Post ini hanya melibatkan tetang reka bentuk banner dan bunting fizikal ya, bukan web banner dan sebagainya. Banner dan bunting biasanya digunakan untuk tujuan mempromosikan sesuatu tak kiralah produk, perkhidmatan, acara dan lain-lain lagi. Banner yang cantik dan berkesan mampu untuk menarik minat orang ramai serta dapat membantu mempopularkan lagi produk anda. Kali ini aku nak kongsikan beberapa tips asas perkara yang anda perlu tahu sebelum anda boleh merekabentuk banner atau bunting anda sendiri.Tips ini berdasarkan pengalaman aku yang tak seberapa dalam bidang rekabentuk grafik ini. Semoga memberi manfaat.
1) Tahu membezakan antara banner dan bunting. Perkara paling asas sekali sebelum anda boleh membuat rekaan yang cantik dan menarik, anda perlu tahu apa beza banner dan bunting. Secara mudahnya, banner adalah melintang dan bunting adalah menegak. Banner biasanya lebih besar daripada bunting dan harganya lebih mahal dan hanya dipasang di tempat-tempat tertentu. Bunting yang berharga lebih murah biasanya dicetak dengan banyak dan dipasang. Jadi kalau anda mahu buat majlis yang kecil-kecilan dan mahu jimatkan kos cukup sekadar menggunakan bunting sahaja. Perbezaan yang lebih jelas boleh dilihat pada gambar di bawah.
2) Tahu saiz dan jenis banner atau bunting yang hendak dibuat. Banner dan bunting mempunyai beberapa saiz tetap yang sering digunakan. Ia mungkin berbeza mengikut kemampuan mesin cetak tempat banner atau bunting itu dicetak, tapi mengikut kebiasaannya saiz banner dan bunting adalah seperti berikut:
- saiz banner: (12 kaki x 4 kaki) / (15 kaki x 4 kaki) / (10 kaki x 5 kaki) / (20 kaki x 4 kaki)
- saiz bunting: (3 kaki x 6 kaki) / (2 kaki x 6 kaki)
Saiz yang dinyatakan hanyalah sekadar panduan jika anda memang tak tahu nak buat saiz apa. Tapi jika bos anda suruh buat banner (30′ x 4′) anda buat jela, jangan marah bos pulak kata Nazrien yang kacak tak cakap pon ada saiz (30′ x 4′). Anda buat je, kalau tak jadi nanti salahkan bos haha.
Bunting terdapat dalam 2 jenis yang dibezakan mengikut kaki bunting berkenaan. Iaitu bunting X-stand (spider-stand) dan bunting T-stand (round-stand). Hal ini sangat penting untuk diketahui kerana bunting X-stand tidak boleh dipasang padang kaki berbetuk bulat atau T-stand dan begitu juga sebaliknya. Kalau anda memang tak mempunyai kaki bunting dan hanya pasang pada tiang atau pokok sila tempah bunting T-stand. Rujuk gambar dibawah.
3) Tahu menggunakan sekurang-kurangnya satu perisian untuk merekabentuk. Ini perkara yang paling penting sekali. Anda perlu tahu meggunakan sekurang-kurangnya satu perisian untuk merekabentuk banner atau bunting. Antara perisian yang sesuai adalah Adobe Photoshop, Adobe Illustrator, Corel Draw dan lain-lain lagi. MS Paint dan Photoscape tak sesuai untuk merekabentuk banner ya. Secara peribadinya aku lebih galakkan untuk guna Adobe Illustrator (Ai) berbanding Photoshop (Psd) kerana Ai dapat menghasilkan imej vector manakala Psd hanya menghasilkan imej raster. Nak tahu perbezaan vector dan raster? Sila tanya.
Kalau anda memang tidak tahu menggunakan mana-mana perisian sila belajar atau nak lebih cepat sila upah orang lain untuk buat banner anda. Bukan semua benda kita boleh buat sendiri π Walaupun anda upah orang, kalau anda tahu sedikit sebanyak tentang rekabentuk banner dan bunting kan lagi bagus.
4) Tahu perbezaan antara warna CMYK dan RGB. CMYK adalah empat warna yang terdapat pada mesin cetak yang membawa maksud Cyan, Magentha, Yellow, dan Key (hitam) dan RGB bermaksud Red, Green, Blue. CMYK sesuai untuk rekabentuk cetakkan seperti banner, bunting kad dan sebagainya manakala RGB sesuai untuk rekabentuk digital seperti banner web dan sebagainya. Apabila anda hendak merekabentuk banner atau bunting, anda perlu tukarkan Color Mode kepada CMYK Color. Jika tidak, apabila banner atau bunting anda siap dicetak nanti warnanya tidak akan sama seperti warna yang anda kehendaki.
