Sebab Kenapa Squash Tiada dalam Sukan Olimpik

Aku yakin hampir semua rakyat Malaysia tahu tentang sukan squash kerana pemain squash nombor 1 dunia, Dato’ Nicole David berasal dari Malaysia. Ramai juga yang terkilan kenapa acara squash tidak dipertandingkan dalam Sukan Olimpik kali ini. Jika tidak pasti peluang untuk mendapat aiskrim percuma pingat emas pertama negara adalah lebih cerah. Post kali ini aku nak kongsikan beberapa sebab kenapa sukan squash tidak dipertandingkan dalam sukan olimpik berdasarkan kajian ringkas yang aku buat tengah hari tadi.

baskin robbins

gambar sekadar hiasan dari web baskin robbins

Sebelum bercerita panjang lebih baik kalau kita kenal dahulu serba sedikit tentang Sukan Olimpik dan acara yang dipertandingkan. Sukan Olimpik terbahagi kepada 2 iaitu Olimpik Musim Panas (Summer Olympic)  dan Olimpik Musim Sejuk (Winter Olympic). Post kali ini kita akan berbincang tentang Olimpik Musim Panas ye seperti yang sedang berlangsung di London pada ketika ini.

Sukan Olimpik London 2012 kali ini mempertandingkan sebanyak 26 jenis sukan dan 302 jenis acara yang disertai oleh 204 buah negara. International Olympic Committee (IOC) bertanggungjawab menetapkan acara sukan yang patut dipertandingkan dalam Sukan Olimpik secara undian.  Setiap sukan berkenaan diwakili oleh satu badan khas dan mungkin mempunyai beberapa disiplin. Contohnya renang, renang berirama, polo air dan terjun tergolong dalam satu kategori sukan iaitu akuatik dan diwakili oleh International Swimming Federation (ISF), (wikipedia, 2012). Manakala acara pula adalah pertandingan yang memberi pingat contohnya dalam sukan akuatik disiplin terjun acara 3 meter Papan Anjal Wanita yang disertai oleh atlet kebangsaan,Jun Hoong Cheong dan Yan Yee Ng semalam.

Bagaimana sesebuah sukan boleh dipertandingkan dalam Olimpik?

Bilangan sukan berubah-rubah dan semakin meningkat dari masa ke semasa sehingga pada tahun 2000 telah ditetapkan hanya 28 jenis sukan maksimum boleh dipertandingkan dalam satu temasya Sukan Olimpik. IOC yang bertanggungjwab menentukan sukan itu layak atau tidak dipertandingkan. Sukan tersebut mestilah popular dan diamalkan secara meluas di banyak negara. Sukan yang bergantung pada sistem mekanikal seperti sukan bermotor tidak akan dipertimbangkan sebagai sukan olimpik. Selain itu sukan-sukan berkenaan perlulah diktiraf oleh IOC dan mempunyai satu badan antarabangsa yang bertanggungjawab terhadap sukan berkenaan. Untuk pengetahuan, squash di bawah badan World Squash Federation (WSF) adalah sukan yang diiktiraf oleh IOC tetapi tidak dipertandingkan.

Hadiah untuk Lee Chong Wei

Kalau dia menang emas, dia dapat emas ni.. RM 2 juta tu beb. Sumber gambar dari myMetro

Kenapa squash tidak dipertandingkan dalam sukan olimpik?

Sebenarnya sukan squash bukan tidak dipertandingkan tapi lebih kepada belum dipertandingkan. Sukan squash diiktiraf oleh IOC dan ada kemungkinan untuk dipertandingkan.Berikut adalah beberapa sebab kenapa sukan squash gagal berdasarkan kajian ringkas aku.

1) Bukan sebab ia tidak popular. Seperti yang dinyatakan, sesebuah sukan perlu popular dan diamalkan secara meluas di seluruh dunia. Sukan squash tidak dipertandingkan bukan kerana ia tidak popular. Menurut angka dari Sport England, sukan ini dimainkan oleh lebih 500,000 orang setiap bulan dan mereka menggemarinya.

