Sekarang ini semakin banyak blog baru yang muncul di alam maya ini. Setiap hari pasti ada blog yang baru muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Tetapi banyak jugak blog yang tidak sampai beberapa bulan telah terkubur. Berikut adalah beberapa tips atau perkara yang anda perlu pastikan sebelum melancarkan blog di alam maya yang mencabar ini.

1) Kenal pasti niche dan pengunjung tumpuan untuk blog itu. Niche adalah kategori untuk sesebuah blog contohnya blog ini adalah blog yang berkaitan dengan tips menjadi blogger yang kacak. Dengan mengenal pasti niche dan pengunjung yang sesuai, blog anda akan mempunyai hala tuju yang terjamin.

2) Sediakan beberapa post terlebih dahulu sebelum blog itu dilancarkan. Jangan biarkan blog anda kosong kerana itu akan mengecewakan pengunjung yang hadir. Jangan terbitkan terlalu banyak post juga kerana seperti yang pernah dinyatakan dahulu, sesebuah post akan hilang sinarnya jika ditindih dengan banyak post lain.

3) Kemas kini tema blog anda. Sila pastikan blog anda kelihatan cantik dan menarik ketika dipaparkan buat pertama kalinya dikhalayak ramai. Under Construction page sangat tidak digalakkan kerana pelawat datang kerana mahu melihat dan menilai post yang anda tulis dan bukannya sesuatu yang sedang dalam pembinaan lagi.

4) Sediakan page “About Me” atau post pengenalan. Ini adalah sangat penting untuk pelawat mengetahui apa tujuan blog anda ditulis dan untuk menarik minat pengunung datang pada masa yang akan datang. Jangan tulis ” Saya akan update page ini kemudian..” Lakukan ia sekarang. Sebab itulah page about me itu wujud ketika anda mula-mula memasang wordpress.

5) Uji blog baru itu terlebih dahulu. Banyak ujian yang boleh dilakukan contohnya cuba layari blog baru anda menggunakan pelayar web yang berbeza seperti firefox atau Internet Explorer dan betulkan jika terdapat perkara yang tidak memuaskan hati anda. Ujian ini sangat penting kerana pengunjung yang datang ke blog anda mempunyai latar belakang yang berbeza-beza dan tidak semestinya sama dengan anda.

6) Baca dan praktikkan apa yang diajar oleh blog-blog yang memberiri tips tentang blog. Banyak blog yang memberi tips dan tutorial tentang penulisan blog. Cuba luangkan sedikit masa untuk menimba sedikit ilmu dan gunakan terhadap blog baru anda. Anda juga digalakkan untuk bertanya kepada yang pakar sekiranya terdapat sebarang kemusykilan.

Diingatkan sekali lagi, point yang dinyatakan di atas adalah untuk blog yang baru. Sekiranya anda menukar nama domain dan sebagainya, point di atas mungkin tidak sesuai dengan anda.