Ramai blogger yang gemar meminta supaya orang lain memberi komen atau kritikan terhadap blog mereka. Mungkin  cara itu dapat meningkatkan mutu blog mereka. Tapi berjaga-jaga, kritikan atau komen daripada orang lain juga sangat merbahaya kepada blog atau penulis blog itu sendiri. Berikut adalah perkara yang mungkin anda boleh lakukan sebelum meminta orang lain untuk mengkritik blog anda.

1) Pastikan anda bersedia untuk menerima kritikan. Jika anda merupakan seorang yang berhati kaca yang tidak boleh menerima sebarang teguran mahupun kritikan, lupakan sahaja niat anda untuk meminta orang lain mengkritik blog anda. Jika tidak anda juga yang akan sengsara.

2) Pastikan anda bersedia untuk berubah. Jika anda hanya menerima sahaja semua kritikan tanpa sebarang tindakan susulan lebih baik anda tidak meminta kritikan langsung. Kerana sesungguhnya tanpa sebrang tidakan kritikan membina oleh teman-teman lain itu hanyalah membazir masa sahaja.

3) Jangan ambil terlalu serius kritikan yang diberi. Jika anda merupaka jenis orang yang akan mengambil serius setiap perkara yang dinyatakan, lupakan sahaja untuk meminta sebarang kritikan di blog anda. Takut nanti anda tidak dapat tidur malam memikirkan 101 kritikan yang bakal diterima nanti.

4) Jangan ambil secara lewa setiap kritikan yang diberikan. Bersusah-payah orang lain memberi komen dan kritikan membina tapi anda tidak mempedulikannya dan mengulangi kesilapan yang sama berulang kali. Sesungguhnya anda hanya membazirkan masa anda dan orang yang bersusah-payah memberi kritikan itu.

5) Jangan terlalu bongkak dan meninggi diri. Anda memandang rendah komen dan kritikan daripada blogger lain kerana mereka masih lagi baru dan tidak sehebat anda. Sesungguhnya agak sukar untuk kita melihat dan memperakui kelemahan dan kesilapan diri kita sendiri.

Setiap point yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman, kesilapan dan pemerhatian penulis sendiri. Ia juga tidak bermakna penulis sudah terlalu hebat di dunia blog ini dan tidak layak untuk menerima sebarang teguran mahupun kritikan. Sebarang point tambahan amatlah dialu-alukan.

No related content found.