Ruangan Baru di nazrien.com: “Edisi Siasat”
Mulai post ini akan wujud satu lagi ruangan baru di nazrien.com iaitu Edisi Siasat. Ruangan ini bertujuan untuk membongkar segala trend dan permasalahan yang berlaku di alam blog ini. Kes-kes atau kisah yang terbongkar selesaikan bersama-sama menurut pendapat dan pandangan sesiapa yang membaca kes-kes yang diutarakan. Ini bermakna semua orang akan memberikan pendapat masing-masing sama ada ia benar atau tidak dinilai sendiri oleh pembaca.
Kenapa ruangan ini diwujudkan? Kerana alam blog kini semakin berwarna-warni dan masing-masing mempunyai pendapat dan pandangan masing-masing. Anggaplah ini sebagai satu medium untuk bertanya dan mengutarakan pendapat dengan berhemah. Yang mana baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan.
Masih kurang jelas tentang ruangan Edisi Siasat ini? Secara mudah, analoginya seperti berikut:
- nazrien.com akan memerhatikan mengumpul masalah ataupun trend semasa blogger dan dituliskan dalam ruangan edisi siasat.
- Contohnya, post pertama dalam siri Edisi Siasat bertajuk: “Benarkah Shoutbox Mampu Meningkatkan Trafik?”
- nazrien.com akan menulis pro dan kontra tentang tajuk berkenaan dan diharapkan agar para pembaca dapat turut sama mencurahkan pendapat dengan cara yang berhemah.
- walaupun pembaca bebas memberikan pendapat, tetapi pihak nazrien.com akan turut sama memantau untuk memastikan tiada berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.
- Jika kes tidak dapat diselesaikan atau terdapat terlalu banyak pendapat yang bercanggah kami akan menjemput mereka yang benar-benar pakar dan berpengalaman dalam bidang tersebut untuk mengutarakan pendapat.
- Akhirnya kes akan ditutup
Dengan cara ini mungkin terdapat perkara yang kita terlupa atau terlepas pandang dapat dipelajari daripada rakan-rakan blogger yang lain. Ruangan Edisi Siasat akan berada dalam tempoh percubaan untuk beberapa ketika, jika respon yang diberikan kurang menggalakkan mungkin ruangan ini akan ditutup atau diolah semula.
Akhir kata, diharapkan ruangan ini mendapat respon daripada rakan-rakan blogger dan mari bersama-sama menjadi blogger kacak di internet. Jika terdapat sebarang soalan atau cadangan boleh diajukan dibahagian komen ataupun di formspring.



post pertama utk edisi siasat apa?
hoho
Reply
May 20th, 2010 at 2:08 am
ada tulis rasanya kat atas tu.. ” Benarkah Shoutbox dapat membantu meningkatkan trafik”
Reply
May 20th, 2010 at 10:57 pm
cakap, contoh. haha~
Reply
cop cop! ko nak perkenalkan ke? atau di post ni sedang berlangsung edisi siasat tersebut?
Reply
May 20th, 2010 at 2:12 am
ni baru pengenalan.. anggaplah ini edisi siasat untuk kaji tentang benda ni.. hohoho
Reply
oh ingatkan edisi siasat belog gua ke apa HAHA
Reply
ooo ingatkan nak siasat apa ntah heheh..
kalau guna Shoutbox atau Shoutmix atau apa2 yang shout..
ada kemungkinan boleh jadi meningkatkan trafik kepada blog kita
tapi saya rasa nak tambah sedikit kalau kita tinggalkan komen pun boleh naikkan trafik ke blog kita juga..
Reply
bagosss…!
Reply
hohoho…mantap ni…jgn ada kes hentam2 menghentam dah la pasni…hehe…
apa kata ko siasat ni 1) ” log in fb dapat 100….”
2) turn off laptop dapat 5000
3) komen blog topotato.com tingkatkan traffik….
4)cisdel.com tidak berwarna hijau? betulkah….
hahaha…gurau je abg topo..auww..auw..
Reply
kenapa edisi siasat
edisi siasat trademark ntv7
guna la nama lain topo
Reply
June 11th, 2010 at 12:04 pm
nnt abg topo pakai “Edisi Siat-siat”…hehe
Reply
hoho.. mantap rr. cam titan.. haha! Weyh, sempena ko wujudkan ruangan baru nie, aku nak request satu kes.. bleh tak siasat “theme paling mantap untuk trafik”.. haha, sebab aku tengah pikir nak tukar theme nie.. hohoho
Reply
waa… gempak! menarik meyh..hee
Reply
idea yang menarik..belum pernah lagi kot chybee tgk blogger buat camni..sangat cool!
Reply
topo bila nak update ni?
Reply
erm bagus gak tu..tapi letak shoutbox mudah sikit kita nak balas kunjungan..
depend pada orang la..
Reply
edisi siasat ni ader ayat2 power x cam kt ntv7 dulu tuh.. “ape ke teeet “… haha xD
Reply
hoho..dah macam penyiasat dah nih..
Reply