4+1 Tips Untuk Menulis “About Me Page”

Dalam post yang sebelum ini penulis ada menyatakan tentang kepentingan menulis page About Me atau tentang saya. Berdasarkan respon yang diterima, ramai penulis blog yang mengatakan bahawa agak sukar untuk menulis page berkenaan. Berikut adalah beberapa tips yang boleh diikuti untuk menulis page About Me.

Tips ini agak sesuai bagi blog personal ataupun blog profesional yang mempunyai niche tersendiri.

1) Tulis tentang siapa diri anda. Nama pon blog personal, pasti para pembaca mahu mengenali dengan lebih dekat siapa anda. Tidak perlu tulis dengan panjang lebar, cukup sekadar pengenalan ringkas yang anda rasakan para pembaca perlu tahu. Sila jangan berkongsi maklumat yang tak sepatutnya contohnya anda memberitahu semua orang anda simpan RM 1 Juta di bawah bantal. Sesungguhnya maklumat itu akan memudaratkan anda.

Anda juga boleh berkongsi tentang kepakaran anda agar boleh meyakinkan lagi pembaca untuk mempercayai apa yang anda tulis terutamanya bagi penulis blog profesional.

2) Tulis tentang tujuan blog anda diwujudkan. Walaupun mungkin ramai yang tahu anda menulis blog personal, tetapi apa salahnya jika anda menerangkan sedikit tentang blog anda. Contohnya “blog ini ditulis untuk berkongsi pengalaman menjadi kacak sepanjang hari…”

3) Tulis dengan ringkas, padat dan menarik. Ini sangat penting kerana halaman tentang saya ini bertindak sama seperti pintu gerbang yang mengalu-alukan kedatangan para pelawat. Ia akan memberi impresi pertama tentang blog anda kepada pelawat. Oleh itu elakkan daripada menulis sesuatu yang panjang lebar berjela-jela dan membosankan. Nescaya pelawat akan terus keluar daripada blog anda tanpa mempedulikan post-post menarik yang anda tulis.

4) Tulis bagaimana untuk menghubungi anda. Ini adalah sangat penting bagi blog profesional kerana blog itu memerlukan lebih komunikasi bersama pembaca yang datang dari pelbagai kelompok. Ia juga sangat berguna bagi blog personal kerana mungkin ada perkara penting yang pembaca perlu beritahu anda atau mungkin teman lama anda terjumpa blog anda. Untuk blog personal, tidak perlulah berkongsi nombor telefon. Cukuplah sekadar alamat email atau mungkin juga facebook dan twitter.

5) Pantang larang di dalam blog. Sebagai tambahan, mungkin anda juga boleh meletak pantang larang atau penafian yang sesuai di dalam halaman ini contohnya “perkataan lucah atau iklan prduk tidak dibenarkan di blog ini”. Tetapi sila pastikan anda tidak terlalu cerewet sampai menyenaraikan 1001 pantang larang di blog anda. Itu adalah ibarat anda menghalau tetamu yang baru sahaja menjejakkan kaki ke blog anda.

Ini adalah antara tips yang anda boleh gunakan untuk menulis halaman About Me yang boleh digunakan sebagai panduan. Apa yang penting gunakan kreativiti anda sendiri untuk menyampaikannya kerana ini adalah halaman yang menggambarkan diri dan blog anda.

Tags: ,
Comment (RSS)  |  Trackback

34 Comments

  1. Scromix says:

    bagus. aku tulis skrng.hahak

    Reply

  2. Rara says:

    I LOVE THIS ENTRY!

    Reply

  3. TMUkmkd says:

    hurmm perkara pertama tentang bout me… resume aku hoho
    panjang gak kot :|
    fail aku untuk point yang ke-3

    Reply

    nazrien Reply:

    hohoho kira ok lagi ko punya tu sebab point form dan boleh skip kalau tak nak baca.. tapi kalau ko buat resume tu 1 page khas pon menarik jugak rasanya..

