Jika post sebelum ini berbicara tentang tips untuk memilih nama domain, post kali akan memberikan beberapa tips berkenaan pemilihan web hosting yang semakin bertaburan di alam maya ini. Ini adalah supaya web hosting yang anda pilih benar-benar berbaloi dan tidak akan memeningkan kepala anda pada masa akan datang. Berikut adalah beberapa tips yang dapat membantu anda untuk memilih web hosting yang sesuai bagi blog anda.
1. Dapatkan testimonial daripada blogger yang telah menyewa hosting. Cara terbaik untuk mengetahui baik buruk sesebuah penyedia web hosting itu adalah dengan mengetahui respon atau maklum balas daripada pelanggan syarikat itu sendiri. Semakin ramai blogger yang menyewa hosting daripada pelbagai syarikat, pasti mereka dapat mencadangkan penyedia web hosting yang memenuhi kehendak mereka. Contohnya, nazrien.com sendiri akan mencadangkan Serverfreak jika ada yang bertanya.
2. Periksa harga yang ditawarkan. Harga adalah sesuatu yang sangat subjektif. Tidak semua web hosting yang murah adalah teruk, dan tidak semua web hosting yang mahal itu bagus. Sebaliknya, pilihlah web hosting yang menyediakan harga yang berpatutan dan mampu untuk dimiliki apabila mendapat cadangan daripada rakan-rakan tadi. Serta mengambil berat pakej yang ditawarkan.
3. Periksa pakej yang ditawarkan. Hal ini adalah sangat penting untuk mengelakkan pembaziran. Terdapat pelbagai jenis pakej yang ditawarkan oleh setiap penyedia web hosting dengan harga yang pelbagai. Contohnya ada menawarkan saiz yang besar atau bandwidth yang besar dan harga juga agak besar. Satu nasihat daripada nazrien.com untuk sesebuah blog wordpress, paling banyak saiz hosting yang diperlukan sekitar beberapa puluh Mb sahaja. Melainkan anda ada menyimpan gambar-gambar yang besar atau video di hosting anda ia memang akan memakan ruang dan bandwidth yang sangat besar. Oleh itu fikirkan dahulu penggunaan web hosting yang bakal dibeli sebelum membuat pemilihan.
4. Cuba bermain-main dengan customer support penyedia hosting berkenaan. Cuba samakan web hosting ini sama seperti manusia juga. Adalah mustahil untuk seseorang manusia untuk hidup selama berpuluh tahun tanpa jatuh sakit. Sama juga seperti web hosting, agak mustahil untuk sesebuah web hosting untuk memiliki 100% uptime. Tetapi walaupun web hosting itu dalam kesakitan, apa yang penting adalah kita sebagai pelanggan mengetahui tentang kesakitan yang dia alami dan sentiasa mendapat updates terkini tentang penyakit web hosting itu. Itulah pentingnya customer support. Dengan support yang bagus, kita sebagai pelanggan akan berasa senang hati walaupun hosting berkenaan sakit.
Cuba bermain-main dengan customer support sebelum membeli hosting dan tengok bagaimana respon yang anda dapat. Jika hari ni anda tanya minggu depan baru nak balas, sila jauhi web hosting berkenaan.
Cukuplah sampai disini sahaja post kali ini. Untuk keterangan lanjut boleh diajukan dibahagian komen atau kunjungi fan page nazrien.com di facebook. Sekali lagi, jika ada yang bertanya hosting mana yang menjadi pilihan hati nazrien.com? Serverfreak adalah jawapan yang tak perlu diragui. Tetapi selain itu banyak juga web hosting yang bagus, sila pilih dengan bijak dan waras.
serverfreak terbaik! customer service pun terbaik gak! de masalah, contact guna YM je.. hehe..
ya-ha!! tepat sekali.. memang terbaik dari ladang..
betul tu.. serverfreak terbaik…hoho…. aku sgt puas hati ngan service serverfreak…
yang penting kena buat survey dulu..tengok2 mana yang ok … jangan main belasah je…tup2..aduh, sedihnya service..
serverfreak memang terbaik…
aku berpuas hati dengan servis dari dorg
Salam.