5) Tahu apa yang anda hendak tulis di banner atau bunting berkenaan. Jika anda tidak tahu empat perkara di atas tidak mengapa kerana anda boleh tanya orang lain atau mengupah sahaja orang yang pakar. Tapi kalau anda sendiri tak tahu apa yang anda nak tulis pada banner tersebut, lupakanlah niat anda seketika dan sila perah otak memikirkan informasi dan ayat yang sesuai.
Tips tambahan berdasarkan pengalaman tak seberapa. Untuk merekabentuk banner yang berkesan, pastikan penggunaan warna adalah bersesuian. Jangan terlalu taksub menggunakan banyak warna dan menyebabkan banner atau bunting anda sukar untuk dibaca. Pastikan perkataan pada banner atau bunting itu lebih menonjol berbanding latar belakang banner berkenaan.
Aku tak dapat nak berikan sebarang panduan tentang harga banner atau bunting kerana ia berbeza mengikut negeri, tempat, status dan kedai yang anda tempah. Kalau ada sebarang pertanyaan lagi boleh diajukan secara terus kepada Nazrien di facebook, twitter, email dan sebagainya. Sekian terima kasih, semoga dapat memberi manfaat kepada anda.
terbaiklah bro, pandai design design ni yer
Serahkan pada yang pakar untuk membuatnya.. π tentu hasilnya lebih mantap.
tepat sekali haha.. tapi kalau tahu sedikit perkara asas pon bagus jugak
yang paling penting adalah kebolehBACAan.
ada orang buat dua benda ni macam buat flyers. tulisan kecik gila..nak kena dekat baru boleh baca..
sebenarnyakan tulisan kecik gila pada flyers tu kadang-kadang trick dan memang sengaja dibuat. Macam terma dan syarat.. Tulis promosi besar-besar lepas tu tulis syarat kecil. Kalau orang tak perasan syarat-syarat tu nasib la..
terima kasih banyak maklumat yg disampaikan. boleh jadi rujukan
semoga memberi manfaat bersama
imej raster dan vector penah belajar..baru aje 2bulan..lupa sudah…hahahaha..blajar utk exam..mcm gini lah…huhu
boleh belajar balik.. takde masalah haha
boleh tempah banner nih π
suak baner nampak simple tpi menarik di tgok berkali2
yup, itu banner yang berkesan la tu kalau orang nak tengok banyak kali
ko pandai design bunting? berapa ko caj?
tengok keadaan jugak la, RM20-50+-
tak masuk harga printing la kan
Assalam..
Kalau nak tempah bunting macam orang kahwin, cas berapa ek?
Mana tau kot2 satu hari nanti nak buat bunting gambar seisi keluarga.
wassalam.. biasa ada pakej sekali dengan photographer bunting kahwin tu. Kalau nak tempah lain pon boleh jugak, biasa harga cetak dalam 20-30 design tu mungkin berbeza harga
nanti ciktom nak order bunting kawin blh la ek diskaun..hehe =)
komen ciktom msk spam ke? kl ye tlg unspam ek..thanks
ok dah unspam..
Susah juga hendak membuat pemilihan. Macam-macam perkara yang perlu diambil kira.
yup biasalah tu, nak hasil yang terbaik kena la bersusah sikit
yang penting penggunaan warna…
saya biasa pilih jenis banner ikut keadaan….kalau nak pakai lama pilih yang kualiti skit…kalau nak pakai sekejap, amik je yang paling murah…hehehe
ooo aku baru tahu ada beza kualiti banner.. terima kasih.. nak kena belajar lagi ni hohoho
Laaa…baru tahu..yang menegak tu panggil bunting..biasa panggil banner menegak jer..haha..aku percaya..pemilihan warna agar kelihatan menarik memang satu kerja yang agak sukar..aku sendiri masih fail lagi dalam keceriaan warna..hehe
warna tu memang satu benda yang sangat subjektif. Kadang-kadang kita tengok lawa tapi pelanggan tak suka jugak haha
terima kasih utk pnjelasan…
sy ada x-stand utk bunting tshirt boboiboy jualan sy π
orang berniaga memang suka pakai x-stand ringan dan senang nak bawak kemana-mana.. T-stand biasa kat dewan je pakai. Tapak dia berat sikit
Salam bro Nazrien..just nak tanya..harap soalan ni tak keluar dari topik ye..kalau aku nak upah bro buat header banner untuk blog aku boleh ke?berapa agak2 charge nyer..sbb aku masih mencari2 designer untuk buat header untuk blog aku.. nak buat sendiri tak pandai..
