Jika post yang terdahulu ada berkongsi tentang tingkatkan trafik dengan bantuan facebook, post kali ini pula adalah tips untuk meningkatkan trafik dengan bantuan forum dan feedburner. Post kali ini adalah permintaan daripada saudara hadjie. Sebelum meneruskan pembacaan di blog ini, kepada yang tidak tahu apa itu feedburner sila layari jomphp untuk penerangan tentang feedburner yang panjang lebar.

Forum merupakan satu tempat untuk kita berkomunikasi dengan ramai orang yang mempunyai minat yang sama dengan kita. Terdapat pelbagai jenis forum di internet dengan pelbagai kategori dan niche yang mungkin bersesuaian dengan jiwa anda. Forum-forum berkenaan mempunyai ribuan pengguna yang melayari forum berkenaan sepanjang masa dan sangatlah menguntungkan jika kita dapat menarik sedikit trafik dari forum berkenaan masuk ke blog kita.

Tetapi terdapat beberapa forum yang melarang anda untuk meletakkan link secara terus dalam sesebuah post. Ini boleh dielakkan dengan memanfaatkan ruangan signature atau tandatangan di setiap forum. Anda boleh meletakkan link link promosi blog anda di ruangan tanda tangan atau mungkin juga meletakkan banner agar lebih menarik perhatian. Tetapi bukankah lebih menarik jika anda boleh meletakkan paparan post-post terbaru anda seperti di bawah ini?

nazrien.com

Apa yang perlu anda lakukan hanyalah dengan login ke akaun feedburner anda dan aktifkan servis Headline Animator di bahagian publicize dan janakan html code headline animator anda seperti di bawah ini

<a href="http://feeds.feedburner.com/~r/nazrien/~6/1" target="_blank"><img style="border: 0;" src="http://feeds.feedburner.com/nazrien.1.gif" alt="nazrien.com" /></a>

Kod yang feedburner janakan untuk Headline Animator adalah kod HTML tetapi malangnya kebanyakkan forum menggunakan bbcode untuk meletakkan tandatangan di forum. Untuk menukarkan kod HTML tadi kepada bbcode adalah sangat mudah anda hanya perlu meletakkan kod di bawah ini:

[url=URL feed anda][img]URL image feedburner[/img][/url]

contohnya :

[url=http://feeds.feedburner.com/nazrien][img]http://feeds.feedburner.com/nazrien.1.gif[/img][/url]

Dan seterusnya anda boleh menampal bbcode tersebut diruangan tandatangan forum kegemaran anda. Jika terdapat sebarang persoalan boleh diajukan diruangan komen atau berbincang dengan lebih lanjut di fan page nazrien.com di facebook.