Fungsi Memendekkan URL di WordPress

Dengan adanya Twitter dan Facebook, semakin ramai yang menggunakan perkhidmatan pemendek URL agar tweets atau status yang ditulis tidak terlalu panjang. Terdapat banyak penyedia perkhidmatan untuk memendekkan URL seperti bit.ly. Tapi kini, proses memendekkan URL menjadi semakin mudah dengan adanya fungsi memendekkan URL dengan bantuan plugin wp-stat*.

Dengan menggunakan domain wp.me URL yang panjang boleh dipendekkan kepada beberapa huruf sahaja. Cara untuk memendekkan URL di WordPress adalah dengan menekan Get Shortlink yang terdapat di sebelah permalink di bahagian Edit Post. Selepas itu URL baru akan muncul.

Ingin bertanyakan sebarang soalan berkaitan WordPress, blogging dan SEO? sila hubungi nazrien.com

*kredit kepada amanz sebab membetulkan fakta.

Perkara Asas yang Perlu Dilakukan Selepas Pemasangan WordPress

Semakin ramai yang memiliki domain sendiri sekarang ini dan wordpress masih lagi menjadi pilihan utama sebagai engine untuk blog kerana fungsinya yang menarik. Tapi pasti ramai yang terkial-kial apa yang perlu dilakukan sebaik sahaja wordpress baru dipasang. Berikut adalah beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk memantapkan lagi blog wordpress anda. Teruskan membaca »