bro pi kat facebook nazrien.com, message kat situ bro kita bincang tengok macam mana
Saya dah hantar mesej ke facebook.. π
Perkara no 4 tu yang aku baru tahu.. sebabnya aku memang selalu hadapi masalah pasal tu.. lain warna di skrin, lain warna yang dicetak.. terima kasih banyak2 bro.. tips ni memang terbaik π
benda tu memang kesilapan biasa yang orang buat.. Awal-awal dulu pon aku pernah buat silap lepas tu belajar daripada pengalaman la haha
kalau nk wt banner 16 X 4 kaki, cmne nk setting size utk height dan width..?
tme kseh…
tips yang berguna. tengah fikir nak buat banner ni. π
baru terbaca tips ni. boleh dijadikan panduan di masa depan
Er..Salam. Nk tanya ada ke saiz bunting 20 kali 3 kaki?
Assalam..
ada tak nota basic sal adobe illutrator dan photoshop? π
nak tau la.. misal kata nak design signboardkan.. kalo saiz tu 15kaki x 150kaki.. saiz ape yg sesuai tuk Ai atau PS… sbb kalo ikut original saiz besar giler nak save dlm JPEG pun x boleh.. apatah lagi nak email..huhuu.. ade ape2 tips tak..
sori menyampuk..saya sajeskan buat dalam format ai..boleh guna skala 1/4 dari saiz asal supaya senang nak simpan dlm thumbdrive..kenapa format Ai? senang utk designer nak scale up semula ke saiz yang sebenar untuk printing
nice tips.. cuma sy masih konpius beza vector dgn raster tu
salam…
tq tips yg sgt menarik dn berguna utk sy krn sy tgh cbe hasilkan bunting sndri..ape 2 imej raster & vector? sye bru je belajar PS & AI, byk benda lg sy x tw..
hello, i nak tanya kalau nak design bunting dgn guna Ai. size bunitng nak berapa? i baru belajar m’guna Ai dan ps? hehe
Thanks.
Google tentang banner cantik, keluar tentang entri ni. So, singgah sini dan terima kasih atas perkongsian ilmu bermanfaat ni π
perbezaan vector dan raster?
salam,
saya baru dpt job untuk mereka bentuk banner, banner ini berkaitan dengan aedes…boleh tak bagi sedikit idea untuk merekabentuk banner ini…
wow. kemas. π
TQ Bro. Sangat berguna.
terima kasih atas perkongsian ini..menarik dan bermanfaat
tips yg bagus untuk aku memulakan kerja mendesign banner ni.. macam tau2 je boss aku suruh buat banner bila ada kau mention dlm post ni .. haha π
helo…macam mana nak setting kat ai ni..dari segi width dengan height?
ikut kemahuan tuan…kalo saya prefer dalam ukuran inchi contoh bunting saiz 2 kaki x 5 kaki…saya akan convert jadi ukuran inci 24inch x 60 inch..ppi boleh pilih samada 300ppi atau 150ppi..bg saya 150ppi sudah cukup
Terima kasih atas informasi ini. Design kalau tak biasa buat jenoh la. Nak cari gambar pon 1 hal. Kalau cari gambar tak jumpa2 pon masa byk terbazir. Hihi
Terima kasih atas informasi diatas amat berguna terutamanya memilih saiz banner or bunting yg bersesuaian.
mana nak beli mesin ni? saya nk buat bisnes jual kacang.
Perkongsian yang bagus….
HarapΒ² yg buat bating baner baca ilmu dan lebih belajar lg, sy cukup sukar nak tempah banting, dlm pkp semua dlm talian bagi kepercayaan dekat designer tapi yg datang hampa background mcm eskrim padelpop gambar kita dah berwarna warni jgk. tulisan sukar dibaca tak menonjol tulisan susunan mcm puisi dlm penanda buku. Bila kita tegur designe dia terus melenting. Bagi contoh yg kita buat dlm apps fone nak gambarkan utk dia apa dia buat copy paste yg kita buat… Bila kita tolak cakap buang masa dia ..sy bayar designe mengarut dia dgn chaj dia. Sedih lah otak masih di bawah tempuring tapi dah gelar diri designer.