Jika post sebelum ini berbicara tentang tips untuk memilih nama domain, post kali akan memberikan beberapa tips berkenaan pemilihan web hosting yang semakin bertaburan di alam maya ini. Ini adalah supaya web hosting yang anda pilih benar-benar berbaloi dan tidak akan memeningkan kepala anda pada masa akan datang. Berikut adalah beberapa tips yang dapat membantu anda untuk memilih web hosting yang sesuai bagi blog anda.

1. Dapatkan testimonial daripada blogger yang telah menyewa hosting. Cara terbaik untuk mengetahui baik buruk sesebuah penyedia web hosting itu adalah dengan mengetahui respon atau maklum balas daripada pelanggan syarikat itu sendiri. Semakin ramai blogger yang menyewa hosting daripada pelbagai syarikat, pasti mereka dapat mencadangkan penyedia web hosting yang memenuhi kehendak mereka. Contohnya, nazrien.com sendiri akan mencadangkan Serverfreak jika ada yang bertanya.

2. Periksa harga yang ditawarkan. Harga adalah sesuatu yang sangat subjektif. Tidak semua web hosting yang murah adalah teruk, dan tidak semua web hosting yang mahal itu bagus. Sebaliknya, pilihlah web hosting yang menyediakan harga yang berpatutan dan mampu untuk dimiliki apabila mendapat cadangan daripada rakan-rakan tadi. Serta mengambil berat pakej yang ditawarkan.

3. Periksa pakej yang ditawarkan. Hal ini adalah sangat penting untuk mengelakkan pembaziran. Terdapat pelbagai jenis pakej yang ditawarkan oleh setiap penyedia web hosting dengan harga yang pelbagai. Contohnya ada menawarkan saiz yang besar atau bandwidth yang besar dan harga juga agak besar. Satu nasihat daripada nazrien.com untuk sesebuah blog wordpress, paling banyak saiz hosting yang diperlukan sekitar beberapa puluh Mb sahaja. Melainkan anda ada menyimpan gambar-gambar yang besar atau video di hosting anda ia memang akan memakan ruang dan bandwidth yang sangat besar. Oleh itu fikirkan dahulu penggunaan web hosting yang bakal dibeli sebelum membuat pemilihan.

4. Cuba bermain-main dengan customer support penyedia hosting berkenaan. Cuba samakan web hosting ini sama seperti manusia juga. Adalah mustahil untuk seseorang manusia untuk hidup selama berpuluh tahun tanpa jatuh sakit. Sama juga seperti web hosting, agak mustahil untuk sesebuah web hosting untuk memiliki 100% uptime. Tetapi walaupun web hosting itu dalam kesakitan, apa yang penting adalah kita sebagai pelanggan mengetahui tentang kesakitan yang dia alami dan sentiasa mendapat updates terkini tentang penyakit web hosting itu. Itulah pentingnya customer support. Dengan support yang bagus, kita sebagai pelanggan akan berasa senang hati walaupun hosting berkenaan sakit.

Cuba bermain-main dengan customer support sebelum membeli hosting dan tengok bagaimana respon yang anda dapat. Jika hari ni anda tanya minggu depan baru nak balas, sila jauhi web hosting berkenaan.

Cukuplah sampai disini sahaja post kali ini. Untuk keterangan lanjut boleh diajukan dibahagian komen atau kunjungi fan page nazrien.com di facebook. Sekali lagi, jika ada yang bertanya hosting mana yang menjadi pilihan hati nazrien.com? Serverfreak adalah jawapan yang tak perlu diragui. Tetapi selain itu banyak juga web hosting yang bagus, sila pilih dengan bijak dan waras.