Gambar Tak Keluar Bila Ping di GengBlogger? Ini Penyelesaiannya

Salam sejahtera kepada semua pembaca, harap maaf kerana telah agak lama blog ini tidak dikemaskini. Mulai hari ini nazrien.com akan kembali dengan post-post yang berguna untuk menjadi seorang blogger yang kacak. Sokongan anda semua sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Untuk post kali ini penulis ingin berkongsi satu cara untuk menyelesaikan masalah yang sering timbul bila hendak ping post terbaru di GengBlogger (GB). Iaitu gambar thumbnail tidak kelihatan bagi mereka yang menggunakan wordpress dengan domain sendiri. Walaupun GB masih lagi tidak stabil dan semakin kurang digunakan, diharap post ini dapat membantu bila GB kembali nanti. Sebelum itu, cara ini hanya berguna bagi pengguna wordpress dengan hosting sendiri dan juga sesuai bagi tema blog yang mempunyai fungsi thumbnail. Untuk blog yang tidak mempunyai fungsi thumbnail sama seperti nazrien.com, nantikan post lain pada masa akan datang.

post yang berjaya

contoh post yang berjaya

Apa yang perlu anda lakukan adalah memasukkan code di bawah ini ke bahagian function.php tema anda

function diw_post_thumbnail_feeds($content) {
global $post;
if(has_post_thumbnail($post->ID)) {
$content = '<div>' . get_the_post_thumbnail($post->ID) . '</div>' . $content;
}
return $content;
}
add_filter('the_excerpt_rss', 'diw_post_thumbnail_feeds');
add_filter('the_content_feed', 'diw_post_thumbnail_feeds');

Code ini sebenarnya digunakan untuk memaparkan thumbnail pada feed anda, dengan itu, gambar dapat dipaparkan bila anda ping di GB.

Sekian sahaja post ringkas yang mungkin berguna kepada peminat tegar GB. Diingatkan sekali lagi, cara ini hanya berguna bagi pengguna wordpress dengan hosting sendiri dan juga sesuai bagi tema blog yang mempunyai fungsi thumbnail. Untuk blog yang tidak mempunyai fungsi thumbnail, nantikan post lain pada masa akan datang.

Sila ikuti nazrien.com di facebook untuk mendapatkan update terkini dan untuk beramah mesra :D

sumber: digwp

Tags: ,
Comment (RSS)  |  Trackback

26 Comments

  1. zaryl says:

    woo nazrien.com sudah kembali nampaknya hehe

    ada mention pasal tema yang hanya mempunyai fungsi thumbnail je yg boleh guna kod ni. maksudnya mcmana tu? boleh terang dengan lebih panjang lebar?

    * gengblogger dah ok ke?

    Reply

    nazrien Reply:

    tak ok sangat.. sakit lagi..

    kalau theme lama biasanya dia tak support featured image function yang baru tu.. code ni dia tarik image dari situ la..

    Reply

  2. afiq aiman says:

    thanks..patut stiap kali ping xde gambar..ok2 aku cuba

    Reply

    arnamee Reply:

    Thanks ya.patutlah pun. aiyakk. nak cuba jugak!:)

    Reply

  3. boleh guna kekotak EXCERPT dalam wp :)

    Reply

    nazrien Reply:

    nak buat macam mana ye? sila beri tunjuk ajar.. hohoho

    Reply

    Nizam6281 Reply:

    Ada kat Anak Perak.com
    Tapi cara tu susah sikit sapa yang tak paham coding
    Silap2 boleh tak keluar langsung isi apabila ping..Just keluar tajuk jek

    Anyway Topi code tu letak bawah/atas apa?

    Reply

  4. zairie says:

    tips yang berguna.. slalu ping kat innit… :)

    Reply

  5. hmm.. function php nie kat theme editor kan? jap thumbnail blog yang mana satu rr? gambar gravatar admin ke? hhohoho, sori tatau.. haha! harap respon kat soklan nie..

    Reply

    nazrien Reply:

    thumbnail tu.. gambar yg ada kat depan contohnya tengok kat cisdel.com denkat main page dia kan ada gambar kecik2 sebelah post, itu la thumbnail.

    Reply

  6. eiman says:

    satu soalan, nak paste kat mana dalam function.php code yang di atas tu? takut salah paste kang jadi error plak

    Reply

    nazrien Reply:

    tampal sebelum

    ?> 

    yang paling akhir sekali

    Reply

    eiman Reply:

    dah masukkan, cemana nak check jadi ke tidak eh?

    Reply

    eiman Reply:

    dah remove balik.. bila letak code tu trus tak bole bukak blog.. siut jer..

    nazrien Reply:

    sori bro..aku baru lepas check coding tu.. ada problem sebab salah paste hari tu..

    aku dah betulkan balik coding tu.. boleh la try balik kalau sudi

  7. eiman says:

    tak paham jugak, nak try guna tapi takut blog jem tak boleh bukak.. hehe

    Reply

  8. wanluqman says:

    tips berguna, tq. tiap kali nak masuk GB kena warning, xleh ping lama daa

    Reply

  9. mosyar says:

    kenapa sehingga hari ini aku masih tidak dapat login gengblogger? tak paham aku..

    Reply

  10. qalish says:

    kalau untuk blogger macam mana yer?

    Reply

  11. amar says:

    alam nak tanya pasal ping kat GB tapi tak keluar gambar.nak paste kod tu kat function.php kan?tapi boleh paste kat area mana2 je eh?thanks in advance :)

    Reply

    nazrien Reply:

    dekat bawah sekali sebelum

    ?>

    tak tak tentu boleh jadi lagi.. kalau ada rezeki insyaAllah hehe

    Reply

  12. Izwan says:

    dah letak..tapi theme aku tu takde appear pape pun kat function.php..framework pagelines yg free pnye..tengok dulu r camane..thanks 4 this info.. :)

    Reply

  13. cikgu faezah says:

    patutla tak keluar ajer..

    Reply

  14. Tip yang sungguh berguna. Thanks bro…:)

    Reply

  15. landax says:

    adoi T_T aku pengguna blogspot ..em

    Reply

Leave a Reply