Sekarang ini semakin banyak blog baru yang muncul di alam maya ini. Setiap hari pasti ada blog yang baru muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Tetapi banyak jugak blog yang tidak sampai beberapa bulan telah terkubur. Berikut adalah beberapa tips atau perkara yang anda perlu pastikan sebelum melancarkan blog di alam maya yang mencabar ini.
1) Kenal pasti niche dan pengunjung tumpuan untuk blog itu. Niche adalah kategori untuk sesebuah blog contohnya blog ini adalah blog yang berkaitan dengan tips menjadi blogger yang kacak. Dengan mengenal pasti niche dan pengunjung yang sesuai, blog anda akan mempunyai hala tuju yang terjamin.
2) Sediakan beberapa post terlebih dahulu sebelum blog itu dilancarkan. Jangan biarkan blog anda kosong kerana itu akan mengecewakan pengunjung yang hadir. Jangan terbitkan terlalu banyak post juga kerana seperti yang pernah dinyatakan dahulu, sesebuah post akan hilang sinarnya jika ditindih dengan banyak post lain.
3) Kemas kini tema blog anda. Sila pastikan blog anda kelihatan cantik dan menarik ketika dipaparkan buat pertama kalinya dikhalayak ramai. Under Construction page sangat tidak digalakkan kerana pelawat datang kerana mahu melihat dan menilai post yang anda tulis dan bukannya sesuatu yang sedang dalam pembinaan lagi.
4) Sediakan page “About Me” atau post pengenalan. Ini adalah sangat penting untuk pelawat mengetahui apa tujuan blog anda ditulis dan untuk menarik minat pengunung datang pada masa yang akan datang. Jangan tulis ” Saya akan update page ini kemudian..” Lakukan ia sekarang. Sebab itulah page about me itu wujud ketika anda mula-mula memasang wordpress.
5) Uji blog baru itu terlebih dahulu. Banyak ujian yang boleh dilakukan contohnya cuba layari blog baru anda menggunakan pelayar web yang berbeza seperti firefox atau Internet Explorer dan betulkan jika terdapat perkara yang tidak memuaskan hati anda. Ujian ini sangat penting kerana pengunjung yang datang ke blog anda mempunyai latar belakang yang berbeza-beza dan tidak semestinya sama dengan anda.
6) Baca dan praktikkan apa yang diajar oleh blog-blog yang memberiri tips tentang blog. Banyak blog yang memberi tips dan tutorial tentang penulisan blog. Cuba luangkan sedikit masa untuk menimba sedikit ilmu dan gunakan terhadap blog baru anda. Anda juga digalakkan untuk bertanya kepada yang pakar sekiranya terdapat sebarang kemusykilan.
Diingatkan sekali lagi, point yang dinyatakan di atas adalah untuk blog yang baru. Sekiranya anda menukar nama domain dan sebagainya, point di atas mungkin tidak sesuai dengan anda.
haaaa about me tu memang failed. taktahu nak buat apa T___________T
ko cerita je pasal blog ko.. pasal apa yang ada dalam blog ko.. dan segala yang ko rasa orang perlu tau tentang blog itu
okay okay =)) besok nak buat. eh kena buat sekarang jugak? nehi nehi, gelap dah, keyboard pun tak nampak T___________T
HAHAHA thanks!
1600×900 datang lagi 😀
hahaha. same lah. i pun ade prob wat about me. haiya
haha.aku pun tak tahu apa nak buat kat ruang tu.hehe
Nice tips…
piratz? :-p
Thanks for sharing… kalau buat blog baru dgn blogspot, conpem akan terkubur dua tga bulan lagi…
huh? kenapa pulak confirm? banyak je blogspot yang hidup bertahun-tahun..
sesetengah blog r… coz tuan blog kalau buat blog banyak2, tak larat nak jaga so dia delete ler…
Tiap kali masuk blog baru mesti baca ‘about me’ sebab sebelum komen kita perlu kenal serba sedikit tuan blog..nak bersosial kena tahu dgn siapa kita berkomunikasi. Cara pelajar, suri rumah, lelaki dan perempuan berbeza….jgn main hentam saja.
yup tepat sekali.. ramai yang main hentam sampai panggil blogger lelaki cik.. =.=”
bagus la topo. tips yg baik utk newbie. boleh aku jadikan panduan 🙂
bgus gk tips tips tuh..
thanx ;p
Blog ini seksis kerana hanya menyediakan tips untuk menjadi blogger yang kacak, namun tiada tips untuk menjadi blogger yang jelita.
nanti aku jemput penulis yang jelita plak la untuk buat post yang jelita..
@MK ko berkata untuk pihak mana ni :p
@topo aku pun berkira2 masa aku tukar hosting tu. perlu ke aku ambik post lama dari blogspot masuk ke wordpress. last2 aku buat gak 😀
hentam je.. hahaha
Hey, thanx for sharing these tips. Lepas I baca, I realized memang banyak I gotta do in bringing up my blog. About me, dah lama dalam perancangan tapi tak terbuat-buat. Igtkan tak penting pun. Huhu~
Thanx for posting this. Really appreciate it.
memang kacak betul tips ni topo!
thanks for the tips
tp nak tambah sket based on apa yang aku baca
-analytic/sitemeter
-spell check
-meta info
-check broken links
alah weh maksudnye an.
takleh update ari2 la ye?
takde masalah update hari-hari… tapi jangan update tiap2 jam.. hohoho
Erm betul jugak.. about me kira penting gak… nak tahu background.. 🙂
langsung tak tulis perihal blog.baru saya tahu.
topo sudah menunjukkan kekacakkannya….hahaha…
satu je nk tanye, kenapa cisdel.com tak berwarna hijau….? hahaha….
tips yang berguna. Masa saya mula2 buat blog dulu, ada juga terjumpa cara nak selaraskan blog, supaya, walaupun pengunjung menggunakan pelayar web yg berbeza, tapi tetap akan dapat view yg sama bila berkunjung ke blog, so, tak delah blog tu jadi tunggang langgang. Tapi saya pun dah lupa kat mana sy jumpa tu. Saya buat kat blog pertama. Yang ada sekarang blog yg ke 3. Yang ke 3 ni je sy publish.
Mieya dah buat dah about me tu. Agak² okay tak? =.=’
..tQ bery2 muchh!! hohoho
Akan membuat page About Me dalam masa terdekat..
tak terfikir aku page ni bro..
tetap nak guna tips ni untuk wp self hosting nanti.
tq topo
tengok mcm laman http://www.esempoi.com
dah terkubur pon…
cik minah tu pon dah tak updated dah laman blog dia tu…
bgus tip tu…sy sudah praktikkan
singah lah kat http://kentangkiller.blogspot.com/2011/01/terima-kasih-kawan.html
sy maseh baru lg…salah silap tolong tunjukkan yew??? 🙂
Satu tips yang menarik, cuma kne kongsi juga langkah2 nak maklum kat engin pencari tu..