kegemaran ramai.

2) Bereksperimentasi dengan pelbagai jenis post. Setelah kita mengenal pasti post yang sering mendapat tumpuan pelawat, adalah penting untuk kita mencuba genre-genre post yang baru agar pelawat tidak berasa bosan. Ia juga sebagai salah satu cara untuk menguji dan menemui trend pelawat ke blog anda. Dengan cara itu, kandungan di blog akan mempunyai lebih variasi dan mempunyai pelbagai golongan pelawat ke blog anda.

3) Kenal pasti dari mana sumber trafik anda. Perkara ini agak penting untuk mengekalkan trafik yang mantap di blog. Setelah mengenal pasti dari mana datangnya sumber trafik di blog anda, gunakan dengan berhemah dan bijak. Jangan sampai sumber trafik utama itu menjadi layu dikemudian hari. Contohnya sumber trafik yang terbaik bagi nazrien.com buat masa ini adalah gengblogger dan juga facebook. Cuba belajar bagaimana untuk mendapatkan trafik daripada sumber-sumber bekenaan dengan berkesan. Untuk mengenal pasti sumber trafik, statistik nuffnang boleh digunakan atau mungkin anda boleh menampal feedjit di blog anda.

4) Kalau nak memahami pelawat, tanya la pelawat itu sendiri. Cara yang paling mudah tetapi terbukti berkesan. Jika anda mahu memahami pelawat di blog anda, sila tanya sendiri kepada mereka.

Post bagaimana yang anda inginkan lagi di nazrien.com pada masa akan datang?

Comment (RSS)  |  Trackback

52 Comments

  1. MrRollies says:

    aku pon ade terpikir nak tanye pelawat2..

    Reply

    Frantz-Senpai Reply:

    nak tnye pown segan sebab takowt x der org yang nak jawab~

    Reply

    nazrien Reply:

    bina hubungan baik dulu dengan pembaca.. sembang2 ke selalu bagi respon ke.. nanti takde la segan sangat

    Reply

    ery Reply:

    nak korang arh…
    best ke blog aku.. hahaah

    menyelam sambil minum air.. ehehhe

  2. TMUkmkd says:

    aku pun kurang pasti post macam mana yang mudah dapat tumpuan dalam skop tech. mungkin benda pelik iPad mampu :p

    aku punya sekarang ni pun lebih kepada experiment :)

    Reply

  3. aidi-safuan says:

    uiks…tak pernah terpikir nak tanya pelawat.idea menarik gak nih. nak try la. thanx!!!

    Reply

  4. apiih says:

    tips yg menarik..tetapi kebanyakan interaksi aku pd pengomen..mereka xbls balik komen aku..cmner nk tau..huhu

    Reply

    Pisyek Reply:

    agak2, buat poll berkesan x?

    Reply

    nazrien Reply:

    cuba la.. baru tau berkesan ke tak.. :D

    Reply

  5. Akuro San says:

    pelawat blog saya banyak datang dari google search~ masing2 datang dari keyword sesat~ kadang2 keyword tu tak ada sebarang persamaan dengan entri yang pernah saya buat. saya pun tak faham macam mana leh jadi macam tu~ tak per, akan saya praktikkan tips-tips diatas ni selepas ini~

    Reply

    nazrien Reply:

    manfaatkanlah keyword2 sesat tu dan cuba tengok trend dia macam mana.. hehehe

    Reply

    lizz Reply:

    jangan main2 ngan keyword sesat tuh woo. hehhe. bergune. aku gune cara tu jugak actually :P

    Reply

    nazrien Reply:

    yup memang.. aku gunakan sepenuhnya keyword2 sesat itu.. hohoho

    Reply

  6. zool says:

    Aku main hentam keromo je..

    Reply

  7. ariff says:

    bro. pasang commentluv.
    baru menarik!

    Reply

  8. Kujie says:

    70-75 % dari search engine
    15 $ dari bookmark
    10% dari links = gengblogger/imcurtain/PPJ/email/link dari blogger

    Reply

    Extremist Thinker Reply:

    cun nyeh. kena godek keyword kakjie nie :)

    Reply

    Kujie Reply:

    dah serik dah nak publish keywords kat blog
    rasa macam dikhianati kawan bila dia pun terus buat post tentang hal tersebut…

    entri itu bukan isu semasa yang panas semusim
    kalau isu semasa agak logiklah masing2 buat post yang sama.

    Reply

    nazrien Reply:

    hohoh sebab tu la saya biarkan ia rahsia hehehe

  9. ala. masa korang lompat belog orang tue. ade feedjit. tgk la keyword ape dia org pakai. heheh!

    Reply

    nazrien Reply:

    hehehe menarik idea ni.. jap aku nak try.. hohoho

    Reply

  10. alycia says:

    hai.. gud info..
    tp xpernah fikir lak nak tnye kat pelawat hihi..

    Reply

  11. Ery says:

    Suke bg komen.. Dan biasanya akan dtg komen blk dr diorang… So ok lg.. Btw, thanx for info…

    Reply

  12. nono says:

    topo aka nazrien :P jujurnya, orang rs these tips mmg sgt memberi idea chewah! sbbkan, sekarang org dah mula kisah dgn traffic.. orang nak earn something from blogging. if dulu macam buat bodoh je.. sekarang, insha Allah.. xkan buat bodoh lagi. rugi kot.. dah lama blogging. x pernah earn apa2 from it except client for photoshoot session.. ahaks :P

    Reply

  13. Dak Wan says:

    Owhhh… maksudnya, kena buat survey ya?

