Banyak perkara yang boleh dilakukan agar blog kelihatan cantik dan unik berbanding blog-blog yang lain. Contohnya dengan memasang favicon di blog masing-masing. Dengan memasang favicon, blog akan kelihatan lebih unik dan menjadi satu trademark agar mudah dikenali oleh para pelawat dan rakan-rakan. Apa itu favicon dan bagaimana untuk memasangnya di blog?

Favicon adalah icon kecil yang diletakkan bersebelahan dengan URL blog anda. Ia digunakan untuk memberi identiti kepada sesebuah laman web atau blog.

favicon di nazrien.com
favicon di nazrien.com

Secara default, blog yang menggunakan blogspot akan kelihatan favicon blogger yang berbentuk B di blog masing-masing. untuk menukar favicon tersebut, edit template anda sila masukkan coding ini sebelum </head>

sila hostkan favicon anda terlebih dahulu di photobucket dan sebagainya.

Untuk pengguna WordPress berhosting sendiri, terdapat 1 plugin yang sangat membantu untuk memaparkan favicon di blog anda iaitu MaxBlog Favicon pasangkan plugin berkenaan dan dengan mudah anda boleh memilih favicon kegemaran anda.

Berikut adalah beberapa sumber untuk mendapatkan favicon yang cantik dan menarik.

Atau anda juga boleh mereka sendiri favicon kegemaran anda, sila pastikan favicon anda bersaiz 16×16 dan kepada pengguna blogspot sila hostkan terlebih dahulu favicon anda.

*Untuk pengguna wordpress.com kami tidak pasti samada boleh atau tidak untuk memasang favicon sendiri