Semua blogger mahu blog mereka kelihatan unik berbanding blog lain walaupun tema tetapi malangnya tema yang cantik sangat sering digunakan oleh puluhan blog lain. Dan untuk membuat tema wordpress sendiri memerlukan kemahiran yang tinggi ataupun wang yang banyak untuk mengupah mereka yang pakar. Mulai post ini, nazrien.com akan menulis beberapa siri post teknik paling asas untuk mengubahsuai theme wordpress anda. Diulangi tips paling asas.
Setelah berbincang di fan page nazrien.com, tema cute critters akan digunakan untuk diubahsuai. Tema cute critters boleh didapatkan di sini. Tema ini dipilih kerana tema ini sangat mudah untuk diubahsuai menjadi lebih menarik dan unik. Berikut adalah rupa asal tema tersebut.
Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah memuat turun terlebih dahulu tema berkenaan dan sila unzip tema tersebut. Untuk tips yang paling asas, kita mulakan dengan mengubah image yang terdapat pada tema terlebih dahulu. Perkara yang paling mudah anda boleh lakukan adalah dengan mengubahsuai gambar tanpa mengubah nama dan size file tersebut. Contohnya dalam folder cute critters terdapat folder image yang terkandung pelbagai image yang digunakan untuk tema tersebut.
Untuk post kali ini kita akan mengubahsuai gambar utama dalam tema cute critters iaitu illustrasi yang terdapat di latarbelakang tema tersebut; body-bg.jpg.
Sila edit sesuka hati gambar tersebut tetapi sila pastikan bahagian header yang berwarna hitam itu dan body yang berwarna putih itu dikekalkan. Selepas diubahsuai, sila pastikan gambar tersebut juga dinamakan sebagai body-bg.jpg dan sila gantikan gambar yang asal tadi. Dan sila jangan ubah warna biru pada latar belakang itu. Kerana ia akan mencacatkan tema anda. Post yang akan datang akan mengajar tentang bagaimana mengubah warna-warna yang terdapat pada tema. Upload semula theme berkenaan dan anda akan lihat perubahan yang berlaku.
Berikut adalah contoh tema cute critters yang telah diubahsuai sedikit dibahagian body-bg.jpg. Cara yang sama juga boleh digunakan pada tema-tema wordpress lain kegemaran anda, cuma pastikan nama gambar yang diubah itu sama seperti gambar asal.
Sila ikuti post yang akan datang untuk mengubah warna-warna yang terdapat pada tema wordpress. Sebarang pertanyaan boleh diajukan dibahagian komen atau kita boleh berbincang dengan panjang lebar di fan page nazrien.com
betul betul betul..
selalunya saya pun ubah header jer
sama la kita.. header blog la paling senang nk ubah..
TIPS menarik tapi gua pakai blogspot bro..hebat
hohoho….tips permulaan yg bagus…menanti yg seterusnya š
huhu. bagus-bagus š
tambah keyword header jugak untuk post ni, baru orang senang nak cari š
tak ajar lak camna nak edit pic tu .. hoho
tu nanti kita bincang adik beradik dekat facebook page.. hohoho
hoho…tema yg aku minta sudah mucul…cuma aku tak pandai nak ubah latar belakang dia cam ko…cam mana nak wat tu?
tu nanti kita bincang adik beradik dekat page facebook.. hohoho
hehe…ok abg…erk…adik beradik la plak…haha
hoho, nak mantap download laa dulu premium themes secara FREE.. pastue ubah suai.. haha, premium themes biasanye lebih senang nak edit2..
wa.. hebat2.. bro nazrien, bleh x buat post pasal nak secure blog wp dalam bahasa melayu.. refer la blog sye yang bahasa inggeris tuh
http://goo.gl/WbPk
btol2. edit premium theme mmg masyuk. sampai belog impian akoo da tersadai hampir sebulan.
hehe. ptt topo nie ajar cane nak bermain photoshop gak š
dan kurangkan promo belog baru. lebihkan suspen okei.
ps: jom usha belog awek cun kat GB topo!
hohoho itu pengenalan watak utama je tu.. ko sorang je yang perasan..
ada theme yg senang… ada theme yg susah… yg pasti framework nyer sama jer… WP… xlari jauh.. tul tak bro..
ya tepat sekali.. kalau dah tau tips sikit dah senang dah..
cisdel.com ? wujudkahh ?
hehehehe try la tengok..
ni ke blog ke tiga yang dimaksudkan itu ? wahh cisdel sungguh š
hohoho lepasni buat tut untuk css repeat background lak. sbb tak byk themes guna fix background.
terima kasih
wahh. rajin mengubah theme nampak..
aku tak pandai nak tukar2 theme…erm nak mencuba gak nie
bro, kalo kt wordpress, kita x de domain,
bole ke change theme sendiri?
kalo blogger leh la.. kn? kn? kn?
untuk wordpress.com tak boleh
bang naz…
xleh dlod la theme tu,
camne ni???
ni ada potensi tergantung rumput neh, ekekeke
memang tergantung pon.. hohoho
buat la tutorial yg susah2 sikit.. senang sgt ni.. keh3
ko dah pro beb.. memang la.. hohoho
aku sarankan guna Firebug (addons firefox) utk mudahkan lagi keje2 edit theme.. dan dpt belajar tentang coding2.. š
saye x blh nak download cute critters la………
kira tukar belakang je la kan?
thanx nazrien! š
love2! info yg sgt berguna! š
theme chokilala kena rembat..hehe
nice information š
Saya baru je nak belajar sikit nak modified theme ni supaya menjadi lebih kacak…CSS + HTML ni saya blur lagi dan masih tak paham…saya harap nazrien sudi ringankan beban saya