Pasti mengecewakan jika setiap kali anda memeriksa trafik diblog anda dan hasilnya sangat tidak memberansangkan. Hal ini akan menyebabkan ramai blogger terutamanya newbie akan berasa down dan akhirnya berhenti untuk menulis. Berikut adalah beberapa sebab mengapa blog anda teruk dan tidak ramai pelawat. Lebih baik mencegah daripada mengubati kan?
1) Post anda sukar untuk difahami. Sukar difahami bukan bermaksud anda menulis dengan bahasa asing yang memang tidak difahami. Terdapat banyak lagi punya yang menyebabkan post anda sukar untuk difahami. Contohnya menggunakan singkatan perkataan yang terlampau. Tak perlulah tulis dengan skema tapi sekurang-kurangnya biarlah mudah untuk difahami. Selain itu, elakkan daripada menggunakan tulisan berwarna-warni yang terlampau dan elakkan penggunaan huruf besar dan huruf kecil yang tidak konsisten c0Nt0hnYa S3PerTi iNi..
2) Post anda bersifat syok sendiri. Tak dinafikan, blog anda suka hati la nak tulis apa dalam blog itu. Jika itu la persepsi anda terhadap blog, lebih baik jika anda privatekan sahaja blog anda dan tidak perlu risau lagi kenapa terlalu sedikit orang yang melawat. Sebaliknya jika anda mahukan orang ramai membaca blog anda, pastikan anda menulis apa yang mereka mahu. Teruskan membaca nazrien.com di masa akan datang untuk mendapatkan tips bagaimana untuk mengkaji apa yang pelawat inginkan.
3) Blog anda menyakitkan mata dan telinga. Contoh blog yang menyakitkan mata ialah blog yang mempunyai terlalu banyak image blink-blink yang menjengkelkan sampai tak kelihatan langsung post-post yang anda tulis. Tidak cukup dengan itu, blog anda juga mempunyai lagu yang dimainkan secara automatik dan menyakitkan telinga. Tak salah jika mahu berkongsi lagu kegemaran, tapi lebih baik lagu tersebut tidak dimainkan secara automatik dan mengejutkan pengunjung.
4) Kali terakhir anda menulis post baru adalah bulan lepas. Jangan diharapkan trafik yang menggunung jika anda sendiri malas untuk menulis post di blog tersebut. Agak mustahil pelawat akan datang berulang kali semata-mata mahu membaca post yang sama berulang kali. Elakkan juga menulis post setiap jam kerana kesannya sama sahaja.
5) Blog anda kelihatan sama seperti blog lain.
a) dari segi content. Blog anda mempunyai post yang seakan sama dengan hampir 50ribu blog lain yang terdapat di Malaysia. Tak dinafikan, isu semasa yang sedang panas akan menaikkan lagi trafik ke blog anda. Tetapi lebih baik sekiranya isu tersebut diulas oleh anda dengan cara yang lebih unik dan tersendiri. Ini akan membuatkan pelawat tidak berasa bosan dengan post anda dan dapat merasakan kelainan berbanding 50 ribu blog lain di Malaysia.
b) dari segi design. WordPress dan Blogger mempunyai terlalu banyak tema yang cantik untuk dipilih tetapi sering kali ternampak beberapa blogger yang mempunyai design blog yang sama. Tak salah jika design blog anda sama seperti blogger lain, tapi lebih baik jika anda mengubah sedikit design tersebut agar blog anda kelihatan unik. Peringatan: mengubah sedikit design blog tidak membuatkan anda mempunyai hak untuk membuang kredit pencipta asal tema tersebut.
Cukup la sampai di sini sahaja tips perkara yang perlu dielakkan bagi sesebuah blog. Sila langgani suapan RSS nazrien.com untuk mendapat lebih banyak tips lagi berkaitan blog pada masa yang akan datang.