Ramai yang bertanya macam mana untuk meletakkan banner terapung di blog (floating banner). Terapung itu bukan bermaksud banner itu akan terbang atau sebagainya> Banner terapung itu bermaksud walaupun blog anda di scroll ke bawab, banner tersebut akan kekal pada tempatnya. Contohnya di topotato.com, banner tersebut mempunyai banyak fungsinya tidak hanya terhad untuk iklan sahaja ia juga boleh digunakan untuk widget RSS atau mungkin ucapan alu-aluan kepada pelawat blog anda.

contoh penggunaan banner terapung di topotato.com
contoh penggunaan banner terapung di topotato.com

Cara untuk meletakkan banner terapung di blog anda adalah mudah sahaja, hanya sedikit coding CSS diperlukan:

<div style="position: fixed; bottom: 5px; right: 5px;"><a href="http://topotato.com/advertise/" target="_blank"><img src="http://img50.imageshack.us/img50/7466/adsan.jpg" alt="pengiklanan di topotato.com" width="125" height="125" /></a></div>

Penerangan: “div style=”position: fixed; bottom: 5px; right: 5px;” menentukan kedudukan banner tersebut position fixed yang menjadikan ia kekal pada tempatnya walaupun blog anda di scroll ke bawah. Untuk yang lain itu sila bereksperimentasi sendiri untuk mengetahui kegunaannya.

Sila gantikan url dan url gambar anda sendiri di coding berkenaan. Selepas itu letakkan coding berkenaan di edit template bagi pengguna blogger dan untuk pengguna wordpress berhosting sendiri digalakkan untuk meletak coding berkenaan di bahagian footer sebelum < /body>.

Sekian sahaja post ini, diharapa ia dapat memeberi manfaat kepada yang memerlukan. Jika ada sebarang masalah sila ajukan di bahagian komen.

No related content found.