    Reply

  14. Pisyek says:

    hoho… dorg segan tu.. =P

    Reply

  15. zikr says:

    owh macam itu, kiranya kalau nak post tajuk tuh, kena yang betul jadi sebutan orang, kira top2 la.. contohnya “aduka taruna” macam tuh??

    Reply

    nazrien Reply:

    bergantung pada kesesuaian jugak.. kalau serasi dengan genre blog cuba la apa salahnya..

    Reply

  16. denaihati says:

    Banyak ILMU aku pelajari daripada entri ni…tq

    Reply

  17. MrsNor says:

    salam nazrien
    Trafik kat blog sy banyak dtg dr enjin search, mereka yg cari barang antik or barang deko english style or nak tahu pasal kelate. Selebihnya dr geng2 sesama minat antik dan dekor.. terbaru dari blog mazidul TV3…

    Tapi kadang-kala sy sendiri tak reti dan faham apa yg pelawat hendak. Kalau berdasarkan pada respon komen tiap entry kekadang keliru jadi nak buat entry.. so sekarang entry sy lebih kpd apa yg sy rasa perlu sy nak tulis dah hahahahaha.

    Cuma yang pasti kalau sy buat entry giveaway or exchange giff blogger memang ramai yg respon dan trafik sgt tinggi …

    p/s – lulus ker cara mengomen cam nie hehehe

    Reply

    nazrien Reply:

    hohoh ok la tu.. dah ada circle of friends yang sama minat dan boleh sumbangkan trafik mantap..

    Reply

  18. Mr.Bintang says:

    aku bnyk juga dtg dari pakcik google.. keyword best².. tp aku kekurangan idea nak mengadaptasikannya kepada post.. hohoho… :P

    Reply

  19. ini cara kotor. korang buat acc bodo2 kat twitter. pastu tgk trending topic. pastu korang pegi bit.ly korang masukkan url korang. pastu amek url tuh, korang post kat trending topic tuh. haha. pastu korang jd orang yg kijam.

    tp bgs jika terdesak utk dptkan traffic bg yg run ads luar negara :) nyeh nyeh nyeh.

    Reply

    nazrien Reply:

    hehehe patut ke aku sorokkan tips ini? hahaha aku selalu buat gak.. :D

    Reply

    beliamuda Reply:

    baru je berjinak guna trending topic ni. tu pun lepas perasan ada spike in traffic untuk kali pertama wat gitu.

    Reply

  20. Kujie says:

    tak pa encik narien yang kacak
    sekurang kurangnya Allah bagi kita peluang untuk mengenal ‘kawan’
    dan itu adalah pengalaman yang berharga.

    Reply

    nazrien Reply:

    ok pe.. anggap la ia sebagai saingan untuk memajukan diri..

    Reply

    Kujie Reply:

    betullah tu – so many ways to Rome

    Reply

    beliamuda Reply:

    teringat yang kak jie pernah tunjuk satu keyword yang paling hangat masuk kat blog kak jie dulu. kalau ikutkan, memang nak try gak kan untuk keyword tu. :D

    Reply

  21. beliamuda says:

    dengan mengenali pelawat, kita boleh merancang pos / entri bagaimana yang sesuai untuk masa depan. dan hasilnya sangat memberangsangkan.

    Reply

    Mr. Cuz Reply:

    betul tu bro..dan aku dapati pelawat blog aku semua nak entri pasal cinta..wakaka aku buat entri pasal sukan or sebagainya semua xnak baca..ciss..

    tapi skang aku tukar trend..bagi nasihat je..hahaha

    Reply

  22. Mawar Merah says:

    Selama ni saya main hentam je apa yang terfikir dan terlintas bila tulis enti. Tak pernah fikir pasal trafik.
    Baca entri dapat tips menarik.
    Baca komen kat sini pun banyak juga tips dikongsi orang-orang popular dalam berblog ni…

    Reply

    Mr. Cuz Reply:

    so lepas ni cik/pn mawar merah boleh la tulis entri yang hot2 yer.. lpas tu baru la kolek trafik kaw2..hehe

    Reply

  23. [...] jadi lebih tertarik dengan hal ini apabila membaca komen Kak Jie di blog nazrien.com iaitu mengenai pendedahan kata kunci (baca: keyword) yang hot / panas di blog dia sendiri. Dipetik [...]

  24. Mr. Cuz says:

    bro..aku ingat lepas ni kene berhalusinasi dlu la baru tulis entri..baru best..hehe

    Reply

  25. mohdisa says:

    bab nak tya pelawat ni susah gak, ada yg suka ada yg tak suka. jenuh gak nak memuaskan hati pelanggan ni.

    Reply

  26. qimie says:

    patutlah visitor aku tak lebih dari 40 orang.. huhuhu

    Reply

  27. amy says:

    info yang sangat berguna…
    yg no 4 tu tak bleh bla…

    Reply

  28. Niel says:

    Macam mana Nk tngkat kn trafic guna Facebook?

    Reply

  29. abang chik says:

    banyak ilmu dapat hari ini

    Reply

  30. lan says:

    Mungkin ada rahsia tersendiri utk tarik pelawat..sy pun heran mcm mana la diorg tingkatkan..sy ni hari2 update..tapi mcm tu jgk..naik sikit2..hehe

    Reply

Leave a Reply