Baca komen2 je, terus dapat jawapan bagi sipencari webhosting yang baik
Hehe.
hehe, pegi jer kat blog feymes mane.. pastu search pasal hosting.. tengok hosting mane kena puji, and yang mana kena kutuk.. hohoho!
hohoh fair sure kat blog aku takde yang mengutuk.. tak kuasa aku nak kutuk-kutuk ni.. takde faedah pon.. =.=
hehe, aku penah tgk kat blog sape ntah.. siap gaduh2 ngan admin lagi kat YM.. hoho, tapi post tue dah kene delete, sebab admin daaa mintak maap… bagus gak marah2 nie, baru orang lain tak kene bende yang sama.. heehee..
paling penting no 4.. aku penah review dulu pasal bermain dengan customer support ni kat blog aku dulu.. hehe… bagi jer soalan pelik2 bia dorang pening nak jawab.. tengok macam mana respon diorang…
setelah banyak kes baru2 nie di blog tempatan.. apa yang mengajar kita ialah “biarlah mahal asalkan best!” haha.. sejak aku guna hosting terbaru nie sekalipun tak pernah down..
seronok bermain-main dengan customer support ni.. hohoho tapi kena tanya soalan yang pandai sikit la.. hohoho
aku dah usya hosting ko.. hohoh itu pilihan kedua aku selapas serverfreak.. ohoho
Tips yg baik ni. Aku dapat hosting ni pun dari nasihat teman yg dah gunakan service mereka.
tips yang baik, kebetulan aku tengah cari hosting utk satu lagi blog..
kalau ajak customer support minum teh tarik dulu, kemudian rikie2 dgn dia, kemudian mintak diskaun boleh tak,,, tu di kira bermain-main dengan customer support gak kan
hohoh boleh ke apa salahnya.. cuba dulu baru tau..
tips menarik ni..aku rase lps ni nak try serverfreak la plk..ramai duk kate bez je…hehehee..tips no 4 tu penting skali….
cuba la pasti tak menyesal..
try zizan..severfreak mmg superb..
bagus tips untuk memilih hosting ni.. boleh dijadikan panduan untuk blogger yang baru nak berjinak-jinak dalam self hosted server
aku skang nie nak park kat fivio (selepas terseksa ngan rawanaz).. segala urusan pemindahan, aku refer kepada bro fadhlullah.. beliau amat friendly skali.. contact pakai YM and Call..
aku dah buat survey (dengan pak cik google).. sume respon baik.. alhamdulillah.. customer support pown tip top.. dalam hal nie (fivio), terima kasih kepada bro Roslan Nazri kerana promosi fivio tuh amat bernilai..
untuk customer support yang lagi tip top, netkl yang aku cadangkan.. hantar mesej x sampai 2 minit dah balas…
berdasarkan pak cik google… kalau kte hantar email kat diorang.. dengan secepat mungkin diorang akan balas
hohoh bro dollah tu memang friendly.. pernah berurusan dengan fivio jugak suatu ketika dahulu..
aku dh bosan ngan fivio… serverfreak lagi bagus drpd fivio dari segi customer support…
kajian survey dari aku mengatakan, serverfreak memang terbaek….!!! walaupun aku ketahui hakikat terbaeknya…tapi aku masuh lagi belum menggunakan SF…hahaha…
biarlah aku mencuba hosting2 yg lain dahulu…hehe…
takpe.. teruskan mencuba sampai dapat hosting yang betul-betul serasi dengan dirimu.. hohoho
bg aku untuk wordpress nih baik korang pilih hostgator ataw bluehost.
bukan aku pilih daun company luar nih… tpi service diowang memang baik. bro.
baik segi databasem, mysql, email dan mcm mcm lagi.
aku suka servis softrock. memang rawks.
giler r…aku pun ade masalah hosting gak..huhuh
mari bertukar ke serverfreak… guna aff link aku.. wahahaha lagi rm15 aku nak claim aff bonus..
wah
ramai giler yang guna serverfreak
ada ke lagi yg nak beli dr rawanaz..?
Mungkin terpaksa pindah ke serverfreaks… Suggestion yang cukup ramai. Tips bagus untuk dikongsi !
memang terbukti berbaloi-baloi.. kalau nak kupon diskaun sila la contact
qilan87 tengah promosi web hosting dari fivio.
dgr kata fivio best jugak.
jom serbu