Pada masa kini semakin ramai yang memilih untuk membeli domain sendiri dan bukannya menggunakan blogspot lagi. Mungkin kerana harga domain telah menjadi lebih murah dan juga tawaran-tawaran menarik yang diadakan oleh penyedia domain pada masa kini. Walaupun begitu, pemilihan nama domain bukanlah sesuatu yang mudah. Agak memeningkan kepala juga untuk memilih nama domain yang sesuai dan berbaloi untuk dilaburkan. Berikut adalah beberapa tips untuk memilih nama domain yang sesuai bagi blog anda.
1. Tetapkan tujuan domain itu dibeli. Perkara pertama yang paling penting adalah kenapa nama domain itu dibeli? Adakah bertujuan untuk blog peribadi? Atau blog yang mempunyai niche yang spesifik? Setelah menetapkan tujuan domain itu dibeli, adalah lebih mudah untuk memilih nama domain. Contohnya sekiranya sekiranya domain itu dibeli untuk blog jualan shawl atau dress, pasti tidak sesuai untuk menggunakan nama domain seperti “nagaberapi.com” bukan?
2. Nama domain yang ringkas dan mudah untuk diingati. Pastikan anda memilih nama domain yang ringkas dan mudah untuk diingati agar lebih mudah untuk peminat datang ke blog anda. Nama domain yang panjang akan menyukarkan pelawat bukan sahaja untuk mengingatinya malah mungkin akan membebankan pelawat untuk menaip nama domain berkenaan. Contohnya antara domain “kisahpengembaraantopoyangkacak.com” dan domain “kembaratopo.com” yang mana lebih memudahkan anda?
3. Elakkan penggunaan nombor atau simbol pada nama domain. Mungkin sudah menjadi trend masa kini untuk meletakkan nombor 1 pada nama domain ekoran daripada kempen gagasan 1Malaysia yang semakin giat. Tetapi pada pendapat anda, jika pertama kali anda mendengar nama domain 1Malaysia.com pasti anda akan tertanya-tanya sama ada domain itu ditulis “1malaysia.com” atau “satumalaysia.com”. Hal ini akan merugikan pemilik domain berkenaan jika pelawat tersalah taip alamat mereka. Contoh lain adalah seperti “domain4u.com” mungkinkah ia dieja “domainforu.com” atau mungkin juga “domainforyou.com”.
Satu lagi contoh penggunaan nombor yang tidak baik pada nama domain iaitu meletakkan “0” {sifar} untuk menggantikan huruf “O”. contohnya “gadisc0mel.com”. Atau menggantikan “a” kepada nombor “4” untuk kelihatan fancy. Ia bukan sahaja akan meneglirukan pelawat, tetapi juga akan merugikan pemilik blog berkenaan dari aspek trafik dari enjin carian. Pada pendapat anda, ada ke orang yang akan cari kayword “gadis c0mel” di google? Pasti mereka akan mencari perkataan “gadis comel”.
4) Ejaan nama domain. Selain daripada ejaan fancy yang boleh mengelirukan pelawat, ejaan yang biasa juga boleh mengelirukan juga jika tidak diperhatikan dengan betul. Contohnya domain “Merahitam.com” mungkin akan terkeliru dengan domain “MerahHitam.com”.
5) Jangan terburu-buru dan jangan berlengah-lengah. Nama domain boleh diibaratkan seperti seorang gadis yang cantik. Jika anda tidak berhati-hati, mungkin anda akan trsalah pilih pisau cukur yang memudaratkan anda. Dan sekiranya anda terlalu berlengah-lengah, pasti akan ada jejaka kacak lain yang mendampingi gadis cantik berkenaan.
Tetapi sekiranya perkara-perkara ini tidak dapat dielakkan, sila pastikan anda membuat promosi besar-besaran untuk memperkenalkan nama domain anda.
