Semua penulis blog pasti akan berasa gembira jika post yang ditulis di blog dibaca oleh orang ramai dan meniggalkan komen atau respon yang baik di post berkenaan. Ada juga penulis blog yang sangat gemarkan komen daripada pembaca dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan komen yang banyak. Post kali ini tidak akan menyentuh berkenaan jumlah komen di sesebuah blog, tetapi akan berkongsi tentang beberapa plugin yang sangat berguna di ruangan komen.

1) WordPress Gravatar. Plugin ini memang tidak asing lagi kerana telah banyak kali disebut di dalam blog ini. Kepada yang masih tidak mengetahui, plugin ini bertujuan untuk memaparkan avatar pemberi komen di setiap komen mereka. Setiap orang pasti gembira jika wajah kacak mereka terpampang di blog lain dan plugin ini sangat dapat membantu.WordPress Gravatar

2) WP-Ajax Edit Comments. Setiap orang pasti akan melakukan kesilapan, dalam menulis komen juga pasti seseorang itu tidak akan lari daripada melakukan kesilapan. Oleh sebab itu plugin ini sangat berguna. Pemberi komen dapat membetulkan kesilapan yang telah ditulis dibahagian komen tanpa perlu mendapatkan bantuan daripada pemilik blog. Selain itu, pemberi komen juga boleh meminta untuk komen mereka dibuang dengan hanya satu klik. WP-Ajax Edit Comments

contoh penggunaan wp-ajax edit comments
contoh penggunaan wp-ajax edit comments bagi pemilik blog

3) WordPress Thread Comment. Plugin ini bertujuan untuk membalas komen yang telah diberikan. Dengan menggunakan plugin ini, komen yang dibalas akan berada di bawah komen asal. Selain itu dengan menggunakan plugin ini, kita dapat memaklumkan kepada penulis komen bila komen mereka telah dibalas.WordPress Thread Comment

4) Commentluv. Plugin ini dapat memaparkan post terbaru daripada blog pemberi komen. Anggaplah ianya sebagai ucapan terima kasih kepada pembaca yang sudi untuk meberikan komen mereka. Commentluv

5) WP-Grins. Dengan menggunakan plugin ini, pemberi komen dapat meletak emoticon atau smilies yang dapat menambahkan lagi keceriaan komen. Selain daripada WP-Grins, LMB^Box Smileys juga boleh digunakan. WP-Grins.

6) Highlight Author Comments. Dengan menggunakan komen ini, anda boleh membezakan komen yang ditulis oleh pembaca ataupun komen itu ditulis oleh Author atau admin dengan menggunakan CSS ringkas. Plugin ini juga sangat sesuai digandingkan bersama WordPress Thread Comment. Highlight Author Comments.

7) Source Codes in Comments. Plugin ini sangat berguna bagi blog tutorial ataupun blog yang menyediakan tema wordpress kepada pembaca mereka. Dengan menggunakan plugin ini, pembaca dapat menampal coding di bahagian komen untuk mendapatkan maklum balas atau bantuan daripada pemilik blog. Source Codes in Comments

Plugin-plugin yang dinyatakan di atas ini memang sangat berguna dan amat digalakkan mengikut kesesuaian blog anda. Sekiranya anda memerlukan pendapat atau cadangan tentang plugin-plugin lain yang diperlukan di blog wordpress anda, sila ajukan di ruangan komen. Mungkin nazrien.com dapat membantu memberikan cadangan yang sesuai.