Aku memang penggemar rancangan Jalan-jalan Cari Makan (JJCM) semejak zaman Maria Tunku Sabri menjadi pengacara dahulu. Rancangan dia memang menarik sebab memaparkan tempat-tepat makan yang sedap-sedap dan mamapu membuatkan aku terliur. Walaupun aku tak makan di tempat-tempat itu semua, tengok dia makan sahaja pon aku dah cukup berpuas hati. Sekarang ni aku dah tak pasti musim yang keberapa tapi apa yang aku agak pasti rancangan ini telah menukar pengacaranya sebanyak empat kali.
Pertukaran pertama adalah Serina Redzuawan menggantikan Maria Tunku Sabri, kemudian Qushairi Razali (Qi) ganti. Pada pendapat aku ketika itu adalah zaman kegemilangan JJCM, aku memang suka tengok Qi mengacara. Lagi melelh air liur aku tengok dia makan haha. Malangnya selepas itu Qi digantikan oleh Shiha dan seorang lagi pengacara lelaki yang aku tak tahu namanya sebab aku hanya tengok episod pertama sahaja. Maaf secara jujurnya aku tak suka tengok mereka berdua mengacara. Bukan aku mengatakan mereka tak pandai mengacara cuma tak sesuai dengan citarasa aku. Qi dah meletakkan standard yang agak tinggi dalam pengacaraan JJCM.
Lama juga aku tak menonton JJCM, tengah hari tadi baru aku perasan pengacaranya dah ditukar sekali dan kali ini Iqram Dinzly yang mengacarakan rancangan tersebut. Pendapat aku, walaupun dia belum lagi mencapai tahap Qi dan Maria Tunku Sabri tapi lebih baik la berbanding pengacara sebelumnya. Boleh la aku jadikan sebagai rancangan kegemaran setiap minggu. Ketika menonton tadi berlaku perbincangan serius diantara aku dengan kakak aku tentang siapa sesuai untuk menjadi pengacara JJCM. Kriteria utama yang kami tetapkan adalah mesti seorang lelaki, bukan metroseksual kami rasa bukan metro, dan tidak takut gemuk. Berdasarkan perbincangan serius itu berikut adalah 5 selebriti lelaki yang sesuai untuk menjadi pengacara JJCM.
5) Zul Yahya
Dia memang bukan seorang pengacara, tapi kalau JJCM berani cuba Iqram Dinzly, Shiha dan pengacara bersama Shiha yang sebelum ini memang tak pernah jadi pengacara tak salah rasanya kalau cuba Zul ini pula. Aku suka cara Zul ni berlakon, kadang-kadang dia gila-gila kadang-kadang dia serius. Dalam cerita Isteriku Bukan Queen Control slumber je dia makan cili merah. Jadi aku sangat yakin macam-macam benda lagi yang dia boleh dengan sempoi dan beraninya masukkan dalam mulut haha. Sangat sesuai kalau tiba-tiba JJCM nak pergi ke restoran eksotik ke.
4) Fizz Fairuz
Tak perlulah aku letak gambar kan? Siapa yang tak kenal dengan Fizz Fairuz, pelakon yang semakin meningkat naik masa kini cewahh. Dia ni sama juga seperti Zul Yahya, aku dan kakak aku memilih dia kerana kami yakin dia boleh buat gaya ala-ala kepoci dan terangkan dengan terperinci apa yang dia makan. Buka hanya setakan tunjuk gambar makanan, lepas tu tunjuk gambar suap makanan ke mulut dengan bibir yang merah menyala.
3) Sharnaaz Ahmad
Secara jujurnya aku baru kenal Sharnaaz ni masa tengok cerita Suri dan cerita Kisah Cinta. Kalau tak sebelum ni macam kenal tak kenal je. Selain daripada mempunyai muka yang macho dan mampu menarik minat para penonton wanita, dia juga seorang yang sempoi (tengok gambar) bila dengar dia cakap macam sembang dengan kawan-kawan je. Jadi kalau dia mengacara JJCM dan promosi tempat makan yang menarik akan jadi sangat menarik dan berkesan. Macam kawan-kawan rekomen tempat makan la, mesti kita percaya punya kan.
2) Aidid Marcello
Kalau ada yang tak kenal Aidid Marcello, dia adalah pengacara MyTV3, REMAJA, AM Max, Maksima dan rancangan kegemaran aku SOS. Kehebatan dia dalam bidang pengacaraan memang tidak boleh disangkal. Tapi sebab utama aku pilih Aidid Marcello adalah berdasarkan pemerhatian aku dalam rancangan Maksima. Dalam rancangan tersebut selalu ada slot makan-makan dan dia mampu membuatkan aku terliur tengok makanan tu semua haha. Jadi rasanya pasti tak ada masalah kalau dia mengacara JJCM.
