Sering kali dilihat di mana-mana blog agar melanggan RSS blog berkenaan atau Subscribe RSS. Tapi apa itu RSS? RSS adalah singkatan kepada “Really Simple Syndication” yang biasanya digunakan untuk menerbitkan web yang sering dikemaskini contohnya seperti blog. Dengan melanggan RSS sesebuah blog atau laman web, kita dapat mengetahui sekiranya blog berkenaan mempunyai post baru dan sebagainya. Untuk pemahaman yang lebih jelas, sila tonton video ini:


Dengan melanggan suapan RSS (RSS feed) sesebuah blog, kerja akan menjadi mudah. Anda boleh mengetahui seberapa banyak blog yang baru dikemas kini secara terus. Terdapat beberapa cara untuk melanggan RSS contohnya melalui email dan sekiranya blog berkenaan mempunyai post terbaru, email akan dihantar secara automatik kepada anda sebagai makluman.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan Feed Reader seperti Google Reader di mana anda boleh mengumpulkan seberapa banyak feed sekali di satu tempat. Fungsi ini juga seakan sama seperti fungsi follow blog yang terbina di blogger.com

Jadi apa tunggu lagi? Sila langgani RSS nazrien.com untuk mendapat post-post terkini yang segar dari ladang atau klik sini jika mahu ia dihantar terus ke email anda.