2) Squash tidak berjaya mendapat 2/3 majoriti undi. Untuk menambah atau membuang sukan dalam dalam Sukan Olimpik ia perlu dipertimbangkan dalam masa 7 tahun sebelum temasya berkenaan di Persidangan IOC. Pada 2-9 Julai 2005, Persidangan IOC ke 117 telah diadakan di Singapura. Sukan softball dan baseball telah digugurkan daripada menjadi sukan pada Olimpik 2012 apabila majoriti ahli bersetuju untuk menggugurkan sukan berkenaan. Sukan squash dan karate telah mendapat undian tertinggi untuk dijadikan sukan baru di Olimpik London iaitu sebanyak 51%. Tapi malangnya berdasarkan Piagam Olimpik ia perlu mendapat undian majoriti 2/3 baru ia layak dipertandingkan (Olympic Charter – IOC, 2011) . Oleh sebab yang demikian hanya 26 sukan sahaja yang dipertandingkan di Olimpik London tahun ini.

Pada Persidangan IOC tahun 2009 di Copenhagen, sekali lagi  pihak WSF telah cuba sedaya upaya untuk melobi agar squash dapat dipertandingkan dalam Olimpik 2016 tetapi tidak berjaya. Sebaliknya sukan golf dan ragbi yang mendapat undian tertinggi. (ESPN, 2009) . WSF mungkin akan mencuba sekali lagi di Persidangan IOC ke 125 yang akan berlansung di Buenos Aires bertarikh 7 September 2013, untuk memastikan squash dapat dipertandingkan di temasya Sukan Olimpik 2020. Sama-sama lah kita doakan agar ia berjaya.

3) Squash sukar untuk ditonton dan dirakamkan di televisyen.
Ini merupakan satu kritikan yang selalu timbul dan menjadi salah satu sebab kenapa ia tidak dipertandingkan dalam Sukan Olimpik. Kononnya bola squash terlalu laju dan kamera tidak mampu menangkap gerakkan bola berkenaan.(Yorkshirepost, 2011). Selain itu ruangan yang sempit dan tertutup juga dijadikan sebab sukan itu sukar untuk ditonton dan dinilai.

Untuk mengatasi masalah berkenaan dan memastikan ia berjaya layak ke Sukan Olimpik 2020, pihak WSF bakal melakukan banyak perubahan dan peningkatan pada sukan squash. Contohnya dengan memperbaiki sistem kiraan mata, meletakkan pengadil tambahan, menggunakan lantai kaca dan meletakkan rakaman video dalam tempat perlawanan.

bola squash

pelbagai jenis bola squash. kalau nak tahu lebih lanjut sila tanya di bahagian komen haha

Sukan ini telah dipertandingkan di Sukan Komanwel dan Sukan Asia tanpa sebarang masalah. Selain itu kejohanan squash juga telah banyak dianjurkan dengan jayanya, hanya pihak IOC sahaja masih belum begitu yakin dengan sukan ini. Jadi tak mustahil ia akan dipertandingkan dalam Sukan Olimpik pada masa hadapan. Cuma persoalannya adakah kita masih lagi mempunyai permain berkelas dunia pada tahun 2020 nanti?

Trivia: Squash mula diperkenalkan dalam Sukan Komanwel pada tahun 1998 sewaktu Malaysia Menjadi tuan rumah.

ps: Sebelum ini aku tak tahu langsung apa-apa berkaitan dengan squash. Setiap info yang ditulis dalam post ini adalah berdasarkan pemahaman aku dari sumber-sumber yang boleh dipercayaai. Jika ada sebarang penambahan atau pembetulan sila komen :)

Rujukan:

No related content found.

Recent Related Posts

22 thoughts on “Sebab Kenapa Squash Tiada dalam Sukan Olimpik

    • hohoho mungkin jugak.. satu lagi, ranking 1 dengan no 2 squash lelaki dunia orang England yang pegang.. so mungkin diorang taknak Great Britain monopoli la kot haha

  1. kan best kalau sukan squash ni dipertandingkan..pasti dapat makan aiskrim free..hehe

    p/s :nak tanya ,mcm mana ye nak letak related post kat wordpress??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge