Percuma: Baby Muslimah RSS feed Icon

Post sebelum ini bercerita tentang apa itu RSS dan kenapa kita perlu langgan. Tetapi bukan mudah untuk menarik pembaca untuk melanggan suapan RSS, banyak perkara yang boleh dilakukan untuk menarik minat pembaca untuk melanggan. Salah satu daripadanya adalah dengan menyuruh sendiri pembaca melanggan. Cara ini sememangnya berkesan tetapi agak sukar untuk dipraktikkan kerana mungkin kita akan berasa malu. Salah satu contoh halus untuk mengajak pembaca melanggan adalah dengan menggunakan ikon RSS yang kacak dan menarik hati.

Berikut adalah beberapa koleksi RSS Ikon yang agak comel dan menarik dan boleh di muat turn secara percuma : Teruskan membaca »

Apa Itu RSS dan Kenapa Perlu Langgan?

Sering kali dilihat di mana-mana blog agar melanggan RSS blog berkenaan atau Subscribe RSS. Tapi apa itu RSS? RSS adalah singkatan kepada “Really Simple Syndication” yang biasanya digunakan untuk menerbitkan web yang sering dikemaskini contohnya seperti blog. Dengan melanggan RSS sesebuah blog atau laman web, kita dapat mengetahui sekiranya blog berkenaan mempunyai post baru dan sebagainya. Untuk pemahaman yang lebih jelas, sila tonton video ini:

Teruskan membaca »

6 sebab untuk tidak menulis post dengan terlalu kerap

Berdasarkan post berkenaan dengan kenapa blog anda teruk, ada yang bertanya kenapa tidak elok untuk menulis post dengan terlalu kerap. Pertama sekali, terlalu kerap ini bermaksud dalam satu hari ada terlalu banyak post (sila tentukan sendiri jumlah banyak itu berapa). Sila abaikan post ini jika anda pemilik Malaysiakini atau amanz.my hehehe Teruskan membaca »

5+1 Sebab Kenapa Blog Anda Teruk

Pasti mengecewakan jika setiap kali anda memeriksa trafik diblog anda dan hasilnya sangat tidak memberansangkan. Hal ini akan menyebabkan ramai blogger terutamanya newbie akan berasa down dan akhirnya berhenti untuk menulis. Berikut adalah beberapa sebab mengapa blog anda teruk dan tidak ramai pelawat. Lebih baik mencegah daripada mengubati kan? Teruskan membaca »

Tukarkan Tahun Copyright di Footer Secara Automatik

Menjelang tahun baru 2010 esok, pasti ramai blogger wordpress yang ingin menukar tahun copyright di bahagian footer dari 2009 ke 2010. Mungkin ada yang melakukannya secara manual iaitu dengan menukar nombor di bahagian coding footer tetapi menjelang tahun 2011 nanti anda perlu menukarnya semula. Untuk memudahkan, tampalkan coding dibawah ini di bahagian footer dan tahun copyright akan ditukar secara automatik setiap tahun.

Copyright © Example.com.

Penerangan:

&copy adalah untuk memanggil simbol copyright © atau ia juga boleh ditukar kepada &#169
php echo date adalah untuk memanggil tarikh dan (‘Y’) digunakan untuk memaparkan tahun sahaja.
Selain menulis example.com sahaja, fungsi php bloginfo(‘name’) juga boleh digunakan untuk memaparkan nama blog secara automatik

Sekian sahaja post untuk kali ini, Selamat Tahun Baru 2010 dan jangan lupa untuk melanggan RSS nazrien.com