Trafik merupakan perkara yang sering dikejar oleh penulis blog. Pelbagai cara dilakukan untuk mendapatkan trafik idaman setiap hari. Pada saat mereka terlalu leka untuk mengejar trafik yang tinggi, mereka lupa bahawa trafik itu disumbangkan oleh pelawat yang datang berkunjung ke blog mereka. Berikut adalah beberapa tips untuk mendapatkan trafik ke blog dengan memahami trend pelawat yang datang ke blog anda.

1) Kenal pasti post yang mendapat tumpuan. Terdapat beberapa cara untuk mengetahui post yang mendapat tumpuan para pelawat. Pertama adalah dengan melihat respon yang ada pada post berkenaan samada melalui komen yang bernas dan sebagainya. Selain itu, kita juga boleh mengenal pasti jumpah hits atau views setiap post yang kita tulis dan kenal pasti post yang menjadi kegemaran ramai.

2) Bereksperimentasi dengan pelbagai jenis post. Setelah kita mengenal pasti post yang sering mendapat tumpuan pelawat, adalah penting untuk kita mencuba genre-genre post yang baru agar pelawat tidak berasa bosan. Ia juga sebagai salah satu cara untuk menguji dan menemui trend pelawat ke blog anda. Dengan cara itu, kandungan di blog akan mempunyai lebih variasi dan mempunyai pelbagai golongan pelawat ke blog anda.

3) Kenal pasti dari mana sumber trafik anda. Perkara ini agak penting untuk mengekalkan trafik yang mantap di blog. Setelah mengenal pasti dari mana datangnya sumber trafik di blog anda, gunakan dengan berhemah dan bijak. Jangan sampai sumber trafik utama itu menjadi layu dikemudian hari. Contohnya sumber trafik yang terbaik bagi nazrien.com buat masa ini adalah gengblogger dan juga facebook. Cuba belajar bagaimana untuk mendapatkan trafik daripada sumber-sumber bekenaan dengan berkesan. Untuk mengenal pasti sumber trafik, statistik nuffnang boleh digunakan atau mungkin anda boleh menampal feedjit di blog anda.

4) Kalau nak memahami pelawat, tanya la pelawat itu sendiri. Cara yang paling mudah tetapi terbukti berkesan. Jika anda mahu memahami pelawat di blog anda, sila tanya sendiri kepada mereka.

Post bagaimana yang anda inginkan lagi di nazrien.com pada masa akan datang?

No related content found.