Aku memang penggemar rancangan Jalan-jalan Cari Makan (JJCM) semejak zaman Maria Tunku Sabri menjadi pengacara dahulu. Rancangan dia memang menarik sebab memaparkan tempat-tepat makan yang sedap-sedap dan mamapu membuatkan aku terliur. Walaupun aku tak makan di tempat-tempat itu semua, tengok dia makan sahaja pon aku dah cukup berpuas hati. Sekarang ni aku dah tak pasti musim yang keberapa tapi apa yang aku agak pasti rancangan ini telah menukar pengacaranya sebanyak empat kali.

Jalan-jalan Cari Makan
Jalan-jalan Cari Makan

Pertukaran pertama adalah Serina Redzuawan menggantikan Maria Tunku Sabri, kemudian Qushairi Razali (Qi) ganti. Pada pendapat aku ketika itu adalah zaman kegemilangan JJCM, aku memang suka tengok Qi mengacara. Lagi melelh air liur aku tengok dia makan haha. Malangnya selepas itu Qi digantikan oleh Shiha dan seorang lagi pengacara lelaki yang aku tak tahu namanya sebab aku hanya tengok episod pertama sahaja. Maaf secara jujurnya aku tak suka tengok mereka berdua mengacara. Bukan aku mengatakan mereka tak pandai mengacara cuma tak sesuai dengan citarasa aku. Qi dah meletakkan standard yang agak tinggi dalam pengacaraan JJCM.

Lama juga aku tak menonton JJCM, tengah hari tadi baru aku perasan pengacaranya dah ditukar sekali dan kali ini Iqram Dinzly yang mengacarakan rancangan tersebut. Pendapat aku, walaupun dia belum lagi mencapai tahap Qi dan Maria Tunku Sabri tapi lebih baik la berbanding pengacara sebelumnya. Boleh la aku jadikan sebagai rancangan kegemaran setiap minggu. Ketika menonton tadi berlaku perbincangan serius diantara aku dengan kakak aku tentang siapa sesuai untuk menjadi pengacara JJCM. Kriteria utama yang kami tetapkan adalah mesti seorang lelaki, bukan metroseksual kami rasa bukan metro,  dan tidak takut gemuk. Berdasarkan perbincangan serius itu berikut adalah 5 selebriti lelaki yang sesuai untuk menjadi pengacara JJCM.

Zul Yahya
Gambar Zul Yahya masa muda

5) Zul Yahya

Dia memang bukan seorang pengacara, tapi kalau JJCM berani cuba Iqram Dinzly, Shiha dan pengacara bersama Shiha yang sebelum ini memang tak pernah jadi pengacara tak salah rasanya kalau cuba Zul ini pula. Aku suka cara Zul ni berlakon, kadang-kadang dia gila-gila kadang-kadang dia serius. Dalam cerita Isteriku Bukan Queen Control slumber je dia makan cili merah. Jadi aku sangat yakin macam-macam benda lagi yang dia boleh dengan sempoi dan beraninya masukkan dalam mulut haha. Sangat sesuai kalau tiba-tiba JJCM nak pergi ke restoran eksotik ke.

4) Fizz Fairuz

Tak perlulah aku letak gambar kan? Siapa yang tak kenal dengan Fizz Fairuz, pelakon yang semakin meningkat naik masa kini cewahh. Dia ni sama juga seperti Zul Yahya, aku dan kakak aku memilih dia kerana kami yakin dia boleh buat gaya ala-ala kepoci dan terangkan dengan terperinci apa yang dia makan. Buka hanya setakan tunjuk gambar makanan, lepas tu tunjuk gambar suap makanan ke mulut dengan bibir yang merah menyala.

Sharnazz Ahmad
paparazi mana la yang ambil gambar ni -.-

3) Sharnaaz Ahmad

Secara jujurnya aku baru kenal Sharnaaz ni masa tengok cerita Suri dan cerita Kisah Cinta. Kalau tak sebelum ni macam kenal tak kenal je. Selain daripada mempunyai muka yang macho dan mampu menarik minat para penonton wanita, dia juga seorang yang sempoi (tengok gambar) bila dengar dia cakap macam sembang dengan kawan-kawan je. Jadi kalau dia mengacara JJCM dan promosi tempat makan yang menarik akan jadi sangat menarik dan berkesan. Macam kawan-kawan rekomen tempat makan la, mesti kita percaya punya kan.

Aidid Marcello
Aidid Marcello

2) Aidid Marcello

Kalau ada yang tak kenal Aidid Marcello, dia adalah pengacara MyTV3, REMAJA, AM Max, Maksima dan rancangan kegemaran aku SOS. Kehebatan dia dalam bidang pengacaraan memang tidak boleh disangkal. Tapi sebab utama aku pilih Aidid Marcello adalah berdasarkan pemerhatian aku dalam rancangan Maksima. Dalam rancangan tersebut selalu ada slot makan-makan dan dia mampu membuatkan aku terliur tengok makanan tu semua haha. Jadi rasanya pasti tak ada masalah kalau dia mengacara JJCM.

Shers, 5 Rencah 5 Rasa
Shers, 5 Rencah 5 Rasa

1) Shers

Kepada yang tak kenal, Shers adalah pengacara 5 Rencah 5 Rasa dan juga pengacara rancangan baru Bros yang ditayangkan di tv3 setiap Ahad jam 11 malam. Kalau anda pernah menonton 5 Rencah 5 Rasa pasti anda setuju dengan pilihan aku ini haha. Dia antara pengacara bukan Melayu yang sangat berbakat di Malaysia ini. Selain itu, sebab utama aku memilih Shers adalah kerana dia mempunyai latar belakang masakan. Jadi aku rasa kalau dia mengacara JJCM pasti ada banyak tips dan info tambahan yang dia boleh berikan dan penerangan lebih terperinci tentang rasa makanan yang dia makan. Bukan sekadar cakap “oh sedapnya inilah mee goreng yang paling sedap yang saya pernah makan sepanjang hidup saya. Rasa dia betul-betul macam mee goreng”.

Selain daripada 5 selebriti di atas, beberapa lagi selebriti yang boleh dipertimbangkan adalah: Azahari & Amat (Bang Bang Boom), Faiz (Makan Angin TV9, Muzik-Muzik) dan Sham (pengacara bersama BROS, Sarapan).

Sekian itu sahajalah selebriti yang aku dan kakak aku rasa sesuai untuk mengacarakan rancangan JJCM. Kepada selebriti dan artis-artis lain yang tidak tersenarai harap tidak berkecil hati. Mungkin boleh cuba lagi untuk kategori lain pula nanti. Kalau anda ada cadangan lain bolehlah kongsikan di bahagian komen atau buat post di blog masing-masing. Tiada siapa nak marah.

Kemaskini: Aku dah tengok dah sikit cerita Warung Kita.. Razif tu memang salah seorang calon yang layak jadi pengacara JJCM. Terbaik!

Penafian: Gambar-gambar di atas bukan milik aku, diambil dari google secara rambang. Nazrien dan nazrien.com tidak berniat untuk menggunakan nama dan gambar selebriti di atas untuk tujuan komersial hanya sekadar post santai sahaja. Kami juga membuat post ini sekadar suka-suka berdasarkan pandangan kami sebagai penonton setia JJCM. Tak berniat langsung nak tunjuk pandai dan tentukan siapa yang patut jadi pengacara hehehe.