Shoutbox merupakan widget yang sangat popular dikalangan blogger. Ia dapat menjadi tempat untuk bertanya khabar ataupun sekadar tempat berbual kosong antara seorang penulis blog dengan pelawat mereka. Terdapat pelbagai jenis shoutbox percuma yang terdapat di internet dan shoutmix merupakan antara yang terbaik. Berikut adalah beberapa tips untuk menjadikan shoutbox anda lebih menarik dan kacak. Tips dan tutorial ini dikumpul daripada para blogger seperti yang dinyatakan.

1) Sembunyikan shoutbox. Cara ini dikatakan dapat menyukarkan spammers untuk menulis jeritan-jeritan spam di kotak jerit anda. Selain itu ia juga berguna untuk menjadikan blog anda lebih kemas tanpa terlalu banyak widget di bahagian sidebar. Mahu belajar bagaimana untuk menyembunyikan shoutbox anda? Sila layari Anarm.net

Tutorial Sorokkan Shoutbox
image dari Anarm.net

2) Membuat Ajax Popup Shoutbox. Ini juga salah satu cara untuk menyembunyikan shoutbox tetapi ia akan membuatkan shoutbox berkenaan keluar secara popup. Selain itu tutorial yang disediakan oleh saudara kertaz ini juga dapat menambahkan lagi kekacakan shoutbox anda dengan menambah border di sekeliling shoutbox. Untuk mempelajari cara-cara membuat Ajax Popup Shoutbox sila layari kertaz.net

membuat Ajax Popup shoutbox
image daripada kertaz.net

3) Membuat latar belakang pada shoutbox. Dalam tutorial ini, shoutbox anda boleh diletakkan gambar yang menarik agar ianya kelihatan unik berbanding shoutbox di blog lain. Tetapi sila gunakan dengan berhati-hati dan tidak keterlaluan agar shoutbox anda tidak kelihatan pelik. Terdapat 2 tutorial untuk menambah latar belakang pada shoutbox satu disediakan oleh saudara mohdisa dengan menggunakan Cbox dan satu lagi dengan menggunakan shoutmix oleh cikgu isza.

Cara membuat latar belakang pada shoutbox
membuat latar belakang pada shoutbox

4) Menambah custom smileys di shoutbox. Smileys atau emoticons memang sangat digemari oleh tukang jerit di shoutbox kerana dengan hanya satu smiley dapat menggambarkan apa yang mereka ingin sampaikan. Tetapi smileys yang tersedia di shoutmix mahupun Cbox adalah sangat biasa dan membosankan. Ingin mempelajari bagaimana untuk menambah custom smileys di shoutbox? sila layari chokilala.com untuk versi shoutmix dan mari bina blog untuk versi Cbox.

Cukuplah sampai disini beberapa tips dan tutorial untuk menjadikan shoutbox anda lebih kacak. Selamat mencuba. Kenapa blog ini tidak mempunyai shoutbox? Persoalan tersebut akan terjawab di fan page nazrien.com