1) Shers
Kepada yang tak kenal, Shers adalah pengacara 5 Rencah 5 Rasa dan juga pengacara rancangan baru Bros yang ditayangkan di tv3 setiap Ahad jam 11 malam. Kalau anda pernah menonton 5 Rencah 5 Rasa pasti anda setuju dengan pilihan aku ini haha. Dia antara pengacara bukan Melayu yang sangat berbakat di Malaysia ini. Selain itu, sebab utama aku memilih Shers adalah kerana dia mempunyai latar belakang masakan. Jadi aku rasa kalau dia mengacara JJCM pasti ada banyak tips dan info tambahan yang dia boleh berikan dan penerangan lebih terperinci tentang rasa makanan yang dia makan. Bukan sekadar cakap “oh sedapnya inilah mee goreng yang paling sedap yang saya pernah makan sepanjang hidup saya. Rasa dia betul-betul macam mee goreng”.
Selain daripada 5 selebriti di atas, beberapa lagi selebriti yang boleh dipertimbangkan adalah: Azahari & Amat (Bang Bang Boom), Faiz (Makan Angin TV9, Muzik-Muzik) dan Sham (pengacara bersama BROS, Sarapan).
Sekian itu sahajalah selebriti yang aku dan kakak aku rasa sesuai untuk mengacarakan rancangan JJCM. Kepada selebriti dan artis-artis lain yang tidak tersenarai harap tidak berkecil hati. Mungkin boleh cuba lagi untuk kategori lain pula nanti. Kalau anda ada cadangan lain bolehlah kongsikan di bahagian komen atau buat post di blog masing-masing. Tiada siapa nak marah.
Kemaskini: Aku dah tengok dah sikit cerita Warung Kita.. Razif tu memang salah seorang calon yang layak jadi pengacara JJCM. Terbaik!
Penafian: Gambar-gambar di atas bukan milik aku, diambil dari google secara rambang. Nazrien dan nazrien.com tidak berniat untuk menggunakan nama dan gambar selebriti di atas untuk tujuan komersial hanya sekadar post santai sahaja. Kami juga membuat post ini sekadar suka-suka berdasarkan pandangan kami sebagai penonton setia JJCM. Tak berniat langsung nak tunjuk pandai dan tentukan siapa yang patut jadi pengacara hehehe.
haha.. sori bro..semua pilihan ko aku rasa tak sesuai.. pada pendapat aku la kan.. tapi betul cakap ko Qi dah letak standart yang tinggi kat JJCM.. walaupun shiha comel, tapi tetap tak boleh blah bila mengacara JJCM.. eh?
ok , pendapat aku dua orang yg sesusai mengikut kriteria yang ko nak..
1. partner Farouk masa mengacara Warung Ria .. aku lupa nama dia tapi dia penah masuk Raja Lawak..
2. Pilihan paling sesuai bagi aku, tengok nie – 8tv.com.my/bestintheworld/ , aku lupa nama dia, tapi tengok dia makan, perghh!!
oo aku takda Astro dan tak dapat 8tv.. Jadi pilihan aku tehad pada tv3, tv9, NTV7 dan RTM je haha
aku setuju dgn pendapat ko… pengacara best in the world 8tv tu paling terbaik klu boleh mengacarakan JJCM. nama dia Razif Hashim. cara dia makan perghh…. berselera aku tengok. bukan pandai makan je tapi boleh terangkan makanan tu sedap macam mana sampai kita terasa nak makan walaupun dia tak masukkan makanan tu dalam mulut lagi.
selain tu Faiz Makan Angin TV9 pun ok jugak.
perghhh ok nanti aku pi tengok kat tonton.. Faiz tu aku pon setuju jugak
dua org ni mmg chii setuju..kadang2 rasa geram tgk dorang mkn dgn penuh nikmat dan berselera..lagi2 razif
betul. aku lebih suka laki. diaorang cakap lebih jujur. haha..
haha betul tu, lelaki memang jujur bab makanan ni
Bagi bro eyriqazz lah senang. Blogger plak. Hahaha
haha menarik jugak tu bagi penulis blog jadi pengacara
Apa kata chef muka ketat jadi pengacara jjcm? Hehehe
err siapa chef muka ketat?
