Semua penulis blog pasti akan berasa gembira jika post yang ditulis di blog dibaca oleh orang ramai dan meniggalkan komen atau respon yang baik di post berkenaan. Ada juga penulis blog yang sangat gemarkan komen daripada pembaca dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan komen yang banyak. Post kali ini tidak akan menyentuh berkenaan jumlah komen di sesebuah blog, tetapi akan berkongsi tentang beberapa plugin yang sangat berguna di ruangan komen.
1) WordPress Gravatar. Plugin ini memang tidak asing lagi kerana telah banyak kali disebut di dalam blog ini. Kepada yang masih tidak mengetahui, plugin ini bertujuan untuk memaparkan avatar pemberi komen di setiap komen mereka. Setiap orang pasti gembira jika wajah kacak mereka terpampang di blog lain dan plugin ini sangat dapat membantu.WordPress Gravatar
2) WP-Ajax Edit Comments. Setiap orang pasti akan melakukan kesilapan, dalam menulis komen juga pasti seseorang itu tidak akan lari daripada melakukan kesilapan. Oleh sebab itu plugin ini sangat berguna. Pemberi komen dapat membetulkan kesilapan yang telah ditulis dibahagian komen tanpa perlu mendapatkan bantuan daripada pemilik blog. Selain itu, pemberi komen juga boleh meminta untuk komen mereka dibuang dengan hanya satu klik. WP-Ajax Edit Comments
3) WordPress Thread Comment. Plugin ini bertujuan untuk membalas komen yang telah diberikan. Dengan menggunakan plugin ini, komen yang dibalas akan berada di bawah komen asal. Selain itu dengan menggunakan plugin ini, kita dapat memaklumkan kepada penulis komen bila komen mereka telah dibalas.WordPress Thread Comment
4) Commentluv. Plugin ini dapat memaparkan post terbaru daripada blog pemberi komen. Anggaplah ianya sebagai ucapan terima kasih kepada pembaca yang sudi untuk meberikan komen mereka. Commentluv
5) WP-Grins. Dengan menggunakan plugin ini, pemberi komen dapat meletak emoticon atau smilies yang dapat menambahkan lagi keceriaan komen. Selain daripada WP-Grins, LMB^Box Smileys juga boleh digunakan. WP-Grins.
6) Highlight Author Comments. Dengan menggunakan komen ini, anda boleh membezakan komen yang ditulis oleh pembaca ataupun komen itu ditulis oleh Author atau admin dengan menggunakan CSS ringkas. Plugin ini juga sangat sesuai digandingkan bersama WordPress Thread Comment. Highlight Author Comments.
7) Source Codes in Comments. Plugin ini sangat berguna bagi blog tutorial ataupun blog yang menyediakan tema wordpress kepada pembaca mereka. Dengan menggunakan plugin ini, pembaca dapat menampal coding di bahagian komen untuk mendapatkan maklum balas atau bantuan daripada pemilik blog. Source Codes in Comments
Plugin-plugin yang dinyatakan di atas ini memang sangat berguna dan amat digalakkan mengikut kesesuaian blog anda. Sekiranya anda memerlukan pendapat atau cadangan tentang plugin-plugin lain yang diperlukan di blog wordpress anda, sila ajukan di ruangan komen. Mungkin nazrien.com dapat membantu memberikan cadangan yang sesuai.
utk blogger tadak?keke
Blogspot rase kena cari-cari skit, ada punya…
blogspot? huhu….
rasanya yang no.1 tu memang dah ade dlm wp kan?
yup mmg ada.. tapi bagi mereka yang malas nak edit coding + theme tu tak sediakan gravatar.. plugin ini agak sesuai.. hohoo
info yang bagus ni..
banyak yang aku tak tahu..
gravatar dan thread comment mmg sudah disediakan sebagai default dlm wordpress kan? rasanyalah, kecuali tema tak sokong aplikasi tu baru kena guna plugin.
aku masih pening dgn highlight author comments hehe.. gun plugin tak jadi guna hacks pun tak jadi huuu
sampai sekarang aku tak tau nak configure threaded comment yang terbina tu.. hohoho
ko skg dh enable both threaded comment.. sbb ada link “reply” & “reply to this comment” ko deactivate je plugin guna yg built in..
built in ada email notification tak kalau akureply comment ini?
aha nice tips from nazrein.com
plug in yang kalau kita pass through link ada kluar box link warne biru tu ada tak?
tu plugin Nice Tooltips
xde..tp ko boleh pakai subscribe to comment plugin..
thanks topo
boleh kasi 10 plugins wajib utk wp.
baru nak belajar wp ni
permantlik ada prob la
http://666kb.com/i/bhpkbvnad40bf541a.jpg
camna nak edit htaccess tu?
bila la wp aku dapat publish ni
kalo x silap aku, fail htaccess tu tukar chmod 666 bg writable.. pastu update permalink sekali lg..
tukar kepada 777 boleh gak kan?
thanks anarm 🙂
kena try ni.. nnt aku try semua.. uhuuh
p/s : singgah nak serah award ni…
informasi yg cukup berguna 🙂
live preview plugin xnk masukkan sekali ke?
wah..entry berguna ni…
aku tak ingat plugins apa aku guna, malah nak cek kat blog aku.. tapi satu plugin bleh cover 3 atau 4 fungsi plugins yang ko listkan kat sini.. nanti ek. nak bgtau..
plugin kesemua tu sememangnya plugin yang terbaik..
on the way nak istall thread comment 🙂
pasaipa topo tak install commentluv kat sini?hehe
topo ada kan CMS fre khas untuk buat web blog pingger ni kan ? aku bukan apa….aku ada planing projek untuk buat blog pingger ni,,,saja nak menyerikan industri blogging kat malaysia nie…hehhe
Nak cuba dulu. Aku suka plugin no.3.
erm mantap nie topo… nak try plugin2 yang belum dicuba lagi tuh..
Plugin2 yg bagus functionnya.. Tp aku x pakai byk2 plugin ni.. Skit2 sudah.. Thehehe..
highlight author komen cambest je..
oooo..
ini yang aku cari..ok thank sharing..
nak cuba ah..
WP-Ajax Edit Comments ni kena bayar nyer plugin kan ?
alhamdulillah, jumpa jugak info nih.. dah lama cari.. memang berguna untuk ruangan komen
jadi kepengen download yang ini WP-Ajax Edit Comments. tapi file nya memang besar ya? kok lebih dari 1 MB
nak setting macam mana ek yg wp thread comment tu?ada tutorial x?