Negara China memang terkenal dengan barangan palsu dan hampir serupa dengan barangan asli. Tetapi jangan lupa, China juga banyak mengeluarkan produk asli yang berkualiti dan mempunyai harga yang jauh lebih murah. Produk yang ingin aku ketengahkan dalam post kali ini adalah tablet dari China. Berbaloikah membeli tablet dari China ini?

Pada zaman teknologi yang semakin berkembang pesat sekarang ni pasaran tablet menjadi semakin meluas. Ramai orang lebih gemarkan tablet kerana saiznya yang agak kecil dan mudah untuk dibawa kemana-mana. Dengan adanya tablet sesorang boleh melayari internet, menonton video, bermain game dan sebagainya dengan mudah di mana-mana sahaja. Ada juga yang mengguna tablet untuk menggantikan buku, tidak perlu lagi untuk membawa buku yang berat kehulu-kehilir.

samsung galaxy tab 2
Samsung Galaxy Tab 2 (gambar dari http://hothardware.com)

Oleh kerana tablet semakin mendapat permintaan ramai, banyak syarikat yang berlumba-lumba mengeluarkan tablet contohnya Apple dengan iPad, Samsung dengan Galaxy Tab mereka dan banyak lagi. Tetapi kebanyakkan tablet itu mempunyai harga yang agak mahal dan diluar kemampuan sesetengah orang. Oleh sebab yang demikian terdapat segelintir orang yang memilih untuk membeli pc tablet buatan China.

Sebab utama orang memilih tablet China

Seperti yang dinyatakan di atas faktor harga adalah sebab yang utama kenapa masyarakat memilih tablet ini. Pembeli mungkin datang dari golongan pelajar yang tidak mempunyai pendapatan sendiri tapi sangat memerlukan tablet. Yela, dengan adanya tablet mereka boleh membawa nota-nota kuliah dengan mudah dan ringan. Tak perlu nak bawa buku-buku nota yang tebal-tebal dan berat itu.

Mereka juga mungkin membeli tablet berkenaan untuk anak-anak atau adik-adik. Memandangkan harga tablet yang harga murah jika berlaku sebarang kerosakan atau kecurian mereka tidak akan berasa terkilan sangat. Cuba bayangkan kalau mereka membeli ipad atau galaxy tab yang berharga ribuan ringgit. Kalau ipad itu hilang atau rosak mahu menangis tak berlagu.

Selain itu ada juga sebab-sebab lain seperti tujuan penyelidikan, pembelajaran dan lain-lain lagi. Jika anda ada sebab tersendiri kenapa orang membeli tablet dari China sila kongsikan bersama di bahagian komen.

Tips untuk membeli tablet buatan China.

Pastikan tablet itu dibeli daripada penjual yang betul dan boleh dipercayai. Bagaimana nak tahu sama ada penjual berkenaan boleh dipercayai atau tidak?

  1. Pastikan perniagaan tersebut berdaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). (Bagi penjual dari Malaysia). Kalau beli terus dari China mustahil la dia ada daftar di SSM kan? haha
  2. Baca testimoni atau komen daripada pembeli terdahulu. Jika penjual itu benar-benar boleh dipercayai, pasti ada ramai pembeli yang memuji servis mereka.
  3. Tanya dengan teliti tentang produk yang ingin anda beli dan bandingkan maklumat yang diterima daripada penjual sama dengan spesifikasi sebenar produk berkenaan. Jika penjual itu sendiri tidak pasti dengan apa yang dijual, sila curiga sedikit.
  4. Bandingkan harga dengan penjual lain. Jika hanya terdapat sedikit perbezaan mungkin tidak mengapa. Tapi jika harga yang ditawarkan terlalu murah atau terlalu mahal mungkin ada sesuatu yang tidak kena.

Selain daripada faktor penjual, faktor jenama produk itu sendiri perlu diambil kira. Pastikan tablet yang ingin anda beli itu mempunyai jenama yang tulen dan bukannya tiruan daripada jenama-jenama terkenal. Contoh jenama tablet China yang terkemuka dan tulen adalah Ainol Novo.

Pastikan juga tablet berkenaan mempunyai sokongan lepas jualan. Sama ada dari segi sokongan jaminan ataupun bantuan komuniti seperti forum, blog dan sebagainya. Dengan adanya bantuan komuniti berkenaan akan memudahkan anda untuk mencari penyelesaian sebarang masalah atau keraguan yang bakal timbul nanti. Sebab itulah pentingnya untuk memilih tablet yang mempunyai jenama tulen. Jika anda mencari Ainol di google anda akan dapati banyak sokongan komuniti untuk jenama berkenaan. Di forum Lowyat sendiri mempunyai topik khas untuk tablet Ainol.

ainol novo 7 tornado
gambar: Ainol Novo 7 Tornado. Android 4.0.3 Ice Cream Sandwich tu

Sila selidik terlebih dahulu dan buat perbandingan spesifikasi dan harga tablet yang ingin dibeli. Sekiranya tidak bertepatan dengan keperluan anda sila teruskan lagi mencari.

Cukuplah sampai disini sahaja post untuk kali ini. Aku sangat berharap agar anda dapat mengutarakan pendapat atau pengalaman adakah betul-betul berbaloi untuk membeli pc tablet murah keluaran China ini atau tidak. Perkongsian anda sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

No related content found.