Semakin hari semakin banyak blog yang wujud di alam maya ini dengan pelbagai jenis dan rupa. Menulis blog mungkin telah menjadi trend masa kini yang semakin popular. Tetapi malangnya banyak blog yang sekadar wujud hanya untuk seketika sahaja dan kecundang sebelum sempat untuk berjaya. Berikut adalah beberapa tekanan yang akan melunturkan semangat untuk menulis blog yang mungkin anda boleh elakkan.

1) Tekanan untuk menulis sesuatu yang berkualiti. Ini merupakan tekanan yang sering menimpa penulis blog kerana mereka mahukan sesuatu yang mampu untuk menarik minat pembaca mereka dan dapat memuaskan hati mereka sendiri. Oleh kerana terlalu sukar bagi mereka untuk mendapatkan post yang berkualiti blog itu dibiarkan bersawang dan akhirnya penulis berhenti untuk menulis. Cara untuk mengatasinya adalah sangat mudah, tumpukan kepada tujuan utama anda menulis dan gunakan kepakaran atau kemahiran yang anda ada untuk dikongsikan bersama para pembaca. Elakkan daripada menulis sesuatu yang diluar bidang anda dan memerlukan terlalu banyak kajian untuk menghasilkan post berkenaan.

idea untk menulis blog
idea untk menulis blog

2) Tekanan untuk mendapatkan trafik. Bagi sesetangah penulis blog, trafik merupakan perkara yang amat penting sekali. Tetapi jika anda terlalu memikirkan tentang trafik tanpa sebarang tindakan untuk menaikkannya ianya amatlah sia-sia. Bukan mudah untuk mendapatkan trafik yang banyak tetapi ianya tidak mustahil. Jangan harapkan trafik yang banyak boleh datang secara tiba-tiba tanpa anda melakukan apa-apa. Trafik yang banyak juga tidak akan datang secara sekali gus dalam masa yang singkat. Jadi jika anda mahukan trafik yang banyak, teruskan menulis blog dan pelajari teknik yang berkesan untuk meningkatkan trafik dan ia juga boleh didapatai melalui pengalaman yang anda akan terima nanti.

3) Tekanan untuk menjana wang melalui blog. Setelah hampir sebulan menulis blog anda masih tidak dapat menjana pendapatan melalui blog. Memang tidak dinafikan, pendapatan boleh dijana dengan menulis blog. Banyak atau sedikit wang yang anda boleh perolehi melalui blog itu bergantung pada komitmen anda sendiri. Tetapi jika anda terlalu tertekan kerana tidak memperoleh pendapatan melalui blog dan seterusnya berhenti, anda mungkin akan menutup peluang untuk menjana pendapatan yang lebih lumayan di masa akan datang.

4) Tekanan untuk mendapatkan komen. Anda menulis dengan penuh semangat tetapi malangnya hanya terdapat 1 atau 2 komen sahaja yang terdapat di post berkenaan. Ini membuatkan anda berputus asa kerana menyangka tiada yang berminat dengan penulisan anda dan membuatkan anda berputus asa untuk menulis post yang berkualiti. Sesungguhnya komen yang banyak tidak menunjukkan bahawa anda seorang penulis blog yang bagus. Teruskan menulis dengan ikhlas dan suatu hari nanti anda akan menerima komen yang ikhlas yang lebih baik berbanding ratusan komen yang sekadar suka-suka sahaja. Atau anda juga boleh membaca post ini untk mendapatkan tips meningkatkan komen.

5) Tekanan untuk mendapatkan blog yang cantik. Setiap penulis blog pasti mahukan blog mereka kelihatan cantik dan unik berbanding jutaan blog lain di alam maya ini. Tetapi malangnya untuk mencari tema yang cantik untuk blog anda sangat membebankan. Terdapat jutaan tema yang boleh didapati secara percuma di internet tetapi satu pon tidak mampu memuaskan hati anda. Apa yang anda boleh lakukan adalah dengan memilih tema yang mudah dan risngkas, seterusnya mengubah mengikut kesesuaian anda. Atau anda juga boleh mengikut tips untuk memilih tema yang sesuai untuk blog anda.

6) Tekanan untuk menjadi sama hebat seperti blogger lain. Anda iri hati melihat blog-blog lain yang popular dan ramai pelawat. Oleh yang kerana itu, anda mengikut gaya penulisan mereka dan menulis topik yang sama seperti mereka dengan harapan untuk mendapatkan trafik yang seumpama mereka. Lebih teruk lagi, anda copy dan paste artikel menarik yang terdapat di blog itu. Sesungguhnya tindakan itu bukan dapat menjadikan blog anda lebih hebat, tetapi akan menjatuhkan blog anda dalam masa yang terdekat. Gunakanlah kreativiti anda sendiri dan tulislah dengan ikhlas dan unik kerana pembaca gemarkan sesuatu yang unik dan menarik. Suatu hari nanti anda juga akan menjadi sama hebat seperti blogger lain atau mungkin lebih hebat lagi.

tekanan untuk menjadi blogger hebat
tekanan untuk menjadi blogger hebat

Cukuplah sampai di sini post untuk kali ini, jika ada yang ingin ditambah jemputlah untuk memberi komen di bawah ini. Akhir kata bukan mudah untuk menjadi seorang penulis blog, tetapi bila anda telah mendapat kemanisan dalam menulis blog itu anda tidak akan berhenti untuk terus menulis blog.

kredit gambar: spinach flame, we blog catoons