Akhir sekali sebagai satu peringatan ketika mahu membeli nama domain. Pastikan nama domain berkenaan bukanlah perkataan yang mempunyai copyright atau trademark yang telah didaftarkan. Takut nanti anda akan dikenakan tindakan undang-undang kerana menggunakan copyright dan trademark syarikat lain. Melainkan anda mendapat kebenaran terlebih dahulu untuk menggunakan nama berkenaan.Akhir kata, selamat memiliki domain idaman sendiri.
p/s: Nazrien.com kini di facebook. Sila ikuti fan page nazrien.com untuk berinteraksi dengan lebih lanjut dan lebih santai bersama nazrien dan pembaca-pembaca yang lain π
ok.. aku sgt memerlukan tips ni π
teruskan usaha mencari lagi.. hari tu bukan dah ada nama ke?
hahaha.. itu eh??? tgh pikir lagi ar.. aish.. ok ke gadis blur?
terserah.. hohoho ok je sebenarnya.. menarik pon menarik
bagus info nih π
terima kasih.. hehe jemput la sponsor 1-2 nama domain untuk saya.. π hahaha
hoho
errkk, sponsor
ampun cik
saya orang susah
hahahaha
hahaha aku memain je la.. aku masih mampu lagi menampung hidup ini sendirian.. π
jangan mencontohi saya π
nama susah nak ingat
susah nak eja.. huhu…
tapi ko dah buat promosi besar-besaran.. semua orang dah tau nama domain ko…
tapi ade jugak yang salah eja… aku tau dari google.. hehe…
Thanks for the tips!…
aku belum ada hosting and domain sendiri lagi, insyaAllah bila aku dah ada kerja sendiri, bolehlah beli domain and hosting…
papepun… tq banyak2 ye, boleh aku gunakan tips ko ni utk masa hadapan…
selalunya pmpn mmg suka ltk nama domain pelik2 yg ssh nk ingt..huhu
domain aku skrg ni mmg unik
xde org lain pakai ..
ingat nak buat satu domain hashtag.com .. π
nama domain aku simple dan jenis blog peribadi..hihi..senang jer kan nak ingat..usha-usha la selalu domain apiih nih..hahaha
p/s-sokong pendapat x-po..huhu
aku punya domain name macam lari jauh dr skop update blog aku weh….tp tu dah mcm jd trademark aku plak π
hohoho tu memang dah style sekarang beb.. tengok macam domain ni.. nama aku tapi bukan blog personal pon.. hohoho
domain kak jie contoh tebaik….tentang salah pilih..huhuhu
tapi kak jie dah berjaya promosikan secara sangat berkesan.. hohoho
nak buat contest tukar nama domain lah. btw thnx tips bguna π
huh? apsal nak tukar? tak cukup best ke domain sekarang ni?
mcm susah je double a T______T
eh kejap kene tnye pakar, ko rse okay x? ngeh
agak tak cantik jugak sebenarnya.. hehehe tapi.. masih boleh diterima pakai lagi beb.. agak stylo pe ada 2a.. hoho
satu alternatif yang ko boleh buat, promosi kaw-kaw nama domain tu..
letak banner besar2 dekat header.. tulis LiyanaA.com pandai2 la buat trademark ke.. tagline ke yang boleh manipulate nama domain tu.. hohoho
emm aku sebab nak guna jangka panjang dan tiada niche π
sebab tu nama tu dipilih π
dan bukan blog personal semata :p
dah ok dah nama domain ko.. aku tak sangka plak nama domain tu masih belum ada pemilik lagi.. hohoh nama yang common tu..
syafiq.com dah kene sebat. kalau tak tu gak aku sebat :p
yup common π
selain theme, nama domain juga salah satu sebab kepala aku serabut utk memilihnya..
tapi domain pilih sekali je.. kalau tersalah pilih menyesal.. hohoh theme kalau salah pilih boleh tukar.. π
nama domain aku sangat tak boleh blah.. hahahaha.. aku cdg nk pasang cawangan lagiii.. tngh nk pilih nama domain yg seswai… π
domain ko bukan dah berkepuk-kepuk ke? cisdel..
baru 2.. hohoho.. eh 3 sbnrnya… .my 1.. tp tu adik aku nye dftr atas nama aku.. ntah ape dia wat tah.. hohoho..
dia nak buat benda tak elok la tu… hoho nnt kalau ada pape ko yg kena dengan ISA.. hehehehe
first time dulu beli domain, menyesal sebab terlalu panjang
huhu
pengalaman mengajar kita menjadi lebih baik.. hohoho
pasnie konpem sakit beli domain muncul di hati topo. haha~~
hahaha sudah muncul pon.. takut aku..
