Sekarang ini sedang sibuk tentang kes plagiarism atau blogger yang meniru, menyalin post blogger lain tanpa sebarang kredit mahupun link terima kasih. Jika hal ini berlaku kepada anda pasti anda akan berasa sakit hati kerana usaha anda berpenat lelah selama ini dengan mudah diambil oleh orang lain. Berikut adalah beberapa sebab kenapa plagiarism tidak dapat membantu dalam proses menaikkan blog anda.

1) Sangat mudah untuk pemilik post asal untuk mengetahui jika blog mereka diplagiat. Jangan ingat jika anda tidak memberitahu pemilik asal post yang anda tiru mustahil untuk mereka dapat mengetahuinya. Di alam maya yang serba moden ini sangat mudah untuk mengetahui jika kandungan di blog seseorang itu disalin daripada blog lain. Dan adalah lebih bodoh jika post berkenaan ditiru bulat-bulat dari awal hingga akhir.

2) Ia akan menaikkan nama penulis blog yang anda tiru. Dengan meniru post atau isi kandungan daripada blog lain, ia hanya akan menaikkan nama penulis blog asal. Ini kerana persepsi pembaca bahawa blog yang anda tiru itu sangat hebat hinggakan ada orang lain yang sanggup meniru blog berkenaan. Dengan itu orang ramai akan lebih berminat untuk membaca blog original kerana tak perlu menunggu masa untuk peniru berkenaan menyalin blog tadi.

3) Ia akan menjatuhkan kreadibiliti anda sebagai penulis blog. Apabila para pelawat mengetahui blog anda disalin atau ditiru daripada blog lain, pasti mereka akan melarikan diri. Jika anda telah insaf dan mampu untuk menulis post yang sangat bermutu pasti mereka telah hilang kepercayaan kepada anda dan mengaggap post itu juga ditiru daripada blog lain.

4) Anda akan membantu untuk mempromosi blog yang anda tiru. Kebanyakkan peniru blog memang akan menyalin post dari awal hingga ke akhir tanpa sebarang usul periksa. Mungkin dalam post yang ditiru itu mengandungi link ke blog asal post berkenaan. Ini akan menyumbangkan trafik kepada penulis asal post berkenaan dan kegiatan meniru blog anda akan terbongkar.

5) Anda tidak akan berasa puas dengan dunia blog dan tidak dapat menikmati kemanisan blog. Dengan meniru atau menyalin post dari blog lain, pasti anda tidak akan berasa puas terhadap blog anda. Walaupun 1001 komen muncul memuji-muji post bermutu yang telah anda tulis tapi pasti anda tidak akan berasa sangat gembira dan semakin jauh la anda untuk merasai kemanisan menulis blog.

Sekiranya post ini akan membuatkan sesetengah pihak terasa hati, seribu kemaafan dipinta. Tetapi plagiarism adalah perbuatan yang sangat tidak bermoral dan akan mencemarkan dunia blog yang kacak ini. Jika perbuatan plagiat anda diketahui, anda perlu memulakan semula dari awal untuk menjadi seorang penulis blog dan ia sangat membazirkan masa.

No related content found.