Dalam post yang sebelum ini penulis ada menyatakan tentang kepentingan menulis page About Me atau tentang saya. Berdasarkan respon yang diterima, ramai penulis blog yang mengatakan bahawa agak sukar untuk menulis page berkenaan. Berikut adalah beberapa tips yang boleh diikuti untuk menulis page About Me.

Tips ini agak sesuai bagi blog personal ataupun blog profesional yang mempunyai niche tersendiri.

1) Tulis tentang siapa diri anda. Nama pon blog personal, pasti para pembaca mahu mengenali dengan lebih dekat siapa anda. Tidak perlu tulis dengan panjang lebar, cukup sekadar pengenalan ringkas yang anda rasakan para pembaca perlu tahu. Sila jangan berkongsi maklumat yang tak sepatutnya contohnya anda memberitahu semua orang anda simpan RM 1 Juta di bawah bantal. Sesungguhnya maklumat itu akan memudaratkan anda.

Anda juga boleh berkongsi tentang kepakaran anda agar boleh meyakinkan lagi pembaca untuk mempercayai apa yang anda tulis terutamanya bagi penulis blog profesional.

2) Tulis tentang tujuan blog anda diwujudkan. Walaupun mungkin ramai yang tahu anda menulis blog personal, tetapi apa salahnya jika anda menerangkan sedikit tentang blog anda. Contohnya “blog ini ditulis untuk berkongsi pengalaman menjadi kacak sepanjang hari…”

3) Tulis dengan ringkas, padat dan menarik. Ini sangat penting kerana halaman tentang saya ini bertindak sama seperti pintu gerbang yang mengalu-alukan kedatangan para pelawat. Ia akan memberi impresi pertama tentang blog anda kepada pelawat. Oleh itu elakkan daripada menulis sesuatu yang panjang lebar berjela-jela dan membosankan. Nescaya pelawat akan terus keluar daripada blog anda tanpa mempedulikan post-post menarik yang anda tulis.

4) Tulis bagaimana untuk menghubungi anda. Ini adalah sangat penting bagi blog profesional kerana blog itu memerlukan lebih komunikasi bersama pembaca yang datang dari pelbagai kelompok. Ia juga sangat berguna bagi blog personal kerana mungkin ada perkara penting yang pembaca perlu beritahu anda atau mungkin teman lama anda terjumpa blog anda. Untuk blog personal, tidak perlulah berkongsi nombor telefon. Cukuplah sekadar alamat email atau mungkin juga facebook dan twitter.

5) Pantang larang di dalam blog. Sebagai tambahan, mungkin anda juga boleh meletak pantang larang atau penafian yang sesuai di dalam halaman ini contohnya “perkataan lucah atau iklan prduk tidak dibenarkan di blog ini”. Tetapi sila pastikan anda tidak terlalu cerewet sampai menyenaraikan 1001 pantang larang di blog anda. Itu adalah ibarat anda menghalau tetamu yang baru sahaja menjejakkan kaki ke blog anda.

Ini adalah antara tips yang anda boleh gunakan untuk menulis halaman About Me yang boleh digunakan sebagai panduan. Apa yang penting gunakan kreativiti anda sendiri untuk menyampaikannya kerana ini adalah halaman yang menggambarkan diri dan blog anda.