    Reply

    TMUkmkd Reply:

    hurm.. betul gak.. satu tentang diri, satu resume :D

    Reply

  4. fatin says:

    thanks 4 the tips..on the way buat blog sendiri :)

    Reply

  5. zaryl says:

    hehe page aku smpai sekarang tak berupdate.. mcm tuuu je dari dulu haha

    Reply

  6. Mus says:

    About me ni.. jika betul nak kenalkan diri..

    Reply

  7. milimilo says:

    woah,letak pantang larang dlm blog tu best jugak..kalau tulis “ini blog aku,korang toksah sibuk nak baca” agak2 kena kutuk tak..haha

    Reply

    nazrien Reply:

    hahaha baik ko tulis diari je… aku tak baca.. aku tengok gambar je.. wahahaha

    Reply

  8. MyaFiza says:

    nice tips..
    hehe….
    yg bab pantang larang tu mmg betul.
    kalau ada yg tulis berjela-jela…mmg hilang mood nk baca..

    Reply

  9. Liyana says:

    tlg updatekan pages saya T_T

    Reply

    nazrien Reply:

    berapa juta nak bayar? T_____T

    Reply

  10. mr cEro says:

    very good…
    bakal dipraktikkan kelak…
    hehehehe

    Reply

  11. Daus says:

    aku tulis dalam bentuk profile/biodata… bukan dalam bentuk perenggan/karangan…

    Ok ke tak mcm tu?

    Reply

  12. MrsNor says:

    salam tuan nazrien..kelakar pon ada baca tang pantang larang tu…ingat org bersalin aje ada pantang larang hehehe. Ramai yg tanya sy kat profile tu bila sy tulis “Menteri Perumahan berjawatan tetap dan berpencen”…. heheh cari maknanya

    Reply

  13. Mieya says:

    wewiiittt thanks sebab buat entry ni :P

    Reply

  14. denaihati says:

    bagus juga about me ni jadi landing page untuk twitter

    Reply

  15. aizuddin says:

    pantang larang je aku tak letak..mungkin aku tak berpantang kot..hehe

    Reply

  16. ye. akoo tulis artikel nie skang. jaga2 topo!

    Reply

  17. imran says:

    Tips yang menarik. Sedang mencari info untuk buat disclaimer (penafian tentang blog)

    Reply

  18. Nine says:

    aku dah wat, tapi tak pandai karang…huhu..aku suka baca about me org then tiru sikit2 keke, ades silap link tadi..

    Reply

  19. Mr Kamikaze says:

    Info yg sgt menarik ..

    Reply

  20. Yis says:

    Thank you bro. harap lepas ni blog saya lebih kacak. eheheh

    Reply

  21. hydir says:

    aku takde pantang larang pula .. bior je lah .. hahaha

    Reply

  22. yonna says:

    hallamak terrrbaik! aku baru ingat nak tambah tab about me :D hihi. tq 4 sharing :D

    Reply

  23. hoho nice!!!
    patot ar kacak je ko kn! haha

    Reply

  24. hehe, kalo blog omputih, memang penting page about me nie.. tapi memandangkan aku ommelayu, dan aku pun tak feymes sgt.. about me page aku cikai2 jer.. asalkan org bleh kenal dan bleh contact…ohohohoho

    Reply

  25. Wan Perlis says:

    page about me amat penting.
    aku pun akan klik page about me utk kenal dgn tuan blog.

    Reply

  26. kertaz says:

    Kalau x letak page about me, visitor boleh keliru sama ada owner ialah “bro” ataupun “kak”.. Ahahaah..

    Reply

  27. Hanis says:

    hurm..
    kena adjust aku punya about page ni.
    kasi umm sket.

    Reply

  28. [...] bersabar separuh jiwa bila dengar soalan-soalan aku haha.  masuk WP ni baru aku tau kepentingan About Me tu, sebelum ni aku tak letak. tapi, atas keadaan sekeliling, penting rupanya page About Me tu. [...]

  29. sollehahn says:

    good info br0…page about me memang penting utk pelawat kenal kita…kesilapan menulis mungki akan sebabkan pelawat hilang minat pd blog kita
    thanx for sharing

    Reply

Leave a Reply