Setiap hari semakin banyak blog yang wujud di alam maya yang mencabar ini. Mungkin kerana menulis blog sudah menjadi satu trend yang agak popular pada masa kini, boleh dikatakan semua orang memiliki blog. Tetapi terdapat beberapa tidakan para penulis blog yang mencemarkan kesucian blog dan menyebabkan penulisan blog itu dipandang rendah oleh pihak lain. Berikut adalah beberapak perkara yang mencemarkan kesucian blogging.

1) Plagiarism. Kononnya anda penulis blog yang hebat, ada 3-4 blog dalam jagaan anda yang sering dikemas kini setiap hari. Tapi malangnya setiap post yang anda tulis di semua blog anda itu disalin daripada blog lain. Apa yang lebih menyedihkan lagi, di ruang profile blog anda anda tuliskan seorang pelajar dari sekolah yang terkemuka. Itu bukan sahaja akan mencemarkan nama anda malah nama sekolah yang anda banggakan juga turut menerima kesannya.

2) Semua post yang anda tulis dalam keadaan emosi yang sangat teruk. Tidak dinafikan banyak blog diwujudkan dengan tujuan berkongsi pengalaman hidup atau personal. Tetapi tak semestinya semua post perlu memaki hamun seseorang atau mana-mana pihak. Tidak cukup dengan emosi yang teruk, setiap post ditulis dengan caci-maki dan carutan yang sangat kasar dam tidak enak untuk dibaca. Percayalah setiap perkara yang anda sebarkan diinternet ini sangat mudah diketahui oleh orang yang tidak sepatutnya. Jangan sampai kenyataan emosi anda di blog anda menyebabkan anda meringkuk di penjara atau sesuatu yang lebih teruk lagi.

3) Semua perkara nak dijadikan isu dan diperbesarkan di blog. Oleh sebab terlalu obses untuk mendapatkan trafik yang tinggi, anda mencetuskan isu yang tak sepatutnya di blog. Padahal isu itu sangat kecil dan tidak patut diperbesarkan, tetapi dengan menggunakan ayat hebat anda, anda berjaya mewujudkan propoganda yang menyusahkan ramai pihak. Berhati-hatilah kerana sesuatu isu yang dibangkitkan tanpa sebarang usul periksa itu boleh mengundang fitnah yang dasyat dan menghancurkan ramai pihak.

4) Menjadikan blog itu sebagai satu benda yang wajib dan perlu dikemaskini setiap masa. Apabila anda menjadikan blog sebagai satu benda yang wajib dan memberi tekanan kepada anda untuk update setiap masa anda hanya akan menghasilkan sesuatu yang tidak berguna. Kemudian ia akan memeberikan lebih tekanan kepada anda bila tiada yang mahu membaca blog anda.

5) Spam. Semua tempat yang anda pergi anda mempromosi blog anda. Setiap kotak jerit dan ruangan komen pasti tidak akan terlepas daripada cengkaman URL blog anda. Dan perkara ini dilakukan di tempat yang sama berulang kali. Tindakan ini akan menyebabkan orang lain memandang serong pada blog anda dan juga penulis blog yang lain kerana menganggap semua penulis blog adalah penyebar SPAM.

Jika anda menulis sesuatu yang bermanfaat pada mana-mana pihak, mungkin ianya boleh dimaafkan tetapi jika penulisan anda adalah berdasarkan 4 point yang ditulis di atas lebih baik anda lupakan sahaja niat untuk menyebarkan URL blog anda secara besar-besaran itu.

kredit gambar