5 Sebab Kenapa Plagiarism Tidak Dapat Membantu Menaikkan Blog Anda
Sekarang ini sedang sibuk tentang kes plagiarism atau blogger yang meniru, menyalin post blogger lain tanpa sebarang kredit mahupun link terima kasih. Jika hal ini berlaku kepada anda pasti anda akan berasa sakit hati kerana usaha anda berpenat lelah selama ini dengan mudah diambil oleh orang lain. Berikut adalah beberapa sebab kenapa plagiarism tidak dapat membantu dalam proses menaikkan blog anda.
1) Sangat mudah untuk pemilik post asal untuk mengetahui jika blog mereka diplagiat. Jangan ingat jika anda tidak memberitahu pemilik asal post yang anda tiru mustahil untuk mereka dapat mengetahuinya. Di alam maya yang serba moden ini sangat mudah untuk mengetahui jika kandungan di blog seseorang itu disalin daripada blog lain. Dan adalah lebih bodoh jika post berkenaan ditiru bulat-bulat dari awal hingga akhir.
2) Ia akan menaikkan nama penulis blog yang anda tiru. Dengan meniru post atau isi kandungan daripada blog lain, ia hanya akan menaikkan nama penulis blog asal. Ini kerana persepsi pembaca bahawa blog yang anda tiru itu sangat hebat hinggakan ada orang lain yang sanggup meniru blog berkenaan. Dengan itu orang ramai akan lebih berminat untuk membaca blog original kerana tak perlu menunggu masa untuk peniru berkenaan menyalin blog tadi.
3) Ia akan menjatuhkan kreadibiliti anda sebagai penulis blog. Apabila para pelawat mengetahui blog anda disalin atau ditiru daripada blog lain, pasti mereka akan melarikan diri. Jika anda telah insaf dan mampu untuk menulis post yang sangat bermutu pasti mereka telah hilang kepercayaan kepada anda dan mengaggap post itu juga ditiru daripada blog lain.
4) Anda akan membantu untuk mempromosi blog yang anda tiru. Kebanyakkan peniru blog memang akan menyalin post dari awal hingga ke akhir tanpa sebarang usul periksa. Mungkin dalam post yang ditiru itu mengandungi link ke blog asal post berkenaan. Ini akan menyumbangkan trafik kepada penulis asal post berkenaan dan kegiatan meniru blog anda akan terbongkar.
5) Anda tidak akan berasa puas dengan dunia blog dan tidak dapat menikmati kemanisan blog. Dengan meniru atau menyalin post dari blog lain, pasti anda tidak akan berasa puas terhadap blog anda. Walaupun 1001 komen muncul memuji-muji post bermutu yang telah anda tulis tapi pasti anda tidak akan berasa sangat gembira dan semakin jauh la anda untuk merasai kemanisan menulis blog.
Sekiranya post ini akan membuatkan sesetengah pihak terasa hati, seribu kemaafan dipinta. Tetapi plagiarism adalah perbuatan yang sangat tidak bermoral dan akan mencemarkan dunia blog yang kacak ini. Jika perbuatan plagiat anda diketahui, anda perlu memulakan semula dari awal untuk menjadi seorang penulis blog dan ia sangat membazirkan masa.



aku benci plagiat.. fak!! gambar pon sama gak curik pastu buang watermark.. macam sial.. inject melalui komen baru tau.. hampeh~
Reply
March 16th, 2010 at 1:00 am
macam mana nak inject melalui komen?
Reply
March 16th, 2010 at 5:11 am
inject melalui comment ialah menggunakan syntax scripting..benda ni senang difahamkan menggunaian teknik cross-site scripting dan sqli… kawan aku pernah buat benda ni time dia gaduh dengan satu blogger tu, sebab tu dia sampai sekarang guna blogspot jer, selamat..takut gak blog aku kena benda camni, cuma kena rajin backup la.
Reply
March 17th, 2010 at 5:16 pm
x perlu takut…. hehe
gahahahha, betul laa topo.. sebenarnye si plagiat tue turut membantu dalam mempromotekan blog2 yang diplagiat.. heehee, cam suke plak aku pada plagiarism nie… heehee
Reply
March 16th, 2010 at 1:00 am
banyak kesan dia beb.. bahaya.. hohoho
Reply
kesimpulannya, tulislah post yang best2 supaya orang meniru post anda lantas menyumbangkan trafik berganda-ganda =D
Reply
” belia benci plagiat…….”
Reply
Syin…
Bukan Belia tp Blogger Benci Plagiat!
Reply
plagiarism is not our skill as dedicated blogger.. seh
Reply
March 16th, 2010 at 1:00 am
agree…
Reply
sebenarnya semua org buat copy paste ni.. cuma ia tak dikategorikan sbg plagiat kalau kita bagi kredit pd penulis asal.. bukannya susah pun..
Reply
March 16th, 2010 at 8:44 am
agree.. mcm mne kalau buat post, bukan copy paste edition tapi isi lebih kurang sama, screenshot dari google…
Reply
budak baru nak up kot. bisaslah tu.
Reply
March 16th, 2010 at 1:01 am
dan atas dasar itulah post ini ditulis.. hohoho
Reply
aku setuju ngan point ko. yang tak tahannya ada jugak dengan tajuk sekali dia plagiat. takkan la tajuk pun tak boleh tulis sendiri kan. memang fail la.
Reply
aku suka trafik free. nk copy bole asalkan kredit. hehe
Reply
plagiat ada dua
1, bermaruah/beradap – berikan kredit
2, tak beradap – ni yang masalahnya
Reply
Minggu yang panaz dengan kisah plagiat.
Reply
harap perkara ni tak akan jadi lagi
hasilkanlah penulisan sendiri.biarpun dengan hanya tiga baris ayat
Reply
bagi je credit senang..kalau dah malas sgt nak buat ayat sendiri..huhu
Reply
teringat aku pasal blog khai yg kena ciplak tu. aku sempat puji artikel ‘budak’ tu. kagum aku dgn ‘penulisan dia’. skali khai punya. LOL.
Reply