Dah lama tak follow JJCM. Tapi hairan juga kalau pengacara dah bagus kenapa tukar?
mungkin kontrak dia dah habis dan dia ada komitmen lain, ataupun penerbit nak beri nafas baru pada program tu
askm. sekarang kurang berkesempatan ikuti JJCM, kalau yg awal dulu rajin juga tengok.
dah makin sibuk sekarang memang susah nak tengok.. dulu sebab dia buat petang-petang.. sekarang dah tengah hari
salam sejahtera, ko ni asyik letak semua “balak ” je mana rating nak naik, jatuh lagi adalah.
Okey kalo aku pula, pengacara JJCM yang sesuai No.1 Adibah NOr, No2, Enot. No3 ogy ahmad daud
Lily jarang tengok JJCM. Tapi pernah tengok la. Pengalaman paling kelakar ialah masa Lily berumur dalam 9 tahun, Lily tertarik dengan makanan Portugis. Pada masa tu, Maria Sabri yang mengacara. Lily terus call ikut talian yang diberi di kaca tv. Dan takde orang jawab. Bunyi beep sahaja.
Lepas lima minit, ada orang call brecakap bahasa pelik. Gabra panggil mama.
“I am sorry. It’s my daughter. She’s watchin bla3x..
2. Laki2 di atas memang pilihan yang bagus! Memang Lily stuju. Lelaki di atas ada gaya penyampaian yang sempoi dan rasa macam dorang tu kawan kita. Mesra gitewww
haha seronok betul pengalaman.. boleh plak main call je haha nasib baik call restoran je
aidid marcello pling sesuai!!!
setuju!
dh lm xtgk…tp rs lg sesuai aidid kot..
dah lama tak tengok jugak tapi semenjak tukar pengacara baru cuba tengok balik. not bad
Tidak berapa menonton rancangan JJCM yang terbaru.
bosan-bosan + lapar-lapar boleh tengok hahaha
Hurmmm…. kalau personaliti tue aku aidid marcello paling sesuai…. next time aku memang setuju kalau kasi FOOD BLOGGER lead rancangan nie….
ko rajin-rajin la contact penerbit jjcm.. cadangkan nama ko sendiri hohoho
Assalam & Salam Sejahtera…
Aku pun setuju gak ngan pilihan penulis.. Yela kan, kadang2 bukan setakat info yg kite tau pasal mkanan tu je yg kite nak sampaikan n boleh disampaikan kpd penonton kan. Info psal gizi, diet, pemakanan n perkara2 lain contohnye seperti info kesihatan pun bagi aku patut diselitkan untuk kesejahteraan hidup kite bersame (maaf la dh mcm esei plak)… Tp, 2 jela conteng2 aku pasal entri ni. Terima kasih untuk pemilihan pengacara yg bagi aku agak tepat n memang boleh menambahkan lagi variasi rancangan2 yg bermutu… 🙂
yup betul tu dengan ada informasi berguna tu boleh menaikkan lagi minat orang nak makan
saya lebih suka warung kita dari JJCM..
Suka masa Serina mengecara….
Skang dah tak layan sangat JJCM…
tak pernah tengok lagi cerita Warung kita tu, baru tengok kat youtube je sikit.. memang best
time Qi jd pengacara..slalu gak terlepas tgk..time shiha ..bleh dikatakan slalu gak la..mungkin mereka berdua masih baru..then nampak mcm agak kelam kabut sikit..
apa pun…Faiz utk rancangan mkn angin & Razif utk rancangan best in the world…calon yg menarik..
emm..dapp :p
perghh ramai orang sebut-sebut nama Razif ni.. aku nak kena kaji balik ni haha
seriusly..mmg kena kaji blk…x sure sama ada rancangan best in the world tu da start ke belum..8tv
paling best maria tengku sabri gak..sekali die sedut air terus abis..hehe
Azahari & Amat (Bang Bang Boom) —- mosly benda y diorang rapik aku tak faham
Faiz (Makan Angin TV9, Muzik-Muzik) —- dlm makan angin klu dia mkn dia akn ckp “emmm.. dap!!!” translate “emmm.. sedap!!!” … so tak setuju
dan Sham (pengacara bersama BROS, Sarapan) —- dia ok, sempoi!!
Razif Hashim — euuuggghh.. dia mkn selekeh!
Kalau jjcm adalah utk cari makan bagi saya naz sesuai…kalau info makan sihat dll apa dlm makan jangan letak nama jjcm kerana jjcm info makan restoran tu sediakan