Dengan adanya domain, ia akan menambahkan lagi ke-profesional-an anda. Bak kata Nazrien di awal perenggan, kini kos domain+hosting memang murah dan berbaloi. Jadi, kenapa masih lagi nak pakai rumah sewa, sedangkan baik kita memiliki rumah sendiri. Nak ketuk sana, nak ketuk sini,..takde sapa yang akan marah π
baguih tips ni…aku plan nak tambah add-on domain aku…
yup susah nak pilih domain name…last-last pakai nama penuh je
ahmadyusrie…’e’ kt blakang tu confusing kn? x kisah la
btw aku suka sgt perumpamaan domain macam gadis yg cantik, so true…haha
bro topo.. tolong aku.. aku nak pindah hosting nie.. bleyh x suggest.. ingat nak pindah ke netkl.. okay x?
kalau hosting.. aku suggest serverfreak
berbaloi2.. hohoho netkl aku tak pernah try untuk hosting dia.. domain ada la..
ko rasa nama blog aku susah x bro??aku dlu pun ntah mcm mne boleh terbeli nama domain ni..huhuhu tips yang bagus bro..hehe
haha.. x la susah sgt..’terbeli’??
hohoho susah jugak sebenarnya.. sebab ada zs tapi takpe bak pandai-pandai la promosi kaw-kaw nama domain tu.. hoho buat trademark ke
heeeee.
aku la yang tak mampu nak tanggung hidup π
kandang2 tu aku pening nak pilih domain ni, especially utk niche. memang abis lingkup kepala aku. hehe, thanks for tips.
Bagi ko topo, kalau domain firdaus.com / daus.com / daus.net
senang nk ingat x?, rasa mcm cun je domain daus.com tu…
malangnya domain tu semua dah tak available..
aku setiap kali terpk nama best je mesti terus beli domain. Ta de tunggu. bagi aku domain bukan ibarat gadis hot tapi tanah yang bernilai jutaan ringgit. WOOT~
tips yg sgt berguna.
better fikir nama sbelum beli
banyak lagi tips berguna di nazrien.com.. hohoho jemput la add kami di facebook atau subscribe rss untuk mendapat lebih banyak tips.. π
aku dah salah pilih domain gak ni…but syg nak tinggalkan..huhu..so domain2 len isnyaa..aku akan pastikan sume ni tak berlaku lagi..kui3
ko mcm tahu jek aku ngah pening pilih nama domain kan? huhuhu dah 2 minggu aku pikir still ta dapat nama anak aku. any suggestion?
shazeyra.com? *kang org tatau eja ke apa* shahirah.com? *nama sebenar hahah* babyeyra.com? *mcm tua sgt da baby2 ni* ieyra.com? arghhhhh tension siot…
nama ko shahirah ke? hohoho nama tu ok tapi kene make sure orang tak confuse shahira ke shahirah ke syahirah ke.. hohoho apa yang penting promosi lepas beli domain tu.. hohoho nantikan post akan datang aku buat pasal promosi plak..
ieyra.com best.. babyeyra pelik je.. wahahaha
tu ah problem aku dr sekolah.
org slalu salah eja part syahirah tuh. huhu.
babyeyra tu nama blogspot aku skrg,
tapi smpi bila nak baby kan.
hahhahaha
ieyra.com best ke?
π aku mmg ingat nak amek yg tuh je..
pendek, ringkas dan senang.
ieyra tu ok rasanya.. but then.. walau apae pon nama domain yang ko pilih, apa yang penting
kerjasamapromosi yang ko buat lepas beli domain tu.. hohoho kalau nama senang nak ingat pon kalau orang lain tak tau sama je..ye aku setuju. konpem aku letak http://www.ieyra.com
cepat.. sebelum ada orang lain beli.. menyesal nanti beb.. hohoho
aku tak beli. abg aku yg jual domain hosting ni. dia clearkan jek payment aku wakakaka. dah setel. nama dah konpem.. cuma aku tak setting2 ape kejadah lg
trademark? biasanya utk nama khas dey all da reserved sbgi nama web. i rase xde salhnya guna nama yg sama. lagipun bahasa xleh simpan dalam creative common/harta intelek. lainlah kalau u yg cipta nama khas tue π
point no3 amat penting.
memg boleh jejaskan trafik
tips yang menarik lagi..
@nazrien & the geng,
tip yang bagus! ada 2 domain aku yang tersalah pilih. (itu-dulu-dulu).
Sekarang dah ok, dah jumpa keypoint utk dapatkan right domain.
Khaidir
Thanks atas sharing tips-nya Nazrien, karena memang saya sedang berencana ingin membeli sebuah nama domain
salam kenal